Penggiat media terkemuka Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menerusi hantaran di Facebook memaklumkan mengenai pelantikan itu, hari ini.
“Sekalung tahniah buat sdr Suhaimi bin Sulaiman atas lantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.
Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran, pernah bertugas di Kumpulan Media Sarawak, BERNAMA, Astro Awani dan Media Prima.
Ads
InshaAllah dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia.” katanya.
Ads
Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran, beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI. Beliau juga pernah bertugas di Kumpulan Media Sarawak, Bernama dan Media Prima.
Ads
Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.
Sumber: ASTRO AWANI | Kredit foto: Berita MCOBA
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah enam bulan mengikat tali pertunangan, hujung minggu lalu anak sulung Datin Seri Umie Aida iaitu Mohd Danial Firdaus selamat bergelar suami kepada Hanis Zahira Mohd Ghazali. Majlis ijab kabul pasangan mempelai ini berlangsung di sebuah masjid di ibu negara secara sederhana namun meriah yang dihadiri ahli keluarga terdekat. Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Datin Seri Umie sekeluarga!
Menerusi perkongsian aktres popular ini di Instagram miliknya, jelas terpancar wajah ceria dan teruja Datin Seri Umie Aida sebagai mentua. Iyalah, sebagai ibu pastinya beliau gembira melihat anak tersayang kini melangkah masuk ke fasa hidup baru. Malah, bintang filem Dukun ini tidak ketinggalan menitipkan doa terbaik buat Mohd Danial dalam melayari alam rumah tangga.
“Pesanan ibu buat Mohd Danial Firdaus, berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Belailah isterimu dengan penuh kasih sayang. Ibu doakan Danial dan Haniz sentiasa dalam peliharaanNya dan rahmatNya. Aamiin.”
Dalam satu video yang dimuatnaik pula mengundang sebak apabila Mohd Danial memeluk erat ibu tersayang sebaik selamat bernikah. Begitu juga ketika seorang lagi anak Datin Seri Umie, Mohd Dzulhelmy datang menerpa dan berpelukan antara satu sama lain. Tiada ungkapan yang mampu diluahkan mereka selain linangan air mata gembira.
Datin Seri Umie turut mendedahkan hubungan kedua-dua anak beliau ini sudah terjalin rapat sejak mereka kecil lagi. “. Hubungan erat bagai isi dengan kuku. Jarak umur cuma beza setahun. Dari depa kecik… kalau ibu marah kat Danial.. Dzul akan menangis. Kalau ibu marah kat Dzul.. Danial akan cuba tenangkan ibu. Depa ada jugak bergaduh masa budak-budak.. macam biasa ayat seorang ibu.. ibu hantuk kepala hangpa dua-dua.
Ibu tak nak tahu siapa betul siapa salah.. hangpa adik-beradik kena saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. lbu ckp je.. tapi tak pernah pun depa kena hantuk kepala. Alhamdulillah.. 27 tahun Danial bertemu jodoh. Semoga Danial & Haniz sentiasa dlm lindunganNYA dan dirahmatiNYA. Aamiin… Akhir kata dari ibu buat Danial & Dzul.. Jaga silaturahim ini.”
Yang pasti, penampilan isteri Datuk Seri Khairuddin ini pada majlis pernikahan Mohd Danial mencuri perhatian peminat. Beliau yang anggun mengenakan persalinan sedondon mint green kelihatan berseri-seri dan makin langsing. Dalam meniti usia 46 tahun, Datin Seri Umie Aida kekal awet muda dan menawan berbanding zaman anak dara dulu.
Turut menyerikan majlis pernikahan Mohd Danial ialah adik-beradik Datin Seri Umie iaitu pengarah Erma Fatima dan adiknya, Betty Rahmad. Selain Mohd Danial, Datin Seri Umie mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy yang kini berusia 26 tahun dan Aisyah Humaira berumur setahun.
Tahniah buat penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesti Kejora atas kelahiran cahaya mata terbaharunya. Menanti dengan penuh teruja kehadiran anak ketiga berkenaan, Lesti dilapor selamat bersalin pada 23 Februari 2026 bersamaan 5 Ramadan yang lalu.
Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercinta yang juga selebriti terkenal Indonesia, Rizky Billar di media sosial miliknya.
Sehingga kini, perkongsian Rizky meraih hampir sejuta likes dan ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada followers serta peminat setia mereka.
Menerusi perkongsian itu, bapa kepada tiga anak berkenaan memuat naik foto dirinya di sisi Lesti dalam bilik pembedahan ketika kelahiran.
“Alhamdulillah telah lahir puteri kedua kami beberapa waktu lalu tepatnya pada tanggal 23 Februari 2026 dengan kondisi yang alhamdulillah sihat dan baik.”
Difahamkan bayi perempuan yang juga anak ketiga Lesti Kejora dan Rizky dilahirkan secara pembedahan. Bagaimana pun, pasangan ini belum mendedahkan wajah mahupun nama anak mereka kepada umum.
Lesti yang berduet dengan biduanita Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Kumbang Bunga ini mendirikan rumah tangga dengan Rizky Billar pada awal tahun 2021 namun hanya mengumumkan pernikahan serta mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran pada 19 Ogos 2021.
Lesti Kejora melahirkan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Levian Al-Fatih Billar pada 26 Disember 2021. Anak kedua pula selamat dilahirkan pada 25 Januari 2025 iaitu Leshia Tivana Billar.
Semoga dengan kehadiran anak ketiga ini menyerikan lagi rumah tangga Lesti dan Rizky serta bahagia di samping keluarga tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tersentuh hati tatkala melihat beberapa keping gambar frontliners mengerjakan solat di ruang ‘perjuangan’ mereka tatkala membantu pesakit Covid-19 di hospital-hospital di seluruh negara. Letih, masa solat yang terhad dan masih berpakaian PPE, menjadi pendorong untuk peneraju rekaan telekung berinovasi, Siti Khadijahb Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah) menyumbang sebanyak 600 pasang telekung trade-in Siti Khadijah kepada barisan hadapan atau frontliners yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab bagi mengekang wabak Covid-19 di Malaysia.
Sumbangan telekung SK merupakan hasil pembelian dan pemberian
pelanggan-pelanggan SK (#FamiliSK) menerusi Kempen Trade-In Telekung SK yang
telah dijalankan sejak tahun lepas. Secara tidak langsung, #FamiliSK turut menjadi
penyumbang utama dalam memanfaatkan projek CSR Siti Khadijah di kala krisis
penularan wabak Covid- 19 yang sedang berlaku.
Siti Khadijah telah menjalinkan bekerjasama dengan NGO iaitu Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) bagi sumbangan telekung ke dua buah hospital, iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Telekung terpakai yang masih elok itu telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kepada kakitangan hospital yang memerlukan. Selain daripada itu, Siti Khadijah juga turut menyumbang sejumlah 130 helai tudung sarung untuk kegunaan barisan hadapan.
Sebagai syarikat pembuatan yang turut terjejas dengan krisis ini di mana keseluruhan operasi kilang jahitan ditutup, Siti Khadijah berharap agar sumbangan kecil daripada Siti Khadijah ini mampu menyuntik semangat dan motivasi kepada barisan hadapan dalam menjalankan amanah dan tugasan dalam situasi yang sangat mencabar.
Pihak SK juga mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan buat barisan hadapan yang bertugas sehabis baik dalam usaha mengekang wabak Covid-19 ini. Malah pihak Siti Khadijah amat menggalakkan agar #FamiliSK yang ingin menyalurkan sumbangan seiklhlas hati, boleh berbuat demikian melalui saluran akaun di bawah. Lebih istimewa, setiap sumbangan yang mencukupi RM50, sepasang telekung Siti Khadijah akan diberikan kepada barisan hadapan yang memerlukan. Alhamdulillah.
Maybank : 5628 3460 9847
Nama akaun : Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.