Detik kehilangan arwah bapa menjadi titik tolak kepada perubahan hidup Miesya Yunus. Tiada lagi tempat bergantung serta hilangnya kasih sayang seorang bapa menjadikan wanita berusia 30-an yang mesra dipanggil Miesya ini seorang yang lebih berdikari. Status sebagai anak bongsu tidak menjadikan Miesya seorang yang terlalu manja apatah lagi bergantung harap kepada keluarga.

IKLAN

Tekadnya, mahu mengubah nasib keluarga sekaligus menjadi wanita yang disegani dan berinspirasi. Kini dalam usia 30-an Miesya berjaya memiliki empayar perniagaannya sendiri iaitu Miesya Yunus Holding Sdn Bhd.

Miesya turut bergelar perunding imej dan penjenamaan korporat, jurucakap profesional, tenaga pengajar dan aktivis NGO. Terbukti, Miesya bukanlah seorang wanita ‘biasa-biasa’ kerana dia punya perencanaan yang rapi demi masa depan yang lebih baik.

Status Sebagai Anak Bongsu Tak Halang MIESYA YUNUS Untuk Lebih Berdikari!

Miesya juga mahu membuktikan dirinya mampu berjaya seperti dijanjikan terhadap arwah bapa. “Alhamdulillah, kejayaan saya hari ini adalah izin-Nya serta berkat doa dan redha ibu. Saya anggap arwah abah adalah hero, mentor dan sahabat baik kerana kami boleh berbincang apa jua isu.

Setelah arwah meninggal saya berjanji pada diri untuk menjadi seorang yang berjaya agar dapat menjaga ibu. Selama hayatnya arwah abah sangat memuliakan ibu dan nenek,” ungkap Miesya yang memiliki darah campuran Melayu, Jawa, Arab dan Pakistan.

Status Sebagai Anak Bongsu Tak Halang MIESYA YUNUS Untuk Lebih Berdikari!

SUKARELAWAN

IKLAN

“Saya bermula sebagai sukarelawan dalam pelbagai platform persatuan NGO berorentasikan kepimpinan, belia dan wanita. Pengalaman lebih 10 tahun memberikan saya kesedaran bahawa ilmu ini harus diteruskan bagi membentuk masyarakat celik ilmu serta kuat jati diri.

Kepuasan saya apabila dapat berkongsi dengan masyarakat tentang pengalaman mengharungi waktu sukar dengan ilmu dan mentor. Miesya Yunus Holding Sdn Bhd menjadi hub pembangunan insan melalui ilmu penjenamaan, imej dan pembentukan faktor X bagi setiap insan.

Status Sebagai Anak Bongsu Tak Halang MIESYA YUNUS Untuk Lebih Berdikari!

IKLAN

Status Sebagai Anak Bongsu Tak Halang MIESYA YUNUS Untuk Lebih Berdikari!

Salah satu faktor saya aktif sebagai aktivis ialah berdasarkan cabaran perjalanan hidup sehingga membentuk siapa diri saya sekarang. Bergelar anak yatim mencetuskkan kesedaran buat saya bahawa ramai lagi di luar sana yang senasib juga mampu berjaya.

Melalui platform sukarelawan saya mampu membentuk kepimpinan diri yang kuat. Semoga ia menjadi infak buat mereka yang memerlukan. Jangan bersedih jika diuji kerana ujian Allah SWT buat insan-insan terpilih. Sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT. A positive vibes will attract a positive energy!

Wanita tanpa ilmu dan iman yang kuat adalah wanita yang rugi. Indahnya wanita itu bukan hanya di wajah tetapi di minda yang penuh dengan ilmu serta akhlaknya yang tertib dan beradab. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Apa yang kita ungkapkan, rasa dan fikir akan mejadi doa harian. Semoga seluruh wanita mampu menjadi srikandi hebat yang berjuang demi keluarga, agama, bangsa dan negara,” akhiri Miesya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI