Terpegun peminat melihat kejelitaan adik kepada pelakon, Anzalna Nasir ini. Tak dinafikan solekan Khir Khalid berjaya menyerlahkan seri pengantin Afifah Nasir. Bukan hanya wajah yang berseri-seri, persalinan pengantin juga menarik perhatian ramai!
Bakat solekan Khir yang terkenal dalam kalangan selebriti dan golongan VVIP tidak perlu dipertikai lagi. Solekannya yang fresh dan bertaraf antarabangsa menjadi rebutan individu wanita ternama.
Antara wajah-wajah figura terkenal yang pernah mendapatkan khidmat Khir termasuklah Datin Seri Camelia Khan, Dayang Nurfaizah, Scha Alyahya, Neelofa dan Mira Filzah.
Terbaharu, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir tidak ketinggalan mengambil khidmat solekan Khir untuk hari bahagianya pada 5 Mei lalu.
Ternyata pilihan anak keempat daripada lima beradik perempuan ini memilih Khir Khalid sebagai makeup artist di hari pernikahan dan persandingan mendapat pujian peminat.
Terus naik seri pengantin Afifah Nasir!
Afifah yang kini berusia 31 tahun sah bergelar isteri kepada Syed Hariz dengan sekali lafaz di hotel bertaraf lima bintang, St. Regis Kuala Lumpur!
Siapa yang tak kenal dengan heroin filem epik tersohor, Titanic yang telah melonjakkan nama Kate Winslet antara artis wanita popular pada era tersebut. Walaupun dah jarang kita melihat artis jelita ini di layar filem namun ibu kepada 3 anak ini tetap kelihatan mempesona walaupun kini usianya menjangkau 40an.
Ternyata, Kate Winslet masih tampak awet muda serta langsing. Sebenarnya, Kate Winslet seorang yang begitu menitikberatkan soal penjagaan wajah dan tubuh khususnya dalaman. Jom semak apa rahsia Kate Winslet.
Untuk wajah, Kate Winslet mengamalkan satu diet khusus untuk wajah agar kesegaran wajahnya kekal terpancar. Diet ini dilakukan 2 hari secara konsisten bagi membuang racun dari wajah. Salah satu caranya, Kate Winslet mengamalkan meminum segelas jus limau yang dicampur lemon, kiwi dan raspberry.
Untuk tubuh langsing dan ideal, Kate Winslet mengikuti kelas tarian dan pilates secara rutin. Kate Winslet turut menasihatkan agar setiap wanita mencintai tubuh masing-masing walau apa pun keadaannya.
Kate Winslet juga sering tampil dengan solekan sederhana dan natural. Setiap kali muncul di acara-acara tertentu, Kate Winslet berusaha untuk mengenakan solekan seminima mungkin agar kulitnya dapat bernafas dengan baik. Jika untuk aktiviti biasa Kate Winslet lebih selesa mengenakan concealer dan lip balm saja.
Tak ketinggalan, Kate Winslet juga mementingkan penjagaan rambut. Cara yang diamalkan oleh Kate Winslet mudah saja. Rambut tak akan disikat ketika masih basah. Agar rambut tak mudah kusut pula Kate Winslet akan menyikatnya dua kali sehari. Agar rambut tumbuh sihat, Kate Winslet akan pastikan hujung rambutnya di trim setiap 3 bulan sekali.
Kredit Foto: Instagram kate.winslet.official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Comelnya Muhammad Jibril! Puas menyembunyikan wajah dan kelahiran zuriat baharu daripada pengetahuan umum, akhirnya Fatin Afeefa dan suami terbuka mendedahkan buah hati kesayangan mereka kepada khalayak baru-baru ini.
Enggan lagi berahsia, pasangan suami isteri berkenaan membuat pendedahan tersebut sempena Majlis Akikah Muhammad Jibril yang berlangsung pada 6 Oktober lalu.
Sebelum majlis meraikan kehadiran Muhammad Jibril, suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai terlebih dahulu berkongsi status dirinya yang sudah pun bergelar bapa.
Kenyataan itu dibuat Opai dalam satu sedutan video yang dimuat naik di media sosial.
Memetik kenyataan Opai, sudah tiba masa dia berkongsi tentang kelahiran anak sulungnya kepada umum selepas dimarahi ibu dan isteri. Apatah lagi, bayi comel yang diberi nama Muhammad Jibril mencecah usia tujuh bulan.
Dalam majlis akikah itu, pelakon cantik berusia 30 tahun berkenaan anggun dalam persalinan dres biru muda. Sedondon dengan suami tercinta dan anak tersayang. Majlis bertemakan rona putih dan biru lembut ini turut dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Penampilan Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin dalam majlis itu meraih tumpuan. Bukan hanya tampil lebih berseri-seri, kelembutan dan kematangan ibu ini juga jelas terserlah.
Fatin Afeefa sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada Disember 2022.
Pelakon filem Tentang Bulan tersebut turut dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Fatin pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa.
Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyian Afeefa juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian.
Setiap kali Syawal pastinya peminat menanti-nantikan foto dan momen selebriti kesayangan mereka. Salah seorang personaliti yang menarik perhatian NONA, pengacara jelita berstatus VIP iaitu Che Puan Juliana Evans.
Meraikan lebaran dengan meriah dan indah di samping keluarga tersayang, gambar terkini dua puteri kesayangan Che Puan Juliana turut meraih tumpuan!
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini anggun dalam persalinan polos rona pastel.
Hanya mengenakan solekan nipis dan rambut yang disimpul kemas, sudah cukup menyerlahkan kecantikan figura berusia 35 tahun ini.
Begitu juga suami Che Puan Juliana yang segak dalam busana kurta warna olive. Sedondon dengan anak perempuan mereka.
Pada 1 Syawal lalu, keluarga bahagia ini meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri dengan menjamu hidangan di samping keluarga diraja di sebuah dewan makan. Difahamkan majlis sambutan Hari Raya berkenaan diadakan di Istana Alam Shah, Selangor.
Che Puan Juliana turut tidak ketinggalan bergambar kenangan bersama bapa mentua, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, pengasas Jevans Jewelry ini kian bahagia melayari alam rumah tangga. Walau berstatus keluarga diraja namun Che Puan Juliana kekal ‘humble’ dan masih meneruskan kerjaya pengacaraan hingga ke hari ini.
Che Puan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Yang Mulia Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan Yang Mulia Tengku Saidatul’Ihsan Putri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sangka, Yang Mulia (YM) Tengku Ameera Asya berbakat besar dalam dunia seni nyanyian! Kalau sebelum ini puteri diraja Pahang berkenaan hanya tunjuk bakat nyanyi dalam kalangan ahli keluarga, tetapi kini dia terbuka menonjolkan bakat yang ....