Kuat semangat Siti Elizad Mohamad Sharifuddin untuk bergelar seorang ibu! Meskipun sudah dua kali menjalani rawatan kesuburan IVF namun selebriti cantik ini tidak putus asa berjuang untuk hamil dan menimang cahaya mata. Enggan meratap sedih, Elizad kini lebih tenang menerima ketentuan takdir.
Ditemui Nona baru-baru ini, Elizad yang bakal menginjak usia 39 tahun akui merancang untuk menjalani proses IVF sekali lagi tahun ini.
“Saya dah dua kali buat IVF dan belum ada rezeki. Ia sebenarnya bukan desakan daripada family tau. Desakan daripada orang ramai tu yang tanya bila nak ada baby. Saya anggap itu satu semangat untuk mereka membayangkan macam mana baby Elizad nanti.
Untuk tahun ini inshaAllah saya akan cuba (jalani IVF). Cumanya rezeki, ketentuan daripada Allah. Kalau I boleh bagi, on the spot I bagi dan happy sangat.
Tapi I struggle sebenarnya, tipulah kalau kita tak pernah murung sebab kita tengok media sosial ni ramai orang upload baby cute so kita mesti nak ada seorang yang baby kita nanti muka macam mana.
Ads
Tapi belum ada rezeki. InshaAllah tahun ini saya akan cuba lagi. Kalau tak dapat (anak), saya dah masuk musim reda. I nak masuk early 40, I rasa tak apalah. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, I tetap enjoy.”
Tambah isteri Shamsul Baharin Rahman ini lagi, “Masa tahun pertama bila kahwin, I tak ready lagi waktu tu. So mungkin kesalahan mulut ni juga sebab kata tak ready.
Ads
Actually bila kita dah kahwin kita dah kena kata kita ready dah. Saya fikir ini ujian daripada Allah sebab selama ni apa je kita nak semua dapat. Tapi this one rasa macam susahnya nak dapat.
Stress bila orang banyak bertanya dekat family. Saya kasihan dekat ayah saya sebab among adik-beradik semua dah ada anak. I seorang je tak ada lagi dan seorang je perempuan. Yang lain semua lelaki.
Ads
I rasa stress bila orang bertanya dekat ayah saya sebab dia dah tua. Untuk saya, saya dah ok dah masuk musim reda. Kalau dulu, I stress tapi now semuanya ok je. Happy.”
Pada November 2020, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan IVF untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.
Perjalanan IVF pelakon, pengacara dan juga DJ radio ini turut pernah mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menjalani IVF sebanyak 17 kali untuk menimang cahaya mata.
Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nilai kekayaannya mencecah $143 bilion, menjadikan Jeff Bezos sebagai jutawan No. 1 terkaya di dunia. Sebagai CEO Amazon, Bezos dikatakan menjalani gaya hidup ultra-mewah dengan teman wanitanya, Lauren Sanchez.
Sewaktu ekonomi dunia terkesan hebat, lelaki terkaya di dunia ini dilaporkan berhasil menambah kekayaan peribadi sehingga $25 bilion, melebihi tahun lepas. Saham Amazon juga mencecah angka trilion dan digelar ‘stok pelaburan kalis Coronavirus’ apabila ia melonjak 30% lebih tinggi tahun ini.
Dengan kekayaan peribadi ini bermakna Bezos lebih kaya daripada 130 negara. Usahawan kelahiran New Mexico itu pernah membeli jet peribadi Gulfstream G650ER berharga $48 juta semata-mata untuk berulang-alik dari kediamannya ke rumah peranginan di Pulau Galapagos.
Beliau juga berjiran dengan jutawan Microsoft Bill Gates di kediaman tasik $18.5 juta di Medina, Washington serta memiliki banyak aset kediaman lain di seluruh Amerika Syarikat. Itu belum termasuk segala supercars, helikopter, kapal persiaran serta wang menimbun-nimbun kepunyaannya!
Bezos juga banyak melabur untuk penyelidikan ke angkasa lepas melalui projek Blue Origin. Beliau menyimpan cita-cita agar suatu hari nanti masyarakat dunia mampu melancong ke angkasa, hidup dan bekerja jauh dari bumi.
Namun tiada manusia yang kebal daripada ancaman Coronavirus. Walaupun merekodkan keuntungan, tapi impak global terhadap pandemik COVID-19 menjejaskan ramai pelanggan, kakitangan dan rakan niaga Amazon.
Penularan wabak COVID-19 menjadi bonus besar buat platform membeli-belah dalam talian, Amazon, apabila lebih ramai pengguna berbelanja dari rumah. Walau bagaimanapun, demi memenuhi tempahan yang berduyun-duyun, kapasiti pekerja berlipat ganda dan mereka terpaksa bekerja lebih.
Terkini, seramai 300 pekerja di 50 gudang Amazon yang beroperasi telah dijangkiti COVID-19. Di sebalik kenaikan upah, para pekerja Amazon turut melancarkan protes agar pengurusan menyediakan kelengkapan perlindungan dan menuntut polisi keselamatan pekerja yang lebih baik diambil.
BEZOS BERUBAH
Wabak COVID-19 benar-benar mengubah pandangan Bezos terhadap masa depan Amazon. Bala bencana ini juga menyedarkan beliau daripada kehidupan ultra-mewah dan kembali mengambil alih pengurusan syarikat.
Sumber melaporkan bagaimana Bezos mula turun padang melawat gudang, membuat inventori, menyertai mesyuarat lembaga pengarah dan kerap berbincang dengan kerajaan tentang situasi semasa. Bahkan buat pertama kalinya dalam beberapa tahun, Bezos dilaporkan melawat kakitangan sendiri.
New York Times pula melaporkan Bezos sebelum ini banyak menyerahkan kerja-kerja operasi harian di Amazon kepada orang kepercayaannya. Beliau lebih fokus kepada projek-projek ‘berisiko’ dan futuristik seperti Alexa, stor Amazon Go dan Blue Origin.
Kini Amazon baru mengetatkan polisi dengan melarang penjual menghantar barangan bukan keperluan ke gudang sebaliknya mengutamakan barangan keperluan utama seperti makanan, barangan rumah, produk bayi dan ubat-ubatan.
Dengan perubahan positif Bezos sebagai teraju utama syarikat sendiri membuatkan hala tuju Amazon kembali mendapat kepercayaan pelanggan. Antara kata-katanya yang patut kita hadam ialah,
The leader, no matter how large the company, does need to take charge.
Adakah kematian pengurus Amazon pada 31 Mac lalu menjadi punca Bezos kembali fokus terhadap syarikat? Berasaskah kontroversi bahawa upah Amazon yang kecil, tidak setimpal dengan beban kerja yang banyak?
Yang nyata, waima manusia terkaya di dunia sekali pun tidak akan mampu membeli satu nyawa. Hargailah pekerja anda, mereka bekerja untuk KELANGSUNGAN HIDUP untuk majikan yang bekerja untuk KEPUASAN GAYA HIDUP!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian berkhidmat sebagai penyampai berita.
Populariti Hazlin kian melonjak ketika dia diberi kepercayaan mengacarakan program dokumentari 999 bagi menggantikan Zakiah Anas pada tahun 2014.
Gaya penampilan dan ketegasannya sepanjang mengacarakan program tersebut berjaya menarik perhatian penonton.
Dari pentas dunia glamor, Hazlin sedikit demi sedikit mula ‘berhijrah’. Daripada ‘free hair’ dia nekad mengenakan hijab, mengikuti kelas agama dan meninggalkan kerjaya penyiaran.
Meskipun mempunyai potensi besar untuk berkembang lebih jauh namun keputusan Hazlin untuk mendekati Allah, rasul dan Al-Quran mengatasi segala-galanya.
Dihubungi Nona baru-baru ini, isteri penyampai berita TV3 Mior Abdul Malek berkenaan terbuka berkongsi perkembangan terkini dan mengharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Bercerita kejayaannya menggenggam Sarjana Pengajian Islam Al-Quran dan Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada November lepas, Hazlin mendedahkan dia terdetik untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut selepas mengerjakan umrah pada tahun 2021.
“Semenjak pulang umrah pada Oktober 2021 iaitu selepas Covid-19, saya berkesempatan untuk naik ke Gua Hira’, suasana yang susah nak digambarkan dan saya tertampar dengan kata-kata mutawif dalam bas.
‘Sedih tak nak meninggalkan tempat ni?’ Jemaah lain cakap sayu, sedih dan ada yang teresak-esak. Saya tak faham kenapa saya tak ‘rasa’.
Mutawif cakap kalau tiada rasa itu sebab kita tak kenal lagi siapa Nabi Muhammad SAW. Kita tak kenal keluarga Baginda, kita tak tahu sirahnya, sahabatnya. Apatah lagi perjuangannya.
Lepas tu, saya nekad untuk belajar dan mencari ilmu. Sehinggalah saya sambung pengajian ke peringkat Master Al-Quran dan Sunnah untuk berada dalam circle baru, guru-guru baru sebab terlalu banyak soalan yang nak ditanya dan dibincangkan,” ujarnya.
Walau sudah berjaya menggenggam ijazah namun Hazlin tidak lelah mencari ilmu dan memanfaatkan masa pada bulan Ramadan ini dengan mengikuti kelas agama.
“Memang setiap kali Ramadan saya busy dengan buat kuih raya semperit dan online class yang melibatkan pengajian Islam seperti kelas tajwid, Bahasa Arab Al-Quran dan terkini, pengajian Al-Quran dan Sunnah.”
Difahamkan anak keempat daripada tujuh beradik ini mula menjual kuih raya semperit sejak lapan tahun lepas.
“Saya mula sejak tahun 2017, memang buat sendiri, pergi belajar sana-sini. Tapi takut nak mulakan perniagaan disebabkan masa tu dah selesa dengan pekerjaaan sedia ada (penyiaran). Tapi masa tu rasa dah tepu dan cuba nak ‘campakkan’ diri dalam bidang lain pula.
Resipi kuih semperit ini dari seorang guru yang saya belajar di sebuah kolej di Selayang, Selangor. Pada awalnya saya rasa biasa je, tapi sebab ada seorang sahabat cakap, kita kena buat bisnes semperit ni, maka kekal sehingga hari ini. Dan sahabat saya tu, masih membantu saya smpi sekarang.”
Tambahnya lagi, “Disebabkan saya hanya buat di rumah dan memperuntukkan 10 hari sahaja untuk beri komitmen buat semperit, jadi tidak banyak yang dapat dihasilkan, purata 500 balang sahaja. Dan tak boleh buat lebih dari 1 jenis kapasiti sangat terhad.
Macam saya maklumkan, saya ada komitmen utama pada bulan Ramadan yang sayang untuk dilepaskan. Mencari ilmu.”
Sentiasa ‘isi’ peribadi dengan ilmu bermanfaat, kejayaan Hazlin memang patut dijadikan ikutan. Bukan hanya bijak, dia juga mahir dalam banyak perkara. Antaranya memasak dan menjahit.
“Saya memang dah biasa tengok mak menjahit tapi jahit ‘ikut dan’ jelah. Masa kecil pun saya yang tolong tetaskan jahitan kalau mak tersalah jahit. Tapi disebabkan saya ni memang kehausan ilmu, jadi mahu ataupun tidak saya suka pergi belajar.
Walau pun jauh, yuran tinggi, takkan halang saya untuk sampai ke kelas tu. Pada saya, minat dah ada tapi ilmu tetap terus kena mencari.”
Dibesarkan dalam keluarga sederhana, Hazlin syukur setiap adik-beradiknya mempunyai kelebihan tersendiri dan akui sikapnya yang suka berdikari.
“Saya anak tengah-tengah, nombor empat. Jadi boleh kata, tidak dimanjakan dan tidak pula dikesampingkan. Tapi selalu apa-apa buat sendiri. Keputusan sendiri. Mak suri rumah, abah kontraktor kecil-kecilan.
Adik-beradik saya memang semua ada kemahiran masing-masing dan ada buat bisnes hasil kemahiran yang ada tu untuk sara hidup dan cari duit tepi.”
Hazlin Hussain mendirikan rumah tangga bersama Mior Abdul Malek Rayani pada 13 Disember 2015.
Diaju bagaimana dia menjaga keharmonian rumah tangga, ini jawapan jujur Hazlin. “Perkara paling penting, komunikasi. Kami sepakat, apa-apa jangan pendam dan perlu luahkan apa yang kita rasa dan sama-sama fikir solusi atau jalan tengah.”
Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia sampai syurga dan terus memberi inspirasi kepada masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena hari ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-73 pada 1 April lepas, bekas pembaca berita RTM yang kini Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan menyampaikan titah ucapan tahniah kepada stesen penyiaran terulung itu. Tanpa disangka, rakaman video berdurasi hampir satu minit 30 saat tersebut menarik perhatian peminat setia Tengku Permaisuri Norashikin yang meluahkan rasa rindu melihat baginda kembali membaca berita seperti sebelum ini.
Walau hanya mampu mendengar lantunan suara baginda dalam masa yang singkat… namun itu sudah memadai untuk mengubati kerinduan. Bahkan ramai yang terpaku mendengar gaya penyampaian Tengku Permaisuri Norashikin yang jelas, tenang dan penuh elegan.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun RTM yang ke-73. Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.
Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya penuh dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.”
Tengku Permaisuri Norashikin yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 4 Jun depan, sebelum ini pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2015.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.