Lapan tahun menanti kehadiran cahaya mata akhirnya hasrat Eriyca Baiduri atau mesra disapa sebagai Madammu bergelar ibu dimakbulkan Allah. Tanggal 9 Jun lalu menjadi detik paling bermakna buat usahawan kecantikan dan kosmetik, Noir Health and Beauty ini yang selamat melahirkan zuriat sulung iaitu seorang bayi lelaki.

Selepas berdepan dugaan untuk hamil semula jadi, ikhtiar Madammu menjalani rawatan kesuburan IVF sukses dengan kehadiran anak kecil berkenaan yang diberi nama Ahmad Kayden.

IKLAN

Dalam temu bual Nona bersama wanita cantik tersebut baru-baru ini, Madammu mengakui kehidupannya sekeluarga berubah sejak kelahiran Baby Kayden.

Syukur Dah Ada 4 Anak, Madammu Tak Rancang Nak Tambah Zuriat Lagi “4 Orang Dah, Itu Bongsu!”
Kredit Instagram @madammmu

“Alhamdulillah, apa yang I nampak selepas Baby Kayden dilahirkan rumah jadi berbeza. Ia lebih ceria dan kita banyak spend time together.

Macam sebelum ni Zahara dan Qally tengah remaja banyak aktiviti sekolah, Ahmadi selalu lepas sekolah dia main football dekat taman rumah.

Tapi sekarang dah berbeza, waktu balik sekolah je semua together duduk dekat living room sebab baby ada di situ. Semua orang akan duduk main dengan dia termasuklah saya sekali.

Kita banyak time bersama kalau nak compare dengan dulu. Kalau dulu masing-masing tak banyak masa spend. Bila lahirnya Baby Kayden, banyak spend time dan TP (tuan penasihat) pun obses dekat baby nampak sangat. Semua happy.”

View this post on Instagram

A post shared by ERIYCA BAIDURI (@madammmu)

Syukur Dah Ada 4 Anak, Madammu Tak Rancang Nak Tambah Zuriat Lagi “4 Orang Dah, Itu Bongsu!”
Kredit Instagram @madammmu
Syukur Dah Ada 4 Anak, Madammu Tak Rancang Nak Tambah Zuriat Lagi “4 Orang Dah, Itu Bongsu!”
Kredit Instagram @madammmu
Syukur Dah Ada 4 Anak, Madammu Tak Rancang Nak Tambah Zuriat Lagi “4 Orang Dah, Itu Bongsu!”
Kredit Instagram @madammmu

Walau Baby Kayden sudah pun berusia dua bulan namun Madammu dan suami yang disapa TP atau Tuan Penasihat belum bersedia mendedahkan wajah anak tersayang kepada umum.

Pun begitu, jelas Madammu anak lelakinya itu mirip wajahnya sewaktu baru dilahirkan.

“Baby Kayden bentuk kepala macam TP, mata exactly mata Madammu, dia punya hidung macam Madammu tapi bahagian depan macam Qally, kakak dia.

Bibir tak sure lagi sebab kadang baby berubah-ubah. Tapi waktu dia lahir, 80 percent macam muka I. Sekarang dia dah berubah macam muka TP sedikit.”

Ditanya sama ada dia merancang untuk menambah anak kelak, ini jawapan jujur isteri Muhammad Azri Che Noh.

IKLAN

“I tak plan sebab secara jujur, I dah bersyukur dengan tiga anak Zahara, Qally dan Ahmadhi. Tapi bila dorang semakin besar dorang minta adik. I cakap mummy nak bisnes, mummy tak ada masa sebab bila ada baby kecil ni komitmen berbeza.

Bukan waktu pregnant je, lepas lahir, dari kecil sampai besar. Sekarang I dah 34, TP dah 40 something. I plan umur I 50, I dah retired.

Bila I buat satu keputusan nak ada baby, I kena fikir kalau I 50, I tak boleh retired lagi. Even kalau kita nak pergi holiday berdua, masa tu kakak dan abang dia dah besar, I akan tersangkut sebab dia sekolah.

Benda tu yang kami fikir sebelum I decide nak pregnant. I fikir umur I 50, TP dah 61 lebih masa tu. Takkan TP masih nak hantar anak ke sekolah.

IKLAN

Kita proceed juga (hamil) sebab Ahmadhi, anak lelaki yang minta nak adik dan kami cubalah cukupkan satu lagi, empat orang dah. Itu bongsu. Lepas ni tak adalah sebab faktor usia TP.”

Syukur Dah Ada 4 Anak, Madammu Tak Rancang Nak Tambah Zuriat Lagi “4 Orang Dah, Itu Bongsu!”
Kredit Instagram @madammmu
Syukur Dah Ada 4 Anak, Madammu Tak Rancang Nak Tambah Zuriat Lagi “4 Orang Dah, Itu Bongsu!”
Kredit Instagram @madammmu
Syukur Dah Ada 4 Anak, Madammu Tak Rancang Nak Tambah Zuriat Lagi “4 Orang Dah, Itu Bongsu!”
Kredit Instagram @madammmu
Syukur Dah Ada 4 Anak, Madammu Tak Rancang Nak Tambah Zuriat Lagi “4 Orang Dah, Itu Bongsu!”
Kredit Instagram @madammmu

Tambah Madammu lagi, meskipun pada awalnya dia tidak merancang untuk memberi penyusuan penuh kepada anak atas faktor kerjaya namun dia berubah fikiran.

“I pun tak plan untuk breastfeed sebab tahu jadual I lepas berpantang sebenarnya after 44 hari tu kita punya jadual dah tersusun. Tetapi I berubah fikiran. Sebenarnya I macam oklah kita mungkin bagi breastfeed dalam dua minggu je.

Lepas tu I ubah fikiran sebab I rasa macam this moment bila dia (bayi) bersentuh skin to skin dengan kita, direct breastfeed.. kita rasa satu feeling yang mungkin kita tak rasa sebelum ni. Motherhood punya perasaan kot, I’m not sure perasaan tu tapi rasa sangat different.

Dulu nak keluar boleh anytime. Tapi sekarang tak, waktu kita keluar tu baby bangun dan waktu itu jugalah kita dah bersiap pun kena bagi dia susu juga,” dedah Madammu.

Eriyca Baiduri berkahwin Muhammad Azri Che Noh pada tahun 2015 yang berstatus duda dan mempunyai tiga anak iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/baru-6-hari-bersalin-hilang-14-kg-madammu-bersiap-cantik-wajah-terkininya-jadi-bualan/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI