Gelang merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberi penampilan yang lebih menawan buat wanita. Terdapat banyak jenis atau model unik dan menarik yang boleh dijadikan pilihan hati.

IKLAN

Namun lazimnya, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan ia sesuai dengan bentuk tangan ataupun personaliti.

Berikut merupakan tip untuk memilih gelang yang tepat dan sempurna!

(a) Ukuran Tangan

Suka Yang Feminin Atau Ranggi? Semak 4 Panduan PILIH GELANG TANGAN Paling Sempurna Ini

Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah memerhatikan ukuran tangan terlebih dahulu. Pilihlah gelang yang sesuai dengan bentuk pergelangan tangan. Anda perlu mencuba gelang tersebut agar ia tampak sesuai dan padan dengan bentuk tangan dan personaliti. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat buat tangan anda.

(b) Gaya Hidup

Suka Yang Feminin Atau Ranggi? Semak 4 Panduan PILIH GELANG TANGAN Paling Sempurna Ini

IKLAN

Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup anda. Contohnya, jika aktiviti harian anda lebih santai dan menenangkan, anda boleh menggayakan gelang yang diberi sentuhan feminin seperti gelang yang diperbuat daripada manik ataupun mutiara. Sekiranya aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal mahupun kulit cukup sempurna buat anda.

(c) Material Pilihan

Suka Yang Feminin Atau Ranggi? Semak 4 Panduan PILIH GELANG TANGAN Paling Sempurna Ini

IKLAN

Gelang boleh didapati dalam pelbagai jenis bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut cita rasa anda sama ada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan lain-lain lagi. Jika anda sukakan gaya mewah, anda boleh memilih gelang yang diperbuat daripada emas dan perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.

(d) Harga

Suka Yang Feminin Atau Ranggi? Semak 4 Panduan PILIH GELANG TANGAN Paling Sempurna Ini

Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan memilih gelang yang mempunyai kualiti yang tinggi agar mendapat kepuasan saat memakainya. Selain itu, pilih harga gelang mengikut kemampuan anda. Jangan membeli gelang kerana trend semata-mata. Apa yang lebih utama ialah ia tampak sesuai dan sempurna di pergelangan tangan anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI