Dada langit terbentang luas. Sayap burung berkibar bebas. Bumi bernafas semula, dan penghuni udara pun kembali berkicau, menari dan menyanyi di alamnya.
Ruang angkasa sunyi sepi sejak COVID-19 diisytiharkan sebagai pandemik global. Bagaikan kaca yang terhempas, begitulah operasi penerbangan dunia yang terjejas apabila majoriti negara mengunci pintu masuk demi mengawal penularan wabak.
Mungkinkah norma baru ini bakal mengubah landskap dan saiz industri penerbangan antarabangsa? Sejauh mana pula tahap perlindungan krew udara yang bertugas, apakah persiapan untuk para frontliners ini mendepani kemungkinan?
UNIFORM BARU
All set, Allstars!Anak kapal bertugas dalam uniform PPE
Terbaru, syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia Filipina tampil dengan pembaharuan. Demi melindungi anak-anak kapal dalam penerbangan, uniform PPE (Personal Protective Equipment) ini dilancarkan sempena operasi penyelamatan dari Bangkok ke Manila di tengah ancaman COVID-19.
Uniform PPE dengan warna korporat merah dan putih itu direka oleh pereka fesyen Filipina yang bertapak di Los Angeles, Puey Quinones. PPE ini bukan saja mementingkan keselesaan dan keselamatan anak kapal, malah semua penumpang yang memilih AirAsia.
Ads
“Ini adalah usaha kita semua untuk membantu mendatarkan keluk wabak COVID-19. Saya hanya memilih material PPE yang diluluskan oleh Kementerian untuk melindungi Allstars kami.
Ads
Pemakaian PPE ini dapat menonjolkan tenaga AirAsia yang mahu bangkit semula. Ia juga boleh menyuntik keyakinan agar anak kapal kembali bertugas dengan cemerlang seperti dulu,” kata Timbalan Pengerusi dan pemegang saham majoriti AirAsia Filipina, Sheila Romero.
Sheila Romero
Puey Quinones
PPE bakal jadi uniform rasmi krew udara?
Material PPE itu telah diuji melalui beberapa stress test bagi menjamin daya ketahanannya. Ia tidak terlalu berat atau tebal, nampak chic dan lasak seperti pakaian pemandu kereta lumba F1.
Apa yang jelas, uniform PPE ini adalah gabungan fesyen dan keselamatan, yang menjadi standard utama dunia penerbangan hari ini.
PPE UNTUK ANAK KAPAL MALAYSIA
Ads
Walau bagaimanapun, AirAsia Malaysia masih belum memberi kenyataan rasmi sama ada bakal menghasilkan PPE serupa. Menerusi posting terkini di Facebook, AirAsia berkongsi video tentang kaedah pembersihan dan sanitasi harian dalam kapal terbang ini sebagai langkah pencegahan COVID-19.
Your health and safety is our highest priority. As we prepare to return to the skies, you have our commitment that now, more than ever, this remains true. Here's a behind the scenes look at how we keep our planes clean to protect our guests and our Allstars. For more information, click here: https://bit.ly/3auCJhW#InThisTogether
Sejak PKP bermula, AirAsia Malaysia sebenarnya telah banyak melakukan misi penyelamatan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di seluruh dunia.
Mungkinkah inisiatif AirAsia Filipina yang mereka uniform PPE ini, boleh diguna pakai untuk keselamatan petugas AirAsia Malaysia?
Semoga bala musibah ini akan segera berakhir dan kita semua dapat kembali terbang dan meneroka keindahan bumi Tuhan ini sekali lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak lama tidak melihat kelibat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menghadiri majlis rasmi dan bertemu rakyat. Namun baru-baru ini, kemunculan baginda di sebuah program gaya hidup sihat mencuri perhatian ramai.
Memetik kenyataan daripada laman web rasmi Selangor Royal Official, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat merasmikan World Thinking Day Run 2020 Selangor di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang dua hari lepas.
Difahamkan majlis tersebut berlangsung pada 22 Februari lalu dan ia merupakan program anjuran Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Selangor yang dinaungi oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sendiri. Seperti kebiasaan, penampilan baginda menarik tumpuan peserta yang hadir termasuk rakyat yang merindui kelibat Tengku Permaisuri Selangor.
Meskipun hanya mengenakan solekan nipis dan berbaju T, kejelitaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin tetap memukau.
Pada majlis berkenaan, baginda turut berkenan menyerahkan sijil-sijil pencapaian kepada para peserta. Jelas terpancar wajah ceria dan terharu mereka saat menerima penganugerahan daripada Tengku Permaisuri Selangor. Selain berkenan menyampaikan sijil pencapaian, baginda turut berkenan melawat ke tapak pameran yang disediakan.
Turut hadir menyerikan World Thinking Day Run 2020 Selangor ialah Yang di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Puan Indera Setia
Selangor, Tunku Irinah Binti Al-Marhum Tuanku Jaafar.
Kredit: Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama cantik, sama padan. Bagaikan pinang dibelah dua. Tiba berita gembira tengah malam Jumaat apabila YB Nurul Izzah Anwar mengumumkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Yin Shao Loong.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat, 5 Ogos 2022 berwalikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita tentang perkahwinan kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan suami, seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute dikongsikan sendiri oleh Nurul Izzah di media sosial, sekitar tengah malam tadi.
“Pada petang 5 Ogos, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.” Nurul Izzah
Kredit: Pinography
Untuk rekod Nurul Izzah, 42, yang digelar Puteri Reformasi pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003 namun bercerai pada 2015.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13.
Didoakan semoga perkahwinan Nurul Izzah dan pasangan berkekalan hingga ke Jannah serta mendapat sakinah, mawaddah dan warahmah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latif, 27, selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Ariffin, 30, dengan hanya sekali lafaz di Batu Pahat, Johor sekitar jam 8.30 pagi Jumaat.
Majlis ijabkabul yang berlangsung di sebuah hotel itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Pada majlis penuh harmoni itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa mas kaHwin 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif.
Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan ahli keluarga kedua belah pihak.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Najwa turut berkongsi momen istimewanya bersama suami dengan memuat naik foto pertama mereka selepas bergelar pasangan suami isteri.
“Alhamdulillah, kami dah grad @akwaarifin,” tulis penyanyi Cinta Muka Buku itu ringkas.
Pasangan pengantin diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung selepas solat Jumaat.
Najwa dan suami sebelum ini pernah tampil bekerjasama menerusi dua single duet berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.
Najwa yang kini bergelar pensyarah, sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tempoh pengajiannya itu dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Walaupun masih jauh ‘perjalanan’ itu namun bagi Najwa ianya bakal menjadi satu pencapaian luar biasa bagi seorang anak seni sepertinya, apatah lagi dia sendiri mengakui pernah tidak minat akademik.
NONA mengucapkan selamat pegantin baharu buat Najwa dan suami.
Sumber Foto: Instagram Najwa Latif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!