Macam anak kacukan! Memang terserlah wajah cantik Salsabil Qur’ani. Patutlah namanya tengah jadi bualan hangat. Lebih-lebih lagi sejak video TikTok Salsabil di samping bapa tersayang ketika sambutan hari lahir aktor berkenaan baru-baru ini bertebaran di media sosial.
Sejak itu, ramai yang mula meminati dan mengenali anak pasangan selebriti popular, Mustapha Kamal dan Susan Manen tersebut.
Menjenguk media sosial milik Salsabil Qur’ani, gadis ini baru berusia 18 tahun. Daripada raut wajahnya jelas dia mewarisi kecantikan ibunda tersayang, Susan Manen yang merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1993!
Mana tidaknya, aktres popular Pengantin 1 Malam itu mempunyai darah kacukan Inggeris dan Portugis. Jadi tak hairanlah anak-anak pun kacak dan cantik.
Ads
Sepasang mata bundar, hidung mancung, rambut ikal mayang dan senyuman manis yang dimiliki Salsabil membuatkan sesiapa saja tertawan.
Sebagai anak pelakon popular dan darah seni yang mengalir dalam diri, Salsabil turut tidak melepaskan peluang mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapanya sebagai pelakon.
Sekitar hujung tahun lalu, dia membintangi drama Cinta Yang Tertangguh di samping bapanya, Sweet Qismina dan Zoey Rahman.
Ads
Selain Salsabil, pasangan romantis Mustapha Kamal dan Susan Manen turut dikurniakan tiga cahaya mata lagi iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem dan Naqli Qaddiem.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sudah tentu banyak dihabiskan di hadapan skrin televisyen, komputer dan gajet bukan? Tidak kira sama ada dewasa atau kanak-kanak, situasi yang sama dihadapi apatah lagi kebanyakan bekerja dari rumah serta kanak-kanak menyiapkan tugasan sekolah dari rumah.
Namun, berapa ramai yang prihatin tentang soal penjagaan mata selepas seharian menghadap skrin? Inilah realiti apabila bekerja dari rumah dengan kekerapan menghadap skrin dengan lebih banyak berbanding keadaan biasa.
Mata merupakan organ yang mempunyai keistimewaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Melalui mata, seseorang individu dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah dan sudah sewajarnya deria istimewa ini memerlukan perhatian yang sebaiknya.
Mata sememangnya antara organ kompleks yang cukup besar maknanya kepada setiap manusia. Sejak berzaman, kita mendengar orang menyebut kata indah iaitu ‘dari mata turun ke hati’. Walaupun mata cukup penting, namun ramai yang terlupa beberapa perkara sensitif berkait mata apatah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, mata terlalu terdedah di skrin komputer, kaca televisyen dan gajet.
NONA mendapatkan pandangan dari Pakar Oftalmologi (MATA) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Dr Maimunah Abdul Muna’aim mengenai tip penjagaan mata yang sering kali diabaikan oleh golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak .Dr Maimunah berkongsi tip berguna ini untuk dijadikan panduan.
KEBAIKAN TEKNIK SENAMAN MATA
Senaman mata dapat membantu menguatkan lagi otot-otot mata secara langsungnya akan membantu meningkatkan daya fokus dan penglihatan
TEKNIK 1-KERDIPAN MATA
TEKNIK 2- TEKNIK ANGKA LAPAN
TEKNIK 3- ‘PALMING’
Teknik 4: Penumpuan dekat dan jauh
TEKNIK 5- ZOOMING
Semoga ilmu yang dikongsikan oleh Pakar Oftamologi ini memberikan manfaat bersama. Ayuh mula memberi perhatian terhadap penjagaan pancaindera yang istimewa ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi terkenal, Aina Abdul akui satu ketika dahulu dia akan mudah tersinggung dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh segelintir pihak gara-gara penampilan ‘luar kotak’ yang sering digayakannya ketika membuat persembahan.
Menurut Aina, setiap kata-kata negatif atau berbaur sindiran itu akan sentiasa bermain di benak fikirannya.
Namun, seiring perjalanan waktu, penyanyi yang terkenal dengan kekuatan vokal itu menyifatkan dirinya kini lebih matang untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
“Kalau dulu, saya akan mudah bengang dengan gelaran-gelaran negatif daripada netizen. Komen-komen tersebut akan menghantui saya sepanjang hari itu. Saya akan moody dan cepat overthink.
“Namun, sekarang saya semakin kuat. Saya juga punyai sistem sokongan yang sangat membantu. Mereka akan sentiasa pastikan saya tidak nampak komen-komen negatif itu.
“Saya rasa sangat dilindungi. Mereka lebih mengetahui diri saya daripada saya kenal diri saya. Ia juga membuatkan saya lebih mengenali diri sendiri.
“Jadi, saya cuba untuk tidak melihat dan membaca komen-komen negatif itu. Walaupun saya cakap saya kuat, tapi tentu ada harinya kita akan rasa down juga,” katanya kepada NONA.
Aina berkata sedemikian ketika ditemui pada sebuah majlis sidang media yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Semalam itu tetap mahu memandang perkara ini dari sudut positif selain turut menyifatkan komen-komen netizen antara faktor yang membuatkan namanya terus kekal relavan sehingga hari ini.
“Segala komen-komen netizen sepanjang empat hingga lima tahun ini sememangnya banyak membantu perjalanan kerjaya saya dalam cara yang sangat pelik.
“Mereka membuatkan semangat saya rasa ‘terbakar’. Setiap kali saya buat sesuatu, saya mahu pastikan mereka bercakap dan berfikir mengenai saya.
“Untuk terus kekal di dalam industri bukan sesuatu yang mudah. Saya salute kepada artis-artis senior yang mampu bertahan sehingga hari ini.
“Tanggungjawab anak seni ini besar. Sebab itu saya dan team akan sentiasa brainstorm untuk setiap idea pemakaian dan persembahan untuk mereka sentiasa ingat saya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Wanita sekarang bijak mengatur perjalanan hidup. Tidak bererti mengejar kekukuhan ekonomi sampai mengabaikan penjagaan diri. Jadi apakah cara yang dilakukan tiga orang wanita muda jelita ini agar kekal menawan? Nona mengintai rahsia mereka.
Nur E’zzati Zahari 25 tahun Jurusolek & Pelukis Potret
Bagaimanakah cara anda mengekalkan kecantikan kulit?
Setiap malam sebelum tidur, saya akan mengamalkan empat langkah rutin penjagaan kulit iaitu membersihkan wajah, guna penyegar, sapu krim pelembap dan ratakan beberapa titis facial oil. Pada waktu siang, gantikan facial oil dengan krim tabir suria. Solekan akan nampak lebih cantik dan sekata jika kulit kita sihat.
Bagaimanakah wanita mampu mengekalkan kecantikan ketika cuaca panas dan kering?
Kekurangan air ketika cuaca panas boleh menjejaskan kelembapan kulit dan menjadikannya nampak kusam serta tidak bermaya. Jadi, penjagaan kulit yang baik dan solekan yang minimum dapat menaikkan seri pada wajah sepanjang menjalani cuaca panas.
Tip kecantikan yang anda amalkan?
Sapukan krim muka pada kulit yang masih lembap untuk memastikan krim meresap dengan lebih baik. Jika tidak suka memakai bedak asas, sedikit penyamar noda di bawah mata sudah cukup untuk tampil segar.
Jangan abaikan bibir yang mengelupas! Saya selalu gunakan tuala basah sebagai berus bibir dan sapu pelembap sebelum mengenakan gincu jenis matte.
Sri Putri Mayangsari Sheikh Muhammad 27 tahun Usahawan
Bagaimanakah cara anda mengekalkan kecantikan kulit?
Tip saya senang sahaja, tetapi mesti rajin dan sabar. Saya berpegang pada dua produk ini. Pilih produk organik untuk penjagaan kulit kerana selamat dan berkesan tanpa bahan yang terlarang dan pakai krim tabir suria pada waktu siang supaya muka tidak terus terkena pancaran cahaya matahari.
Apabila memilih produk organik, kita perlu sabar dan untuk kekal cantik kena rajin. Paling kurang seminggu, dua kali saya buat normal facial di rumah, skrub muka dan pakai masker. Seminggu sekali pula saya mandi wap di rumah untuk membebaskan toksin dalam tubuh. Selain itu saya juga mengambil makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan dalaman.
Bagaimanakah wanita mampu mengekalkan kecantikan ketika cuaca panas dan kering?
Ketika cuaca panas, kita perlukan penjagaan lebih kerana kurang minum air. Sebaik-baiknya minum air dengan banyak atau bawa air di dalam beg jika mempunyai tugasan di luar agar kulit sihat dan tidak berlaku hidrasi.
Tip kecantikan yang anda amalkan?
Amalan yang biasa saya lakukan adalah tidak minum ais dan tidak minum air bergas. Saya juga rajin merawat kulit agar kelihatan segar dan cantik dengan menggunakan produk yang diyakini.
Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal 26 tahun Pengasas Gula Cakery & Gula Petite
Bagaimanakah cara anda mengekalkan kecantikan kulit?
Rutin tugas saya yang tidak menentu kadang-kadang membuat saya tidak dapat menjaga kecantikan dengan konsisten. Namun, saya tidak pernah lupa untuk mengunjungi klinik kulit tiap-tiap bulan. Disebabkan mempunyai kulit sensitif, saya perlu menggunakan produk yang dinasihatkan oleh doktor. Lebih-lebih lagi kerap berada di depan ketuhar membakar kek!
Bagaimanakah wanita mampu mengekalkan kecantikan ketika cuaca panas dan kering?
Dalam menghadapi cuaca panas atau cuaca tidak menentu, kadang-kadang boleh menyebabkan wajah kelihatan pucat dan tidak bermaya. Jadi untuk mencipta wajah yang segar, letak sedikit solekan atau bedak asas lebih-lebih lagi kalau hendak berjumpa klien atau menghadiri mesyuarat.
Tip kecantikan yang anda amalkan?
Nenek saya selalu suruh makan buah-buahan untuk kekal cantik. Pada waktu malam saya tidak pasang pendingin hawa sebab muka akan cepat kering. Biasanya saya akan pasang pendingin hawa awal-awal kemudian tutup untuk tidur. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!