Awas! 12 Makanan Ini Membunuh Secara Senyap

Awas! 12 Makanan Ini Membunuh Secara Senyap

Semua orang makan setiap hari. Kalau berpuasa pun mesti ada makanan untuk berbuka. Makanan penting untuk kelangsungan hidup. Makanan yang kita makan setiap hari dikatakan boleh membunuh secara senyap tanpa disedari. Boleh dikatakan hampir setiap makanan ini menjadi hidangan yang perlu dalam pengambilan makanan seharian. Oleh itu, cuba elakkan makanan ini sebaik mungkin dalam pemakanan seharian.

1. Sos Tomato Dalam Tin
Sumber sos tomato dalam tin mengandungi gula yang tersembunyi yang tidak pernah terfikir oleh anda merangsang kepada risiko obesiti, diabetes, jantung dan masalah gigi. Bagi mengatasi masalah ini guna buah tomato yang dilenyek atau dikisar untuk menggantikannya. Puri yang dibuat sendiri tanpa lebihan gula dan garam. Malah anda boleh meletakkan sendiri beberapa rempah yang dikehendaki. Atau boleh juga memilih jenama yang kurang gula dan sodium.

2. Air buah dalam kotak
Air buah yang dikisar sendiri dengan air buah di dalam kotak berbeza daripada segi kandungan gula, pewarna dan bahan pengawet. Nutrisi yang terkandung dalam buah-buahan tersebut juga mungkin hilang ketika proses pempasteuran.

3. Air karbonat
Air berkarbonat merupakan musuh utama. Kandungan gula yang tinggi boleh mempengaruhi kulit, kadar gula dalam darah, hormon dan juga mood seseorang. Lebih parah lagi apabila minuman tersebut menggunakan bahan pengawet yang tidak dibenarkan.

4. Garam
Peranan penting dalam merangsang tekanan darah tinggi adalah garam. Jika anda makan terlalu banyak garam, anda akan mendapat tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular yang menjadi penyumbang utama kepada kematian di dunia. Jadi ambil garam hanya yang diperlukan oleh tubuh sahaja dan jangan mengambilnya secara berlebihan.

5. Gula
Jika anda merupakan seorang yang ‘pemanis’ terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menggantikan gula. Kehadiran gula dalam darah hanya akan menaikkan kadar gula dalam darah yang menimbunkan lemak di kawasan pembuluh darah. Akhirnya akan menyebabkan serangan jantung tidak tentu masa.

6. Sarapan bijirin
Ramai yang mengambil bijirin setiap pagi sebagai mengalas perut. Sebenarnya bijirin ini tidak baik untuk pengambilan pertama hari anda kerana mengandungi kadar gula yang tinggi, bahan pewarna tiruan, bahan pengawet dan produk GMO.

7. Daging
Daging seperti salami, ham, bologna dan sebagainya kaya dengan nitrat, sodium, bahan pengawet dan bahan perisa. Segala bahan ini boleh meningkatkan risiko kanser, masalah jantung, diabetes dan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

8. Makanan segera
Memang ramai yang suka makanan segera kerana ia sedap yang cepat. Makanan segera merupakan pembunuh dalam senyap kerana mengandungi lemak trans, gula, garam, bahan pengawet, bahan perisa tambahan, bahan pewarna dan bahan kimia lain yang membuat makanan segera kelihatan menarik. Cuba hindar mengambil makanan segera dalam pengambilan makanan seharian.

9. Minyak sayur-sayuran
Kita selalu menggantikan minyak kepala sawit kepada minyak sayuran ini. Terdapat sebilangan minyak sayuran mengandungi GMO dan lemak trans yang akan merangsang penyakit kardiovaskular, obesiti, kanser dan alzheimer. Selalu melihat label sebelum membeli minyak sayuran ini.

10. Pengganti gula
Tidak ada yang lebih baik selain daripada gula. Pengganti gula mengandungi sedikit kalori tetapi masih menjadi punca peningkatan risiko diabetes, tekanan darah tinggi, jantung, dan sindrom metabolik. Anda juga mungkin tidak perasan gula-gula getah mengandungi aspartame yang merupakan salah satu pengganti gula.

11. Kerepek kentang
Semua makanan yang digoreng menggunakan minyak yang banyak mengandungi bahan berbahaya yang dipanggil acrylamide. Bahan ini meningkatkan risiko kanser kolon, kanser payudara, kanser prostat dan kanser rektum. Sebaik-baiknya elak makan kerepek kentang yang dijual di pasaran.

12. Makanan diproses
Kebanyakan makanan diproses ini berbahaya kerana mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang tidak baik untuk kesihatan. Ditambah pula dengan sodium yang tinggi dan toksin yang boleh meningkatkan risiko penyakit kanser.

 

 

 

 

 

 

Kehebatan BROKOLI, Penawar Tradisional Untuk Mencegah Barah!

Kehebatan BROKOLI, Penawar Tradisional Untuk Mencegah Barah!

Sayuran brokoli, selain enak digoreng ala Cina atau direneh sup panas yang menyegarkan, sebetulnya turut menyimpan pelbagai khasiat perubatan yang menakjubkan. Pemilik nama saintifik Brassica oleracea italica dan berasal dari keluarga kubis Brassica ini merupakan sayuran rendah kalori, selain menjadi makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia untuk melindungi tubuh daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular serta masalah penuaan.

Menerusi kajian, amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat. Brokoli juga mengandungi beta-carotena dan alpha-karotena, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan.

Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.

Kandungan Gizi Brokoli

    1. Brokoli mengandung tenaga, karbohidrat, vitamin dan mineral yang berguna untuk tubuh.
    2. Brokoli merupakan sayuran berkalori rendah, rendah lemak, bebas kandungan lemak tepu, tinggi kalium dan rendah sodium serta tidak mengandungi kolesterol.
    3. Sumber serat yang sangat baik bahkan lebih banyak daripada serat yang ada dalam roti gandum. Serat ini sangat baik untuk sistem pencernaan.
    4. Selain itu, brokoli juga mengandung folat. Seperti yang diketahui, folat merupakan salah satu vitamin yang terbaik terutamanya untuk ibu hamil dan janin.
    5. Mengandungi vitamin C yang sangat tinggi.
    6. Kandungan kalsiumnya hampir setara dengan kalsium dalam segelas susu (71.8 mg kalsium brokoli sama dengan 120 ml kalsium susu).
    7. Vitamin K yang terkandung dalam brokoli juga penting untuk menguatkan tulang dan membantu pembekuan darah.
    8. Brokoli juga mengandung karotena dan lutein.

Khasiat Brokoli

Khasiat sayuran brokoli dalam melawan barah ternyata tidak hanya mampu mencegah perkembangan tumor sebanyak 60%, tetapi juga mampu mengecilkan ukuran tumor yang sudah ada sebanyak 75%. Ia turut mengandungi indole untuk meningkatkan estrogen wanita sekali gus menjadi alasan utama mengapa brokoli sepatutnya diambil dengan serius oleh wanita bagi mencegah potensi barah payudara dan barah rahim. Malah, indole ini juga memiliki kesan baik untuk menentang sel barah prostat.

PAYUDARA Kendur & Melendut, Betul Ke Sebab Faktor Usia?

PAYUDARA Kendur & Melendut, Betul Ke Sebab Faktor Usia?

Situasi yang sering dihadapi oleh ramai wanita… Saya berusia 36 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Sejak anak bongsu saya tidak lagi menyusu (selepas berumur setahun), saya dapati payudara saya semakin kendur dan seolah-olah kosong. Mungkin ini bukan masalah kesihatan tapi saya rasa kurang selesa dengan bentuk payudara saya sekarang.

Saya pohon nasihat doktor apa yang saya harus lakukan untuk mendapatkan semula bentuk payudara saya seperti asal. Saya tidak ingin mencuba pembedahan kerana bimbang akan kesan sampingan…

Payudara yang kendur dan lendut berlaku secara kebiasaannya pada setiap wanita kecuali mereka yang mempunyai saiz payudara yang sememangnya kecil. Payudara tidak mempunyai tisu otot. Ia hanya mempunyai ligament (urat) dan tisu konektif yang memegangnya pada posisinya. Disebabkan usia dan pengaruh graviti, payudara akan secara semula jadi tertarik ke bawah kerana ligamen yang memegangnya juga semakin kendur.

2 sebab utama payudara menjadi kendur ialah:

  • Proses involusi payudara

Proses ini berlaku apabila kelenjar susu mengecut selepas bersalin/berhenti penyusuan kerana ia tidak diperlukan lagi. Apabila hamil dan menyusu, saiz payudara menjadi semakin besar dan berat. Ini akan membuatkan payudara tertarik dan melendut ke bawah akibat pengaruh graviti. Ketika ini amat penting untuk wanita menjaga payudara dengan mengenakan coli yang menyokong tambahan berat dan saiz payudara tersebut. Kelenjar susu turut mengecut apabila paras estrogen semakin menurun dan rendah terutamanya selepas berusia 35 tahun sehingga menopaus apabila payudara wanita tidak lagi dipengaruhi oleh hormon estrogen yang memberi bentuk dan saiz payudara.

  • Kehilangan berat badan

Menjadi kurus terutamanya jika berlaku secara mendadak akan membuatkan sel lemak di payudara hilang dan menyebabkan payudara kelihatan seperti kosong dan kendur.

Punca payudara Puan kendur dan melendut ialah disebabkan oleh faktor gabungan, iaitu proses involusi berserta pengurangan berat badan selepas hamil. Sebab lain yang juga amat penting ialah penurunan hormon estrogen yang didapati amat ketara bermulanya usia 35 tahun sehinggalah usia putus haid. Kandungan kolagen yang semakin berkurangan dengan usia juga menyebabkan payudara hilang keanjalannya. Di samping itu, kemungkinan cara penjagaan payudara Puan turut mempengaruhi bentuknya sekarang. Untuk mengatasi masalah Puan saya syorkan:

  • Melakukan senaman otot dada

Walaupun payudara tidak mempunyai otot, akan tetapi dengan menguatkan otot dada (pektoralis) di bawah payudara akan memberi bentuk dan menyebabkan payudara kelihatan menonjol. Senaman yang disyorkan adalah seperti ‘push-ups’ dan senaman merapatkan kedua belah telapak tangan daripada posisi menyayap.

  • Memakai coli yang bersesuaian

Saiz coli yang menyokong, menaikkan dan memberi keselesaan amatlah penting bagi mengekalkan kedudukan payudara agar tidak mudah melendut.

  • Mengekalkan berat badan yang bersesuaian

Jika Puan terlalu kurus, saya syorkan untuk memakan makanan yang nutrisi tinggi bagi mencapai berat badan yang optimum. Ia akan mengisi semula bahagian payudara yang kosong itu dengan sel lemak yang akan memberi bentuk kepada payudara.

  • Meminum air yang mencukupi

Meminum air 8 gelas sehari amat penting bagi mengelakkan kedutan kulit dan memberikan kelembapan yang sempurna kepada kulit payudara.

Peka Dengan 8 Cara Ini Untuk Bantu Perlahankan Proses OSTEOPOROSIS!

Peka Dengan 8 Cara Ini Untuk Bantu Perlahankan Proses OSTEOPOROSIS!

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus wanita berisiko menghidapi masalah tulang rapuh selepas putus haid kerana kekurangan keperluan hormon estrogen. Anda perlu tahu, osteoporosis juga antara ‘pembunuh senyap’. Jadi, wahai wanita mulakan pencegahan awal. Ambil berat tentang pengambilan kalsium.

  • TAHU RISIKO OSTEOPOROSIS

Usia, jantina, latar belakang keluarga, bangsa, bentuk tubuh, sejarah kitaran haid dan gaya hidup boleh menjadi risiko yang menyebabkan penyakit tulang rapuh.

  • PEKA TENTANG GENETIK KELUARGA

Sejarah keluarga yang mempunyai osteoporosis pada sebelah ibu adalah petanda awal untuk lebih berhati-hati. Galakkan anak-anak untuk bersenam dan jaga pemakanan.

  • PERTAMBAHAN KALSIUM

Kalsium bukan hanya meningkatkan kekuatan tulang tetapi membantu jantung, aliran darah, otot dan saraf. Apabila tubuh tidak mendapat kalsium yang cukup, ia membuatkan tulang menjadi lemah.

  • VITAMIN D

Seperti kalsium, vitamin D juga memainkan peranan penting dan menghalang dan meminimakan osteoporosis tetapi biasanya ia tidak mencukupi untuk seorang pesakit. Vitamin D membantu menyerap kalsium di saluran gastrousus dan memindahkannya kepada tulang.

  • DIET

Satu kajian dilakukan di mana diet Mediterranean berperanan untuk melindungi ketumpatan tulang. Diet Mediterranean termasuk pengambilan buah zaitun, minyak zaitun, sayur-sayuran, pengambilan produk tenusu dan ikan secara sederhana. Kurangkan pengambilan daging atau produk-produk berdaging.

  • BERSENAM

Jangan tinggalkan rutin senaman kerana ia membantu perkembangan tulang. Pada masa sama memelihara kesihatan anda. Amalkan senaman 3-4 kali seminggu, 20-30 minit setiap sesi.

  • MEROKOK

Merokok meningkatkan risiko osteoporosis. Secara khususnya, mengurangkan pengaliran darah ke tulang memperlahankan pengeluaran sel pembentukan tulang.

  • OSTEOPOROSIS BUKAN MASALAH WANITA

Hampir 6 peratus lelaki turut mendapat masalah osteoporosis pada usia selepas 50 tahun. Jadi, buat para lelaki perlu mula menjaga kesihatan.

 

Stres Punca Tekanan DARAH TINGGI, Sebelum Melarat Amalkan 5 Rutin Ini!

Stres Punca Tekanan DARAH TINGGI, Sebelum Melarat Amalkan 5 Rutin Ini!

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan gangguan kesihatan yang seringkali dipandang mudah. Tahukah anda, bermula dengan tekanan darah tinggilah anda berisiko untuk menghidapi berbagai-bagai jenis penyakit kronik yang lain.

Amalkan 5 cara ini agar anda dapat mencegah tekanan darah tinggi seterusnya mengekalkan cara hidup sihat.

  • UBAH TABIAT MAKAN

Kurangkan makanan masin atau tinggi natrium seperti makanan segera. Pilih makanan tinggi kandungan kalium seperti kentang, pisang, ikan dan susu bagi membantu menjaga tekanan darah. Hidangan rendah lemak serta buah, sayuran dan bijirin juga disarankan. Jangan lupa minum air putih secukupnya kerana kekurangan cairan mempengaruhi jumlah natrium dalam badan.

  • BERSENAMLAH

Mereka yang rajin bersenam, risiko untuk diserang tekanan darah tinggi lebih rendah berbanding mereka yang kurang atau malas bersenam. Tak perlu senaman berat. Memadai dengan melakukan aktiviti berjalan kaki, berjoging atau berbasikal.

Bagi anak-anak atau remaja disarankan untuk bersenam sekitar sejam setiap hari agar kekal cergas dan terhindar daripada tekanan darah tinggi.

  • JAGA BERAT BADAN IDEAL

Individu yang berlebihan berat badan atau obesiti adalah 2-6 kali berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi. Maka, jagalah berat badan ideal anda sekaligus dapat mengurangkan risiko diserang penyakit lain. Ubah gaya hidup agar berat badan turun dan berada di angka yang ideal. Kurangkan sekitar 4-5 kg berat badan. Ia sudah cukup untk menurunkan risiko tekanan darah tinggi.

  • BERHENTI MEROKOK

Tekanan darah tinggi adalah salah satu kesan buruk daripada tabiat merokok. Anda juga berisiko untuk diserang strok dan serangan jantung. Baik lelaki mahupun wanita, segeralah berhenti merokok atau anda akan menyesal di kemudian hari.

  • KAWAL STRES DENGAN BAIK

Stres boleh mengakibatkan tekanan darah naik hanya dalam tempoh sesaat. Jika anda tidak mengawal stres dengan baik ia akan terus meningkat dan keadaan menjadi lebih buruk. Saat sedang stress lakukan perkara yang membuatkan anda rasa tenang seperti mendengar muzik atau ke spa.

  • PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH SECARA BERKALA

Dengan cara ini anda dapat mengetahui tahap tekanan darah adakah normal atau sebaliknya. Pemeriksaan boleh dilakukan di rumah atau bertemu dengan doktor. Jika tekanan darah antara 120-139/80-89 mmHG bermaksud anda mengalami prehipertensi. Keadaan ini mudah menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi. Cegah ia daripada berterusan dengan mengubah gaya hidup sihat di samping menjaga pemakanan.

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: