
Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar baru-baru berkongsi detik penuh bermakna apabila anak sulungnya berjaya meraih anugerah kecemerlangan di sekolah.

Ibu mana yang tidak gembira apabila anak yang dididik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang cemerlang dalam akademik.
Luah Rasa Bangga
Anak sulungnya, Khyra Khalissa yang kini berusia 15 tahun menjadi salah seorang penerima anugerah pada Hari Anugerah Cemerlang 2024.

Dynas yang terkenal dengan drama ‘Susuk’ ini berkongsi momen gembira itu di Instagram peribadinya.
View this post on Instagram
“My firstborn, my Kayaaa. Watching you shine on Hari Anugerah Cemerlang 2024.
“Mummy’s heart is full. This is just the beginning, and I’m super proud of you.”
Dalam hantaran itu, Dynas berkongsi detik Khyra Khalissa menaiki pentas untuk menerima anugerah tempat ketiga bagi kategori Perncapaian Terbaik Dalam Kelas.
Khyra Khalissa kini bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di ibu kota.
View this post on Instagram
“So proud of my firstborn today. Hari Anugerah Cemerlang 2024, you did it, baby!
“Mummy always got your back k ! Love you.”
Ibu & Anak Sama Cantik
Meniti usia remaja, Khyra Khalissa kelihatan semakin cantik dan tinggi persis ibunya.

Ketika menghadiri majlis anugerah tersebut, Dynas tampil ringkas dengan solekan tipis di wajah menyerlahkan kecantikan semula jadi yang dimiliki.
Jelas terpancar keakraban antara ibu dan anak ini umpama sahabat.


BACA JUGA: Pilih Berpantang Cara Moden, DYNAS MOKHTAR Kongsi Kisah Berpantang Anak Keempat!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut menitipkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa bangga dengan Khyra Khalissa.
“Congratzz to your daughter & proud mum too.”
“Wahhh besar dah dia. Tahniah kakak khayra semoga terus cemerlang.”
“Tahniah!! Ibu mana yg tak bangga bila anak cemerlang. Terus gemilang.”
“She’s really a copy of u.. go kakak Khyra! Fly High!”
“Comey.. Mcm mama dia.”

Semoga Khyra Khalissa terus cemerlang dan menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa.
Untuk info, Dynas atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar kini isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din. Mereka bernikah pada April 2018 dan dikurniakan dua orang anak.

Terdahulu, Dynas pernah berkahwin dan memiliki dua orang anak iaitu Khayra Khalissa, 15, dan Mohamed Haqaish, 13.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!









Pemilik jenama yang diungguli seorang wanita bernama Ezzati Amira Affandy atau mesra disapa sebagai Ezzati merupakan graduan jurusan rekaan fesyen dari Raffles Design Institute. Pengalaman hampir 10 tahun dalam industri fesyen membuktikan Ezzati mampu membina jenama dan empayarnya sendiri.
Ezzati memulakan kerjaya pertama sebagai pereka jenama ready-to-wear di syarikat high street fashion tempatan, Le Ann Maxima selama tiga tahun. Selepas itu, Ezzati memilih untuk bekerja sebagai jurujual di sebuah butik fesyen terletak di Publika.
Pemilihan gabungan fabrik menjadikan setiap rekaan jenama ini cukup ekslusif dan tersendiri. Selain versatil jenama Ezzati Amira turut dikenali dengan signature cetakan atau motif yang menonjol. Menariknya lagi, dalam satu koleksi sang pemakai boleh menyuai padankan (mix & match) mengikut stail tersendiri.
Lantas saya pun terfikir mengapa tidak untuk saya memulakan platform ini dan mencari kelainan. Trend rekaan pada masa itu ialah custom-made. Di Malaysia sebenarnya tidak ramai pereka fesyen wanita yang menghasilkan ready-to-wear. I really love designing ready-to-wear and I love to see people when they are wearing my brand.
Kebetulan ketika itu pengaruh media sosial seperti Instagram baru menular di Malaysia. Maka saya ambil peluang dengan memuat naik gambar sample pieces. Tanpa diduga ia menjadi tular terutama di kalangan rakan-rakan but for me it is good. Saya mendapat banyak respon daripada pengikut di Instagram. Ramai juga yang bertanya di mana mereka boleh membelinya. Saya bersyukur kerana orang sudah mula nampak dan mahu membeli rekaan saya itu.
Ezzati Amira berkembang secara perlahan-lahan sehinggalah saya mula membuka studio pertama di Wisma Central berhampiran Kuala Lumpur City Centre. Pada tahun 2016 saya berpindah ke Jalan Maarof, Bangsar. Saya memilih rumah untuk dijadikan butik kerana ia lebih spacious, tenang dan memudahkan saya menyimpan stok dengan lebih tersusun.
Seterusnya, minat adalah kunci utama sukses. Sabar dan jangan mudah putus asa. Percaya dengan kemampuan diri. Jangan jadi kaya dengan cara yang ‘licik’ dan busuk hati kerana ia jelas tidak ikhlas malah tidak halal. Dalam hidup ini sama ada menang atau kalah, tiada yang betul atau salah kerana ia subjektif. Hari ini mungkin kita di atas, esok lusa mungkin di bawah pula.
Ingat dari mana bermula. Sentiasalah merendah diri, tanamkan impian yang besar dan sentiasa dahagakan idea-idea baru. Tahu dan cari apa kelebihan yang dimiliki. Kerja keras untuk apa yang kita ingin capai,” akhiri Ezzati yang mengimpikan untuk menjalinkan lebih banyak kolaborasi dengan pelbagai pihak pada masa akan datang.