Suami Melebihkan Isteri Atau Ibu, Kupasan Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar Yang Menyentuh Hati

813

Memang banyak terjadi dalam masyarakat apabila seorang anak lelaki berkahwin terus melupakan tanggungjawabnya terhadap ibu. Lebih-lebih lagi ibu yang sudah uzur dan tinggal di kampung.

Mungkin kadang-kadang bukan suami terlupa tetapi tenggelam dalam tanggungjawab di tempat kerja dan tanggungjawab keluarga kecil yang baru dibinanya. Namun, jika situasi ini terus berlarutan bimbang akan mengecilkan hati ibu yang mengandungkannya.

Sebaliknya, ada juga seorang suami yang melebihkan tanggungjawab terhadap ibunya sendiri sehingga mengabaikan isteri dan tidak mengendahkan perasaan isteri yang menjeruk rasa.

Ini adalah antara fenomena yang sering dihadapi oleh seorang suami apabila berhadapan dilema untuk memilih ibunya sendiri atau isteri tercinta. Kupasan Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar tentang isu ini ialah;

Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar

“Hadis yang diriwayat oleh Imam Al-Tarmizi, nak bagitahu kepada kita bagaimana pula tanggungjawab suami untuk dapat reda Allah SWT dengan memberikan tanggungjawab yang cukup sempurna.

Ada sebuah kisah tentang sahabat yang dimuliakan oleh Allah SWT telah membelakangkan mentuanya. Mentua dalam adab keseluruhannya, peringkat atau bahagian adab kita dengan mentua itu selaras dengan kedua orang tua kita sendiri.

Maka ada orang dia bernikah bersama dengan anaknya semata-mata. Dia tidak bernikah bersama kedua orang tuanya. Maka sebab itulah kita mesti letakkan bahawa keutamaan ataupun khidmat kepada ibu dan ayah kita setanding juga kepada mentua kita.

Bagaimana pula kalau ada ibu yang berkecil hati dengan suami ketika mana mengutamakan isteri? Jadi pada hari ini apabila seorang suami keluarkan dana yang cukup besar kepada isteri tapi terlupa untuk berikan kepada ibunya.

Saya nak bagitahu kepada sahabat wanita di luar sana, seorang wanita yang solehah dia akan ingatkan kepada suaminya untuk berbakti kepada ibunya.

Dan itulah lantunan permintaan kata-kata seorang wanita yang minta kepada suami agar bukan sahaja dia seorang sahaja yang peroleh bahagia tapi suaminya itu juga memberi kebahagiaan kepada kedua orang tuanya.

Dalam satu kisah yang tidak berapa kuat riwayatnya iaitu kisah Iqamah yang ketika Iqamah ini mendukacitakan hati ibunya sehingga menyebabkan ringkasannya Iqamah ini jenazahnya tidak boleh mengucap, tak dapat dimandikan dan tak boleh pergi dengan elok.
Sedangkan Iqamah ini adalah seorang yang taat kepada perintah Allah SWT. Tetapi hatinya berpaling saat mempunyai isteri.

Isteri itu adalah madrasah dan madrasah kepada anak-anak juga madrasah kepada sang suami.

Walaupun seorang lelaki itu sudah menikah tapi tidak akan lepas daripada beberapa tanggungjawab iaitu;

  • Yang pertama; lelaki itu tidak akan lepas tanggungjawab terhadap bapanya, sakit pening bapanya adik-beradik lelaki mesti bertanggungjawab maka sebab itu faraid (pembahagian harta) lebih kepada anak-anak lelaki. Sebab dia kena bantu keluarkan duit dahulu.
  • Yang kedua; tanggungjawab terhadap mak dia. Apa pun seorang suami dia kena dahulukan ibunya.
  • Yang ketiga; adik perempuannya. Walaupun dah menikah pada ketika itu, dia mesti tahu apa yang berlaku pada adik perempuannya. Sebab jika berlaku perceraian adik perempuannya abangnya ini yang menjadi wali kepadanya.

Sebab itu sahabat yang dimuliakan oleh Allah SWT perhatikan perkara ini, jangan sampai kita bahagiakan wanita yang dinamakan sebagai isteri tetapi lupa pada tiga tanggungjawab ini.

Sahabat sekalian, maaf bicara, isteri bila-bila boleh diganti tapi ibu itu hanya satu dan tiada gantinya. Doa isteri itu mungkin boleh berubah-ubah tetapi doa ibu itu tiada hijabnya.

Gambar hiasan

Di saat kita membelakangkan ibu kita adalah saat kita kita sedang membelakangkan doa kita terhadap Allah SWT. Antara punca doa kita tak makbul, perniagaan kita tak maju, rezeki kita sempit adalah kerana kebiadapan kita kepada kedua orang tua. Paling halus adalah apabila kedua orang tua kita sudah tidak sudi untuk berdoa kepada kita, maka berhati-hatinya pada ketika itu,” kongsi Ustaz Ahmad Fuad.

Sumber: FB Kuliah Ustaz Fawwaz Mad Jan

Jangan Lupa Komen