Siapa tidak mengenali doktor dan pempengaruh media sosial Dr Say Shazril atau nama sebenar ialah Muhammad Shazril bin Shaharuddin. Dr Say yang memulakan kerjayanya sebagai doktor sakit puan ini mulai mendapat perhatian dek personalitinya yang ‘charming’ dan cukup merendah diri.
Malah, Dr. Say juga turut aktif di media sosial dan banyak berkongsi coretan kehidupan bersama-sama pengikutnya. Dari perihal soal kesihatan, kerjaya sehinggalah kisah yang melibatkan perihal rumahtangganya. Umum mengetahui Dr. Say sudahpun berkahwin dengan pegawai perubatan, Dr. Azura dan kini sudah pun dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang comel.
Keakraban serta kemanisan yang ditonjolkan menjadikan Dr. Say Shazril dan Dr. Azura antara pasangan personaliti contoh buat mereka yang di luar sana. Kedua mereka juga dilihat sentiasa menyokong antara satu sama lain.
View this post on Instagram
Dan terbaru perkongsian dari hantaran Instagram Dr. Say Shazril baru-baru ini mengundang keterujaan pengikutnya apabila Dr. Say berkongsi momen indah di awal perkenalan bersama serta nasihat yang diberikan untuk pasangan bercinta di luar sana yang ingin menamatkan zaman bujang mereka dengan mencari ‘pasangan yang sempurna’
Jelas Dr. Say mengimbas memori perkenalan bersama isteri tercinta, jelasnya “Saya tak buat apa-apa pun, isteri saya yang datang kacau dan saya terlayan ‘kacauan dia’ lalu kami menjalinkan hubungan. Bila masa berlalu, bila dah kenal isi hati budi, dah kenal perangai sebenar, saya mula mempersoalkan “Adakah Azura jodohku? Bukankah ada yang cantik di Malaysia ini? Tapi isteri saya bijak, bila kami dah habis belajar medic di India & pulang ke Malaysia, isteri saya cakap “kalau you tak nak kawin, siapa yang I jumpa dan berkenan, I akan kahwin dengan dia”.
Jelas Dr. Say, “Jadi macam mana nak tahu adakah kita dengan orang yang betul? Well, keberjayaan dalam perhubungan adalah bukan dengan mencari “the right person” tapi belajar untuk menerima & mencintai pasangan anda”.
Dr. Say juga turut berkongsi kenapa beliau dan isteri senantiasa dilihat bersama-sama dan tidak segan berkongsi saat manis berdua di Instagram.
“Mengekalkan perhubungan memakan masa & tenaga. Ia ibarat satu pekerjaan yg memerlukan kesungguhan, kesabaran & kebijaksanaan. You have to know what to do to make it work. Sebab tu lah saya selalu dating dengan bini, slow talk dengan bini, cerita segalanya pada bini sebab to me, my wife is THE ONE FOR ME.
Untuk makluman, Dr. Say Shazril dan Dr. Azura diijabkabulkan pada Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
********************************************
Jadikan akhlak Rasulullah S.A.W sebagai dorongan dan panduan. Kenali lebih dekat Nabi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menerusi Ensiklopedia Akhlak Rasulullah SAW yang eksklusif ini. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik sini).
********************************************