Pemilik nama penuh, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama pentas Sophia Albarakbah merupakan pendatang baru dalam industri seni tanah air, sepanjang enam tahun berkecimpung namanya meledak secara kontroversi apabila terpalit cinta lokasi bersama aktor sensasi Aliff Aziz.
Bagaimanapun, NONA enggan menyentuh kisah peribadi yang pernah dikaitkan dengan wanita anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Nona adalah Sophia bukan sekadar cantik dan menggoda, namun mempunyai latar belakang pendidikan yang memberangsangkan. Beauty with brain! Jadi ini beberapa fakta menarik tentang diri Sophia Al Barakbah yang tidak ramai tahu. Latar Belakang Jelitawan Sophia Al Barakbah!
1. Sophia AlBarakbah memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Kemudian mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
Ads
4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
Ads
5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).
6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.
7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.
Ads
8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.
Untuk rekod, pada tahun lalu, Sophia dikategorikan sebagai penyondol rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah apabila mulai akrab dan terjebak dengan cinta lokasi babaggi penggambaran Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Perkara berkenaan meledak apabila Bella mendedahkan bahawa Sophia menghubungi suaminya setiap hari dan memohon maaf kerana telah jatuh cinta kepada suaminya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Nama Archana Puran Singh mungkin kedengaran agak asing dalam kalangan peminat filem Bollywood di Malaysia. Tapi kalau sebut ‘Miss Braganza’ dalam filem box office Kuch Kuch Hota Hai pasti ramai di antara mereka yang masih mengingati watak pensyarah kolej berkenaan yang seksi dan menghiburkan.
Menerusi karya hebat Bollywood itu sekitar tahun 1998, Miss Braganza merupakan pasangan kepada Dekan St. Xavier’s College iaitu Mr Malhotra yang dijayakan oleh pelakon Anupam Kher.
Sampai ke hari ini, jalan cerita dan penghayatan watak para pelakon filem berkenaan terpahat kemas dalam ingatan penonton meskipun sudah 27 tahun berlalu.
Tidak dinafikan, filem Kuch Kuch Hota Hai bukan hanya popular di India bahkan mencipta fenomena di Malaysia.
Apatah lagi gandingan mantap Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji yang berjaya melakonkan peranan sebagai Rahul, Anjali dan Tina memberi kesan kepada para penonton.
Bercerita mengenai perkembangan terkini ‘Miss Braganza’, Archana Puran Singh kini berusia 63 tahun.
Biarpun sudah melewati usia 60an namun pesona dan telatah menghiburkannya tidak pernah pudar. Begitu juga raut wajahnya yang jelita dan awet muda!
Tidak hairanlah dalam usia sebegini dia masih dikenali dan menghiasi bidang penyiaran di samping pelapis-pelapis muda lain.
Menelusuri latar belakang Archana, dia dilahirkan pada 26 Mac 1962 di Dehradun, Uttarakhand dan pertama kali muncul dalam industri seni India menerusi filem Nikaah pada 1982 ketika berusia 20 tahun.
Dia merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Bapanya iaitu Chaudhary Puran Singh merupakan seorang peguam.
Sepanjang lebih empat dekad menjadi anak seni di India, Archana Puran Singh yang merupakan pelakon dan personaliti televisyen sudah membintangi lebih daripada 100 filem dan siri televisyen.
Selain bergelar aktres, jelitawan ini juga merupakan hos dalam program The Kapil Sharma Show. Bersandarkan populariti Archana Puran Singh, dia memanfaatkan pengaruh dengan content menarik dan menghiburkan di saluran YouTube sendiri.
Kebanyakan video yang dimuat naik di YouTube tersebut berkisar mengenai kehidupan dan aktivitinya bersama suami dan dua anak kesayangan. Sehingga kini, YouTube Archana mempunyai hampir sejuta subscribers.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya ditunggu-tunggu pagi itu. Ruang butik Ariani begitu sesak, sampaikan ada yang berjingkit-jingkit mahu melihat sendiri wajah terkini penyanyi No. 1 negara itu dari jarak dekat.
Suasana bertambah gamat apabila suaranya berkumandang memberi salam. Jualan lelong tudung Ariani bertambah hebat, malah ramai yang berebut-rebut mahu mendapatkan koleksi terkini jenama ini pada harga terjangkau murah.
Begitulah fenomena yang baru tercetus sebentar tadi sempena pelancaran butik Ariani dan Jakel di Ostia Bangi. Selain promosi jualan murah, ini juga peluang keemasan untuk bertemu selebriti terkemuka seperti Siti Nurhaliza dan Nabil Ahmad.
Peluang bertentang mata dengan superwoman ini tidak disia-siakan. Memasuki bulan ketujuh dan mencecah 32 minggu usia kehamilan, pastinya timbul debaran di hati Siti menanti saat-saat kehamilan yang kian hampir.
Ikuti temu bual Nona dan beliau tentang segala persiapan kelahirannya…
Perasaan Siti sekarang?
Setakat ni belum berdebar lagi. Saya masih boleh relaks, tapi ada juga sesekali tengok proses kelahiran tu di Internet walaupun orang kata jangan tengok. Saya cuma nak tahu keadaannya.
Masa kali pertama rasa tendangan bayi dalam perut, saya memang terkejut! Lebih-lebih lagi masa tendangan tu agak agresif pada waktu malam. Rasa macam ombak! Namun setiap kali saya cuba nak rakam video momen tendangan tu, mesti tak dapat.
Masa kandungan bayi mencecah 6 bulan, saya ada buat detail scan untuk tengok perkembangan tulang, tangan, perut, jantung dan sebagainya. Pipi dia memang chubby. Alhamdulilah tengok semua normal dan doktor cakap bayi membesar mengikut perkembangan yang sepatutnya. Last hari tu berat dia dah 1.8kg jadi anggaran lahir nanti dalam 3kg.
Alhamdulilah saya pun takde masalah tidur macam terjaga tengah malam nak makan, kecuali untuk ke tandas. Tapi sebelum tu saya kena duduk dalam setengah jam, pernah sampai terlelap sebab sekarang ni selalu rasa reflux dan heartburn. Bila dah selesa, baru saya tidur baring betul-betul.
Sejauh mana persiapan dilakukan?
Kami belum ada kesempatan beli perabot bayi lagi sejak suami bertolak ke London. Tapi baju-baju alhamdulilah, rezeki anak saya banyak orang bagi hadiah. Saya terima dengan ikhlas hadiah-hadiah ini daripada peminat sebab itu tanda kasih mereka pada saya.
Memang banyak sangat baju yang dihadiahkan jadi saya tak mahu membazir beli lagi sebab bayi newborn cepat membesar. Selain tu ada juga dapat set kelengkapan mandi dan penggendong bayi. Saya berterima kasih pada peminat yang bermurah hati belikan hadiah. Cuma saya mungkin akan beli beberapa barang kelengkapan bayi lagi dalam seminggu dua ni.
Ada terima tajaan?
Untuk bersalin takdelah. Tapi ada pihak yang dah approach untuk taja beberapa kelengkapan bayi cuma saya taknaklah uar-uarkan lagi.
Pengalaman Siti sepanjang kehamilan ni?
Saya pernah jaga anak buah tapi nak kata yang betul-betul pengalaman tu taklah sebab saya tak pernah rasa bangun tengah malam setiap 2 jam untuk susukan anak. Saya banyak tanya wanita, saat paling tough selepas bersalin selalunya adalah bagi anak menyusu.
Suami saya pun nak saya mengalami pengalaman tu. Itulah pengalaman yang saya nervous nak tunggu. Menyusukan anak dan rasa tanggungjawab seorang ibu.
Selalu kita kata seronoknya jadi ibu tapi kita tak tahu tanggungjawab dan cabarannya besar. Saya tengok sendiri menantu saya Tya Ariffin yang selalu di rumah, betapa berdisiplinnya dia menyusukan anak, siap kunci jam setiap dua jam, pam susu dan sebagainya. Kalau boleh saya pun nak fully breastfeed anak macam tu, insyaAllah.
Rancangan waktu berpantang nanti?
Saya akan berpantang di KL tapi ikut cara tradisional Melayu. Memanglah kalau ikut tradisi kita nak mak jaga tapi saya faham mak saya pun dah berusia.
Lagipun sekarang dah banyak perkhidmatan confinement lady, so akan ada orang yang datang ke rumah untuk jaga saya berpantang nanti. Makcik ni pun memang berpengalaman untuk jaga ibu dan bayi selama 44 hari.
Ada terfikir nak buat akaun Instagram untuk si comel nanti?
Tak boleh cakap lagi pasal tu. Memang banyak orang bertanya tapi setakat ni saya belum terfikir ke arah tu. Semuanya perlu dibincangkan dengan suami dulu.
Dulu saya pernah upload gambar scan bayi di IG tapi suami cakap jangan lagi sebab masa tu bayi masih belum matang. Jadi niat tu pun tak dibatalkan.
Tentang aktiviti seni Siti?
Walaupun aktiviti sekarang agak terhad, tapi takpelah sebab ini yang saya nak. 11 tahun saya tunggu dan berdoa hingga Allah makbulkan. Jadi saya kena fokus dengan apa yang saya nak sekarang. Suami pun beri layanan yang baik especially masa mengandung ni saya asyik nak mengadu penat jer kat dia.
Nasihat Siti untuk pasangan yang masih berikhtiar mendapatkan zuriat?
Berdoa, berusaha dan tawakal. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Untuk wanita yang masih menanti kehadiran cahaya mata, percayalah Tuhan akan berikan rezeki itu pada masa yang tepat. Saya sendiri menanti 11 tahun untuk saat ini, malah pernah keguguran juga. Tapi saya tak menangis. Saya yakin pasti ada rezeki saya suatu hari nanti.
Allah bagi rezeki tepat pada waktunya. Tatkala anak-anak semua dah membesar, termasuklah anak bongsu pun kini dah belajar di luar negara, rumah kami jadi agak sunyi. Jadi Tuhan beri cahaya mata ini pada kami untuk isi ‘kekosongan’ tu. Alhamdulilah.
Pelan bisnes Siti?
Sebenarnya kita dah start dah. Bulan Disember lepas, Creacion dah mula reka baju dan cari material. Kali ni semua persiapan awal. Diharap koleksi ini dapat menepati selera pelanggan hendaknya. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percaya atau tidak, hanya empat barang ini saja yang menjadi rutin penjagaan kulit selebriti Hollywood, Rihanna. Dengan nilai kekayaan semasa $600 juta, jutawan yang tersenarai dalam 2020 America’s Self-Made Women (Forbes) itu percaya bahawa kesederhanaan adalah kunci kecantikan.
Selain menyanyi, Rihanna yang berusia 32 tahun dan berasal dari Barbados itu meraih kekayaannya melalui perniagaan kecantikan dan solekan, Fenty Beauty yang dimiliki bersama kumpulan LVMH. Beliau juga memiliki rangkaian lingerie yang diusahakan dengan TechStyle Fashion Group.
Kekayaan Rihanna tidak disia-siakan. Beliau banyak menyalurkan bantuan kemanusiaan umpamanya sehingga $8 juta untuk pemulihan COVID-19, $1 juta untuk masyarakat New York yang memerlukan, $2.1 juta untuk mangsa penderaan di Los Angeles dan baki $5 juta lagi untuk pelbagai kerja kebajikan melalui badan amal miliknya iaitu Clara Lionel Foundation.
Rihanna, atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty, turut berkongsi rutin kecantikan yang mudah dan senang diamalkan. Bagi Rihanna, “Saya cuba jadikan rutin kecantikan saya sentiasa konsisten walau dimana pun saya berada. Semua barang ini dibawa kemana saja dan paling penting, produk lembapan supaya kulit tidak kering.”
Rona kulit kecoklatan langsung tidak menjejaskan daya tarikan wajah Rihanna. Tekstur yang licin dan nampak sihat bermaya rupa-rupanya terhasil daripada empat barang ini saja iaitu:
(1) Pembersih muka dan penanggal solekan Total Cleans’r Remove-It-All
(2) Penyegar dan serum Fat Water Pore-Refining Toner Serum
(4) Krim malam Instant Reset Overnight Recovery Gel Cream
“Apabila menghasilkan rangkaian Fenty Skin, penting untuk saya pastikan ia ‘mesra’ dengan solekan yang digunakan. Saya mengilhamkan Hydra Vizor yang ringan, telus pandang dan mengadun sekata dengan kulit.
Kami juga menjalankan kajian klinikal konsumer untuk memastikan ia sihat terhadap kulit,” cerita Rihanna yang banyak menimba ilmu kecantikan daripada rakan-rakan, ahli keluarga serta golongan profesional tentang kulit.
Kenyataan Rihanna turut diakui oleh pakar estetik yang juga duta Fenty Skin, Sean Garrette.
“Saya mengambil pendekatan mudah terhadap seni penjagaan kulit. Ringkas dan tidak merumitkan. Bagi saya, di pasaran sudah terlalu banyak produk dengan bahan-bahan dan pelbagai rawatan hingga membuatkan orang ramai keliru dengan rutin harian mereka.
Sebagai pakar estetik, saya selalu mengingatkan klien saya supaya mengamalkan rutin yang ringkas tapi fokus terhadap masalah yang spesifik. Percaya tak, anda tak perlukan 10 langkah untuk memiliki kulit sihat?
Antara sebab saya menyenangi produk Fenty Skin adalah kelebihan dua dalam satu dan multi-tasking yang ditawarkan. Ia memudahkan rutin kita tapi masih memberikan hasil kulit yang terbaik seperti rutin-rutin lain yang terlalu banyak langkahnya,” ulas Sean Garrette kepada Nona dalam temu bual kami.
Pesan Sean Garrette lagi, untuk mendapatkan kulit yang flawless, licin dan bersih tanpa cela, gunakan produk lembapan dengan bahan seperti asid hyaluronik dan lidah buaya. Ia dapat membantu melembapkan, menyamankan dan merawati kulit.
Bahan seperti niacinamide pula boleh membantu untuk menyekatakan tona kulit dan mengurangkan kesan tompokan bintik gelap.
Produk Fenty Skin sesuai untuk kulit Asia dan cukup berprestasi tinggi. Dengan haruman ceri Barbados yang kaya vitamin C, produk vegan dan berformulasi bebas minyak ini boleh didapati di gedung Sephora Malaysia pada harga di antara RM120-RM165.
Pengalaman Nona: Selepas mencuba sendiri rangkaian lengkap Fenty Skin selama sebulan, penulis berpuas hati dengan kondisi kulit yang nyata lebih sihat secara semula jadi. Bintik-bintik hitam atau blackheads berkurangan dan kulit tidak sekering dulu. Paling best, setiap produk Fenty Skin mempunyai bau yang sangat sedap, seperti bau buah-buahan Barbados yang ranum dan menyelerakan!
Produk kesukaan? Tentu sekali pencuci wajah Fenty Skin yang turut berfungsi sebagai makeup remover. Jimat masa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.