Bahasa cinta adalah luahan kata-kata serta perbuatan yang nampak mudah namun cukup memberi makna. Yang susahnya ialah mencari bahasa cinta yang paling tepat buat pasangan.

IKLAN

Setiap orang memiliki bahasa cintanya yang tersendiri. Tetapi seiring dengan perubahan umur, bahasa cinta boleh berubah. Apabila pasangan saling jatuh cinta, kedua-duanya mula memahami dan mendalami bahasa cinta masing-masing.

Justeru, pilihlah bahasa cinta yang tepat untuk pasangan anda agar terciptanya bahagia. Dr Gary Chapman yang terkenal dengan rangkaian bukunya, 5 Love Languages menulis tentang 5 bahasa cinta yang paling asas iaitu:

UNGKAPAN CINTA

Sebelum tidur masing-masing melafazkan ucapan terima kasih atas kebaikan pasangan yang telah dilakukan pada hari itu. Ambil juga peluang untuk meminta maaf atas kekhilafan yang terjadi. Ungkapan cinta juga bermaksud memberi sokongan dan hormat kepada pasangan.

LAYANAN

Cinta tidak cukup dengan hanya luahan kata-kata. Sesetengah orang akan lebih merasai cinta apabila diberikan layanan terbaik oleh pasangan mahupun keluarga. Sudah tentu seseorang itu mengharapkan pasangannya memberi layanan paling istimewa buat dirinya.

IKLAN

PEMBERIAN HADIAH

Ada yang menjadikan amalan pemberian hadiah sebagai tradisi bagi melambangkan bahasa cinta. Maka ungkapan terima kasih, penghargaan, rasa hormat serta layanan istimewa akan lebih bermakna dengan pemberian hadiah. Tidak semestinya hadiah mahal, cukup sekadar pemberian kecil sebagai tanda cinta dan perhatian.

WAKTU BERKUALITI

IKLAN

Dua perkara penting yang menentukan arah perjalanan kita iaitu masa dan bagaimana kita memanfaatkannya. Tuntutan keperluan hidup seringkali mengganggu sebahagian besar waktu dan kita harus bijak mengambil peluang. Bagi pasangan, waktu berkualiti ialah saat berduaan tanpa gangguan.

SENTUHAN MESRA

Ada pasangan yang suka disentuh dan dibelai sebagai bukti cinta. Berikan saja, bukankah permintaan itu paling mudah lebih-lebih lagi ia tidak memerlukan tenaga dan kos? AMY MOHD