
Agak lama tidak mendengar khabar tentang Personaliti TV Popular, Zakiah Anas. Sejak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012 nama Zakiah Anas seakan menyepi dalam dunia penyiaran.
Memandangkan tumpuan utamanya kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan Zakiah Anas terhadap dunia pengacaraan masih membara. Apatah lagi, sayang rasanya jika pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang tersebut disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen, kelibat Zakiah Anas hari ini sering dilihat di majlis-majlis rasmi sebagai pengacara anjuran syarikat swasta dan kerajaan. Bukan hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, wanita yang sudah melewati usia 50 tahun ini masih kelihatan sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
View this post on InstagramStruktur muka bumi #gunungkeriang ni berbatu2, so kena berhati2 sgt bila daki, sbb sgt licin…
A post shared by Zakiah Anas (@zakiah_anas) on
Terdetik untuk mengetahui rahsia tubuh langsing seorang ibu dan pengusaha label Anas by Zakiah Anas ini, Nona sempat menjengah laman media sosialnya @zakiah_anas. Sekian lama tidak mengikuti perkembangan Zakiah, rupa-rupanya figura ini gemar melakukan sukan lasak sambil ditemani suami tersayang dan rakan-rakan. Oh, patutlah kekal slim!
Disebabkan menggemari aktiviti hiking, Zakiah pernah menawan beberapa puncak seperti di Gunung Keriang, Kedah. Antara rakan-rakan yang berkongsi hobi sama seperti Zakiah termasuk Datin Nor Azlina Redzuan, Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim dan Ruhil Shafinaz.
Salute semangat kental Zakiah meskipun usia sudah mencecah 50 tahun!

Sumber: Instagram Zakiah Anas
Serikan Rona Polos Sofa Berwarna Putih Dengan 6 Cara Kreatif Ini

Sekarang ni ada yang dah mula buat persiapan raya. Tak mengapa, bila dah buat awal-awal tak adalah kelam kabut kan.
Bukan saja baju, kelengkapan perabot pun benda paling penting untuk difikirkan setiap kali menjelang raya. Setidak-tidaknya satu dua benda pasti ada yang baru contohnya langsir dan sofa.
Sekarang ini ramai yang meletakkan sofa berwarna putih sebagai pelengkap di ruang tamu. Bukan sekadar sofa bahkan perabot lainnya juga turut menerapkan warna putih mahupun senada.
Kesannya rumah akan menjadi lebih lapang, segar, mewah dan elegan dengan penerapan warna putih di segenap ruang.
Hanya segelintir saja yang cuba elak daripada menggunakan sofa berwarna putih kerana selain mudah kotor ia juga memerlukan penjagaan rapi berbanding perabot-perabot berwarna gelap.
Warna putih mudah dipadankan dengan berbagai warna dan gaya. Berikut 6 cara kreatif yang boleh anda cuba untuk menaikkan lagi seri sofa berwarna polos ini agar kelihatan lebih menarik dan tidak kaku.
NUANSA KELABU
Warna putih mempunyai kesan menenangkan untuk aktiviti santai dan istirehat. Untuk memiliki ruang tamu yang mendamaikan anda boleh memadankan sofa berwarna putih dengan sarung kusyen berwarna kelabu. Warna ini dapat mencetuskan kesan kehangatan dan ada tarikan tersendiri kerana ia tergolong dalam kumpulan warna neutral sekaligus menjadikan ruang tamu lebih elegan.
AKSEN KUNING
Untuk nuansa ruang tamu yang lebih cerah, ceria dan menyegarkan apa kata anda cuba warna berani ini yang mampu menjadi padanan serasi untuk sofa berwarna putih. Keberadaan aksen kuning mampu menyerlahkan aura dan menjadi kombinasi menarik dalam penataan sofa berwarna putih di ruang tamu.
TANAMAN HIJAU
Untuk menyegarkan lagi suasana dalam ruang tamu padankannya dengan tanaman hijau. Hijau bukan sahaja mencetuskan kedamaian malah kesan natural ketika seluruh ahli keluarga sedang berkumpul mahupun bersantai secara bersendirian.
AKSEN MENONJOL DENGAN KAYU
Elemen kayu boleh juga diterapkan sebagai ‘pendamping’ untuk sofa berwarna putih untuk menonjolkan aksen dalam ruang tamu. Eleman kayu juga boleh diwujudkan pada penggunaan meja atau kerusi di ruang tamu seterusnya posisikan ia dengan tepat agar dapat menonjolkan aura sofa berwarna putih.
NUANSA GOLD UNTUK ELEMEN MEWAH
Meskipun ruang tamu tidak luas dan mewah namun ada cara yang boleh dilakukan agar nuansa tersebut dapat ditonjolkan. Caranya mudah, padankan sahaja sofa berwarna putih di ruang tamu dengan meja serta hiasan bernuansa gold. Hasilnya, ruang tamu anda kelihatan lebih mewah dan mempesonakan.
WARNA TERANG
Pilihan warna-warna terang yang menonjol seperti merah, hijau, pink atau ungu boleh menjadikan sofa berwarna putih kelihatan lebih menarik. Dengan kombinasi warna-warna kontra dan terang dapat mengelakkan kesan kaku pada sofa berwarna putih.
Cantik & Sopan Penampilan Ruby Che Wan Ini, Pandai Lan Pet Pet Didik Isteri

Kelibat Ruby Che Wan, adik kepada Rozita Che Wan sedikit sebanyak mencuri perhatian peminat Che Ta lebih-lebih lagi apabila mengikat tali perkahwinan dengan Lan Pet Pet. Melihat penampilannya yang sudah berubah kini, tertanya-tanya bagaimana wanita ini melakukan penghijrahan.
“Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji tahun lalu. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan tanah suci timbul rasa tidak seronok.
Apabila saya berada di tanah suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama.
Oleh itu sejurus pulang daripada mengerjakan haji tahun lalu saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tidak kira tempat,” terang ibu kepada empat orang anak ini.
Tambah wanita yang mudah mesra ini, setiap kali menemani suami menghadiri majlis tertentu ramai wanita yang bertanya tentang pakaian yang tersarung di tubuhnya. “Memang baju dan tudung yang saya pakai sekarang tidak ada dijual di mana-mana. Rekaannya saya buat sendiri dan jahit sendiri.
Dahulu saya memang tidak suka menjahit dan hanya tahu mereka pakaian sahaja. Akibat takut tukang jahit tidak faham keinginan saya justeru saya jahit sendiri. Benar kata orang jika kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya,” bicara Ruby yang belum terfikir untuk memasarkan baju rekaannya itu.
Di samping menguruskan perjalanan seni suaminya, Ruby juga sibuk menguruskan syarikatnya, RCW Beauty Empire yang terkenal dengan produk Lotion Putih Ajaib. Bercerita tentang perniagaan yang berasaskan kecantikan yang terlalu banyak persaingan kini, Ruby positif memandang setiap cabaran.
“Memang sekarang semua orang mahu berniaga. Ada yang berhenti kerja untuk membuka perniagaan berasaskan kosmetik dan ada juga dahulu yang bergelar agen atau stockist yang sudah membina jenama sendiri.
Bagi saya semua itu adalah persaingan yang sihat dalam perniagaan. Namun, apa yang saya utamakan adalah kualiti produk saya. Melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti produk tersebut baharu kita boleh mendapat kualiti yang terbaik. Sebagai pengguna pula mereka perlu berhati-hati memilih produk yang terbaik untuk kulit mereka,” ungkap bekas perancang kewangan ini.
Bekas Pesakit Covid-19 Jadi Penderma Plasma Darah, Isteri Doa Lebih Ramai Pesakit Kembali Pulih

Dugaan Allah meletakkan Reza Huzairi Zainudin sebagai pesakit Covid-19 sungguh menakutkan. Takut yang terpaksa ditanggung bukan kerana dirinya berhadapan wabak pandemik ini tetapi memikirkan isteri serta anak-anak dan kakitangannya turut sama dijangkiti. Itulah keresahan utamanya.
Sebaik melihat posting Reza di laman Facebook, Nona menghubungi isterinya Zuraita untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita yang baharu dikongsikan di media sosial. Menurut Zuraita, hanya keluarga yang mengetahui suami dan anaknya disahkan positif Covid-19. Malah, sewaktu kereta ambulans datang menjemput, Reza meminta agar siren tidak dibunyikan, bimbang akan menakutkan jiran tetangga.
Hati isteri mana yang tidak keruan apabila suami dan anak tersayang berada jauh dari pandangan mata. Ditempatkan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh, anak-beranak ini tidak boleh dilawati. Selama 11 hari mereka hanya berhubungan melalui telefon. Mujur teknologi kini begitu canggih. Kekuatan itu menjadi pembakar semangat buat Zuraita untuk terus kuat meskipun hatinya hanya Allah yang tahu.
“Hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati kami. 11 hari terpisah, tak boleh lawat, tak boleh jumpa, bukan sesuatu yang mudah. Tambahan pula, kita tak tahu bagaimana virus itu bertindak pada pesakit. Jadi selepas dua kali result swab test negatif dan dibenarkan keluar, saya sujud syukur dan tak putus-putus mengucapkan syukur padaNya.
Suami dapat panggilan dari rakan sekerja memberitahu ada staf yang positif Covid-19 dan telah dimasukkan ke wad. Semua yang ada meeting dengan pekerja itu perlu kuarantin di rumah bersama-sama famili. Itu permulaannya.”katanya
Menceritakan perjalanan kisah yang terjadi pada dirinya, Zuraita nyata melihat kejadian ini dari sudut positif. Sikap positif itulah yang terus membimbing suaminya untuk terus kuat melawan virus ini.
“Suami mendapat panggilan dari doktor memberitahu dia positif Covid-19 pada 2 Mac 2020 jam 6.40 petang. Doktor minta dia bawa barang penting sahaja. Suami diberitahu ada staf yang positif dua hari sebelum dan suami sudahpun kuarantin diri sendiri di dalam bilik. Jadi kami memang dah practice social distancing lebih awal.
Suami packing baju sendiri. Doktor beritahu, ambulans akan datang ke rumah sekitar jam 12.30 malam. Waktu tu kes Covid-19 masih baru. Tak ramai lagi yang infected. Suami minta ambulans tak bunyikan siren untuk mengelakkan panik di kawasan kejiranan kami. Lebih kurang jam 1 pagi, ambulans sampai dan membawanya ke Hospital Sungai Buloh.
Simptom suami cuma dia kerap rasa macam nak kebah demam. Lepas tu deria bau tiba-tiba sensitif. Itu sahaja. Simptom lain tiada. Saya redha walaupun dalam hati takut yang amat sangat. Virus ini baru dan kita tak tahu. Tapi memang saya kuatkan hati kerana dengan menjadi kuat, saya tahu yang dia juga akan kuat. Kesembuhan suami adalah perkara pertama yang saya fikirkan waktu tu. I will do anything asalkan dia kekal kuat dan tabah walaupun dalam hati saya tahu dia tak kuat.
Dia nampak takut, bukan takut tentang keadaannya. Tapi takut dan bimbang jika kami atau kakitangannya turut dijangkiti. Dia tak kuat nak hadapi yang itu. Dia tak kisah kalau cuma dia, dia bimbangkan contact rapatnya. Saya meminta suami jangan berfikir terlalu banyak, hanya tumpukan pada kesembuhannya,”katanya.
Sebagai isteri, Zuraita umpama motivator kepada suami dan mereka sering berkongsi banyak perkata. Dalam kebanyakkan hal, Zuraitalah yang sentiasa mempositifkan suami. Untuk menjadi tenang, dia sendiri perlu bertenang dahulu walaupun hanya Allah yang tahu bagaimana keresahan di dalam hati.
“Semasa dia di wad pun, kami tak putus-putus berbalas whatsapp dan saya sentiasa beritahu dia yang kami okay di rumah, kami kuat dan minta dia kuat juga. Setiap malam sejak malam pertama suami di masukkan ke wad, saya solat hajat. Mohon sungguh-sungguh kekuatanNya. Saya tak mampu sekuat itu tanpa izin dan pertolonganNya.”
Dua hari selepas suami di wad, Zuraita dan tiga orang anak diminta membuat swab test segera di hospital kerana mereka adalah close contact suami. Salah seorang anak mereka pula disahkan positif Covid-19.

