Tersentuh hati tatkala melihat beberapa keping  gambar frontliners mengerjakan solat di ruang  ‘perjuangan’ mereka tatkala membantu pesakit Covid-19 di hospital-hospital di seluruh negara. Letih, masa solat yang terhad dan masih berpakaian PPE, menjadi pendorong untuk peneraju rekaan telekung berinovasi, Siti Khadijahb Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah) menyumbang sebanyak 600 pasang telekung trade-in Siti Khadijah kepada barisan hadapan atau frontliners yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab bagi mengekang wabak Covid-19 di Malaysia.

IKLAN

Telekung,Tudung Sarung dan Sejadah Muka Siti Khadijah Untuk Frontliners Covid-19

Sumbangan telekung SK merupakan hasil pembelian  dan pemberian
pelanggan-pelanggan SK (#FamiliSK) menerusi Kempen Trade-In Telekung SK yang
telah dijalankan sejak tahun lepas. Secara tidak langsung, #FamiliSK turut menjadi
penyumbang utama dalam memanfaatkan projek CSR Siti Khadijah di kala krisis
penularan wabak Covid- 19 yang sedang berlaku.

Telekung,Tudung Sarung dan Sejadah Muka Siti Khadijah Untuk Frontliners Covid-19
Siti Khadijah telah menjalinkan bekerjasama dengan NGO iaitu Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) bagi sumbangan telekung ke dua buah hospital, iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Telekung terpakai yang masih elok itu  telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kepada kakitangan hospital yang memerlukan. Selain daripada itu, Siti Khadijah juga turut menyumbang sejumlah 130 helai tudung sarung untuk kegunaan barisan hadapan.

Telekung,Tudung Sarung dan Sejadah Muka Siti Khadijah Untuk Frontliners Covid-19

IKLAN

Sebagai syarikat pembuatan yang turut terjejas dengan krisis ini di mana keseluruhan operasi kilang jahitan ditutup, Siti Khadijah berharap agar sumbangan kecil daripada Siti Khadijah ini mampu menyuntik semangat dan motivasi kepada barisan hadapan  dalam menjalankan amanah dan tugasan  dalam situasi yang sangat mencabar.

Telekung,Tudung Sarung dan Sejadah Muka Siti Khadijah Untuk Frontliners Covid-19

IKLAN

Pihak SK juga mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan buat barisan hadapan yang bertugas sehabis baik dalam usaha mengekang wabak Covid-19 ini.  Malah pihak Siti Khadijah amat menggalakkan agar #FamiliSK yang ingin menyalurkan sumbangan seiklhlas hati, boleh berbuat demikian melalui saluran akaun di bawah. Lebih istimewa, setiap sumbangan yang mencukupi RM50, sepasang telekung Siti Khadijah akan diberikan kepada barisan hadapan yang memerlukan. Alhamdulillah.

Maybank : 5628 3460 9847
Nama akaun : Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI