Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa negeri terutama Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan memberi kesan mendalam terhadap mangsa yang terlibat. Ada juga yang terpaksa menanggung kerugian besar akibat kerosakan dan kehilangan harta benda yang menjejaskan kelangsungan hidup mereka.
Ia bukan saja mendapat liputan meluas seluruh negara bahkan menjadi perhatian para sukarelawan termasuklah Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) yang juga Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau antara pemimpin terawal yang turun padang untuk membantu penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. Sekelip mata saja nama YB Syed Saddiq menjadi trending sekaligus membuka mata masyarakat akan keprihatinan pemimpin termuda negara ini.
Maka, selayaknya beliau diiktiraf sebagai pemimpin belia berjiwa rakyat dan dianugerahkan Nona Men’s Inspiring Award.
Ads
Memperjuangkan suara anak muda serta golongan terpinggir dan tidak berkemampuan menjadi perjuangan utama bagi pemimpin berusia 28 tahun ini. Syed Saddiq terkenal dengan keberanian dan kelantangannya bersuara dalam setiap isu terutama berkaitan generasi muda.
“Kalau takut untuk berkorban jangan masuk landskap politik. Saya tidak pernah menoleh ke belakang. Saya sertai politik untuk bersihkan politik. Bagi memastikan golongan yang ‘tiada suara’ iaitu yang tidak berkemampuan dan terpinggir mendapat pembelaan sewajarnya.
Seterusnya, membina sebuah negara yang mana semua rakyat tak kira agama, bangsa, usia dan fahaman bangga untuk memanggil negara Malaysia sebagai rumahnya. Rumah yang akan kita pertahankan bersama.”
BAPA PERNAH DIBUANG KERJA
“Orang yang paling memberi impak paling bermakna pada diri saya ialah bapa. Saya dilahirkan dalam keluarga dari golongan pertengahan. Ibu seorang guru manakala bapa seorang yang kuat bekerja namun tiada pekerjaan tetap. Setiap hari bapa akan pergi ke Singapura dari Johor Bahru untuk mencari rezeki buat keluarga. Setiap hari saya melihat bapa bangun seawal jam 4 pagi dan keluar bekerja jam 5 pagi. Ada hari naik motor, ada hari naik bas dan ada hari naik kereta. Bapa akan pulang ke rumah pada lewat malam sekitar jam 11 atau 12 malam.
Ads
Walaupun pernah dibuang kerja beberapa kali tetapi bapa sentiasa bangkit untuk terus bekerja keras untuk menyara keluarga. Bapa sumber inspirasi saya yang sebenar. Walau jatuh bangun pun bapa tidak pernah abaikan keluarga. Semangat yang dibawa, apa pun rintangan yang dihadapi jangan mudah putus asa. Itulah pengalaman yang tidak akan saya lupa. Bapalah yang mengajar saya erti hidup sebenar dan usah mudah mengalah.
Kini usianya sudah mencecah 66 tahun. Selayaknya bapa digelar superhero kerana beliau seorang yang sanggup korbankan diri demi kepentingan yang lebih besar. Justeru, saya sentiasa berpegang kepada prinsip ‘Di mana ada kemahuan di situ ada jalan’. Perlu ada matlamat hidup. Kedua, always follow your heart selagi ia membawa ke arah kebaikan. Jika melibatkan keputusan-keputusan besar yang perlu saya buat, ibu dan bapalah yang menjadi penasihatnya selain membuat pertimbangan pro and cons,” kongsi Syed Saddiq.
Ads
PENCAPAIAN TERBESAR
Salah satu pengalaman yang agak manis namun permulaannya pahit ialah ketika saya mengusulkan pindaan perlembagaan untuk Undi 18, undi automatik dan Calon 18. Dalam sejarah Malaysia tidak ada mana-mana kerajaan yang tidak ada sokongan dua pertiga berjaya untuk meminda perlembagaan.
Tetapi melalui usaha merentasi parti, saya berunding dan berdiplomasi dengan mereka yang dalam kerajaan dan juga pembangkang. Saya berjumpa dan berdiskusi dengan mereka mencari titik tengah bagi mengangkat martabat suara anak muda. Akhirnya buat pertama kali dalam sejarah Malaysia kita berjaya meminda perlembagaan 3 kali sekaligus memberi suara yang sangat kuat pada anak-anak muda.
Ada penambahan 7.8 juta pengundi muda sekaligus memastikan anak muda akan menjadi king maker atau penentu utama hala tuju negara, automatic voter registration dan Calon 18. Umur 18 tahun sudah boleh dicalonkan. Ini sangat bermakna buat saya kerana ia dapat dilakukan melalui usaha semua pihak. Pada masa yang sama ia akan menjadi political earthquake terkuat dalam sejarah politik Malaysia yang akan menentukan pilihanraya akan datang dan seterusnya. Suara anak muda tidak akan lagi ditenggelamkan,” kongsi graduan Undang-Undang serta Maktab Tentera Diraja ini.
Kredit Foto: Instagram Syed Saddiq
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dapat keputusan 4 flat satu semester pun dah cukup membanggakan. Inikan pula setiap semester untuk empat tahun berturut-turut. Memang satu pencapaian luar biasa dan mengagumkan.
Lebih manis, kejayaan Irdina Shahriman terpahat di salah sebuah institusi pendidikan terkenal di Amerika Syarikat. Sebagai rakyat Malaysia, pasti ramai yang turut rasa kagum. Tahniah Irdina kerana berjaya mengharumkan nama negara!
Tidak dinafikan, nama Irdina menjadi bualan beberapa hari kebelakangan ini. Malah, kisah gadis berusia 24 tahun ini mendapat perhatian luas di Internet dan media sosial.
Semuanya selepas pemegang biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) ini mencatat keputusan cemerlang dan konsisten memperoleh purata gred kumulatif (CGPA) 4.0 sepanjang tempoh pembelajarannya di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat.
Berbekalkan iltizam dan kesungguhan untuk berjaya, gadis ini berjaya mengharungi cabaran dalam bidang pembelajaran tersebut yang majoritinya dimonopoli kaum lelaki. Seterusnya mengekalkan keputusan cemerlang. Bukan sekali, tetapi pada setiap semester!
Irdina meraih ranking pertama di VT, kolej dan bidang pengkhususan bagi tahun akademik dari 2019-2020 dan 2018-2019. Ia sekaligus menyaksikan Irdina menduduki tempat pertama dalam kalangan hampir 10 ribu pelajar di sana.
Irdina ialah pelajar Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional meraih Kelas Pertama (CGPA 4.0) Sarjana Muda Kejuruteraan Kuasa Elektrik Pengkhususan Tenaga dan Sistem Kuasa Elektronik.
VT merupakan universiti penyelidikan yang menduduki tempat ke-75 di AS dan antara 100 teratas dalam lapan mata pelajaran.
Atas kejayaan tersebut, Irdina turut dianugerahkan pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan iaitu anugerah kepada graduan senior dengan pencapaian akademik terbaik.
“Saya bukan seorang yang genius semula jadi, disebabkan itu saya bekerja keras untuk memperoleh keputusan cemerlang. Saya tidak ponteng kelas, saya membuat nota dengan bersungguh-sungguh dan paling penting, saya mengambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan sekelas untuk meningkatkan pemahaman tentang pembelajaran.
Ada ketikanya saya terpaksa batalkan rancangan untuk keluar dengan rakan-rakan atau menonton filem bersama-sama. Cuti hujung minggu dan hari bekerja tidak ada bezanya dengan saya kerana banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan tugasan dan belajar untuk peperiksaan.”
Selain berbahasa Melayu dan Inggeris, dia turut mempunyai kemahiran dalam bahasa Jepun dan Cina.
Difahamkan, Irdina telah pun tamat pengajian pada Disember tahun lalu dan sedang menunggu tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan pasangan romantis, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyambut ulang tahun perkahwinan pada hari ini. 5 Ogos merupakan tarikh keramat pasangan bahagia ini menoktahkan ikatan cinta dengan sebuah perkahwinan.
65 tahun bukan suatu tempoh yang singkat apatah lagi menempuh kehidupan alam perkahwinan. Sememangnya pasangan ini wajar dijadikan contoh terutama pasangan muda yang baharu mendirikan rumahtangga.
Kisah cinta di antara pasangan yang sudah 65 tahun mendirikan rumah tangga ini memang menyuntik inspirasi siapa saja.
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, lambang seorang wanita dan isteri yang wajar dijadikan contoh terbaik era ini.
Foto: Instagram @tunsitihasmahofficial
Menggalas tugas sebagai isteri kepada lelaki yang pernah bergelar Perdana Menteri bukan suatu tugas yang mudah. Apatah lagi bergelar ibu kepada 7 orang anak serta 18 orang cucu, Tun Hasmah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.
Foto: Instagram @chedetofficial
Teruja melihat klip video pasangan ini berkongsi hari bahagia mereka di saluran YouTube Dr Mahathir Mohamad yang berdurasi 4.23 minit itu. Penuh dengan gelak tawa dan usik-mengusik sambil mengimbau detik perkenalan dua insan hebat ini.
Foto: Instagram @tunsitihasmahofficial
Bagaimana Tun Mahathir jumpa Tun Siti Hasmah
“Kami pergi ke Kolej Perubatan pada tahun yang sama, tahun 1947. Jadi saya berjumpa dengan Tun Siti pun, tahun itu lah. Sebab kedua-dua kami jadi ‘freshie‘. ‘Freshie‘ ni selalu diganggu oleh seniors. Jadi kita bersama. Pada masa itu barulah saya berjumpa dengan Tun Siti,” cerita Tun Mahathir.
Foto: Instagram @chedetofficial
Bagaimana Tun Siti Hasmah jatuh cinta dengan Tun Mahathir
“Lepas setahun baharu saya dapat kenal lebih lagilah. Lepas setahun dekat kolej sebab saya gagal pada tahun yang pertama. Saya gagal sebab tak tahu Health Science. Tapi dah lepas gagal tu ada orang baik hati nak tolong nak bagi tuisyen dia pula ‘distinction kid‘. Saya terima sahajalah tuisyen percuma,” gurau Tun Siti Hasmah.
Foto: Instagram @chedetofficial
“Pada masa itu cuma ada 7 orang sahaja budak Melayu. Di antara tujuh orang, hanya satu sahaja wanita. Semua berebut-rebut nak tolong angkat buku. Pasal nak berkawan lah. Saya pun berebut jugak lah. Tapi kadang-kadang saya memang bila Tun Siti bertanya terutama pasal pelajaran fizik. Saya mungkin lebih ada peluang daripada lima orang yang lain,” usik Tun Mahathir kepada isterinya.
Seorang isteri memang berfungsi untuk menyokong suami walau dalam apa hal sekali pun, ini yang telah ditunjukkan oleh wanita yang berusia 95 tahun ini saat bercerita tentang suami kesayangan.
“Bagi saya, dia seorang yang biasa. Seorang manusia yang ada perasaan sama macam kita semua. Ada masa-masanya dia tak mahu diganggu dan ada masa-masa juga, dia mahukan teman untuk berbual,” ujarnya tentang karakter suaminya.
Semoga Tun Siti Hasmah dan Tun Mahathir kekal bahagia bersama hingga ke jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini selebriti dan ahli politik jelita Indonesia, Mulan Jameela berkongsi berita gembira apabila anak lelakinya berjaya menamatkan serta menggenggam ijazah dari universiti antarabangsa.
Sebagai seorang ibu yang penyayang, pastinya Mulan Jameela merasa sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan anaknya yang telah diberikan didikan terbaik sejak kecil.
Kejayaan ini menjadi bukti kasih sayang dan usaha gigih beliau dalam membesarkan anak-anaknya.
Bangga Anak Tamat Pengajian
Anak lelakinya, Muhammad Rafly Azis, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains jurusan Perniagaan Digital dan Inovasi dari Universiti Antarabangsa Tokyo.
Kejayaan ini disambut penuh syukur oleh keluarga dan para peminat yang sentiasa mengikuti perjalanan hidup selebriti ini.
Pada hari konvokesyen Muhammad Rafly Azis, Mulan Jameela kelihatan sangat anggun mengenakan kebaya rona krim dan coklat lembut yang menyerlahkan keanggunannya.
Penampilannya turut mencuri perhatian ramai di media sosial.
Ucapan Penuh Kasih
Dalam hantaran di Instagram, selain menzahirkan kesyukuran Mulan Jameela turut menitipkan ungkapan penuh makna buat anak lelakinya itu.
Mulan berkongsi rasa bangga apabila anak lelakinya, Muhammad Rafly Azis, berjaya menamatkan pengajian di Universiti Antarabangsa Tokyo. Detik penuh kasih ini mendapat perhatian ramai di media sosial.
“Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah…
“Akhirnya, sayangku, cintaku selamanya @raflyaziss berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Bachelor of Science in Digital Business & Innovation).
“Tahniah, sayang… InshaAllah ilmu yang diperoleh akan memberi manfaat buat kamu dan juga ramai orang.”
Mulan Jameela juga berpesan agar anaknya tidak pernah jemu dalam menuntut ilmu serta sentiasa memohon petunjuk Allah dalam setiap langkah kehidupannya.
“Jangan pernah jemu berusaha dan teruslah memohon kepada Allah, ya sayangku. Semoga Allah sentiasa menyertai kamu dalam setiap langkah dan cita-citamu pada masa hadapan.
“Capailah yang terbaik untuk dunia dan akhiratmu. Teruskan semangat untuk melangkah ke peringkat seterusnya, sayang…
“Daripada bunda yang tidak pernah lelah mendoakan dan menyokongmu. Cinta kamu dunia akhirat.”
Doa & Harapan
Ungkapan kasih dan doa daripada Mulan Jameela ini jelas menunjukkan kasih sayang mendalam seorang ibu terhadap kejayaan anaknya.
Momen penuh kebanggaan ini juga menjadi inspirasi buat ibu bapa di luar sana untuk terus memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam menuntut ilmu.
Kejayaan Mulan Jameela melihat anaknya menamatkan pengajian di Universiti Antarabangsa Tokyo bukan sahaja membawa kebahagiaan keluarga tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus menghargai pendidikan dan usaha keras.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.