Ads

Syafiqa Melvin Selamat Lahir Anak Keempat, Pilih Nama Fateema Safeea Untuk Puteri Bongsu!

Syafiqa Melvin Timang Anak Keempat
Syafiqa Melvin Timang Anak Keempat

Tahniah buat Syafiqa Melvin dan suami, Azhar Othman yang selamat menerima kehadiran seorang lagi cahaya mata mereka baru-baru ini. Berita kehamilan kakak kepada pelakon Syatilla Melvin ini didedahkan secara eksklusif kepada Nona sewaktu penggambaran Nona Lifestyle di kediaman pasangan berkenaan sekitar Julai 2025.

Artikel https://www.nona.my/cantik-bak-cinderella-muslimah-wajah-glowing-syafiqa-melvin-lepas-kembali-jadi-isteri-raih-pujian/

Syafiqa Melvin Timang Anak Keempat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NONA (@majalahnona)

Syafiqa Melvin Selamat Lahir Anak Keempat, Pilih Nama Fateema Safeea Untuk Puteri Bongsu!

Syafiqa Melvin Selamat Lahir Anak Keempat, Pilih Nama Fateema Safeea Untuk Puteri Bongsu! Syafiqa Melvin Selamat Lahir Anak Keempat, Pilih Nama Fateema Safeea Untuk Puteri Bongsu!

Menanti kehadiran anak kecil dengan penuh syukur dan teruja, Syafiqa atau mesra disapa Kak Long selamat melahirkan anak keempat pada awal Januari lalu.

Ads

Menerusi perkongsian di media sosial, Kak Long memuat naik gambar anak kesayangan namun belum bersedia mendedahkan wajah anak kecil itu kepada umum.

Titip Syafiqa Melvin atau nama penuhnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, “Alhamdulillah anak bongsu ibu abah dah pun selamat dilahirkan pada Jumaat 2/1/26.

Anak yang tak disangka-sangka rezekinya, masa mengandungkan anak ibu, ibu terpaling aktif, macam-macam benda yang ibu buat, dan alhamdulillah anak ibu aktif tanpa ada apa-apa komplikasi, walaupun jarak kandungan dengan kakak Ameena dekat, tapi alhamdulillah Allah memang mudahkan segalanya.”

Syafiqa Melvin Selamat Lahir Anak Keempat, Pilih Nama Fateema Safeea Untuk Puteri Bongsu! Syafiqa Melvin Selamat Lahir Anak Keempat, Pilih Nama Fateema Safeea Untuk Puteri Bongsu!

Ads

Tambahnya lagi, “Memang sungguh, bila Allah yang bagi, Allah juga akan jaga. Jangan risau jangan overthinking. Semoga anak ibu abah tumbuh sihat, menjadi anak solehah yang menyejukkan mata dan hati semua orang. Anakku Fateema Safeea.”

Kehidupan Bahagia Syafiqa Melvin

Syafiqa yang merupakan bekas Juara pencarian Gadis Melayu dan pengacara Bersamamu ini mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Azhar Othman pada 24 Disember 2023.

Menerusi perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang lagi anak iaitu Ameena Sofeea yang lahir pada 26 September 2024.

Ads

Syafiqa Melvin Selamat Lahir Anak Keempat, Pilih Nama Fateema Safeea Untuk Puteri Bongsu! Syafiqa Melvin Selamat Lahir Anak Keempat, Pilih Nama Fateema Safeea Untuk Puteri Bongsu! Syafiqa Melvin Selamat Lahir Anak Keempat, Pilih Nama Fateema Safeea Untuk Puteri Bongsu!

Meniti usia 36 tahun, Syafiqa ialah anak sulung kepada lima beradik dan pernah berkahwin dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman ketika berusia 23 tahun. Bagaimana pun Allahyarham Datuk Seri Zainal meninggal dunia pada tahun 2018 akibat kanser darah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Zayyan Sufi berusia sembilan tahun dan Zahara Sumayya.

Semoga kehadiran Fateema Safeea menjadi pelengkap dan menyerikan lagi rumah tangga Syafiqa Melvin serta suami tercinta.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

8 Musuh Senyap Wanita Berkerjaya Yang Berbahaya & Sering Dipandang Remeh

Wanita berkerjaya hari ini kelihatan kuat, cekal dan sentiasa on. Mereka mengurus kerja, emosi, hubungan dan tanggungjawab dengan penuh komitmen. Namun di sebalik pencapaian...