Rezeki tak pernah salah alamat tetapi sebagai manusia biasa kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut. Memiliki cahaya mata juga merupakan rezeki atau anugerah daripada Ilahi. Siti Elizad Mohamad Sharifuddin sentiasa positif bila berbicara tentang cahaya mata selepas lima tahun berkahwin dan belum dikurniakan zuriat.
Wanita yang lebih mesra disapa Elizad ini pernah mengumumkan sedang berusaha untuk memperolehi zuriat melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF). Wanita yang berusia 36 tahun ini juga telah berkongsi tentang usahanya itu di laman media sosial miliknya.
“Bismillahirrahmannirrahim, kembali for my IVF journey. Ini baru first session, after 2 weeks no more VROOM-VROOM (motorsikal) and NO aktiviti lasak doktor cakap,” coret Elizad di laman Instagramnya. Besar pengorbanan Elizad yang meninggalkan sementara hobinya menunggang motorsikal berkuasa besar semata-mata ingin memiliki cahaya mata.
Tambahnya lagi, “Doakan kami ya (jadi 2 minggu dari sekarang masih boleh jalan-jalan, vroom-vroom cuti sana sini lagi. Lepas itu dah kena simpan motorsikal buat perhiasan),” tulisnya.
Sebelum ini Elizad pernah berkongsi mengambil keputusan untuk melakukan IVF kerana bimbang sista yang telah dibuangnya dahulu datang kembali. “Saya pernah buat pembedahan sista dua kali. Saya juga pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri dan sekarang ada sebelah saja.
Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Sebab apa, keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.
Memandangkan sista dalam badan saya jenis aktif, jadi sebelum doktor buang rahim yang sebelah ini saya berharap Allah bagi saya seorang cahaya mata. Dapat seorang pun ia satu rahmat buat saya,” katanya dalam perkongsian menerusi program Curhat yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Dari awal lagi niatkan yang baik-baik, fikir bahawa Allah itu Maha Melihat serta mengawasi gerak-geri kita sewaktu bersolat.
Sesaat berdiri di atas tikar sejadah, kita sudah selangkah menggagalkan hasutan syaitan dengan menunaikan solat. Tapi usaha syaitanirrojim tak berakhir lagi. Dipujuknya kita supaya berfikir hal-hal duniawi hingga hilang kekhusyukan solat.
Sedang Fatihah dibaca, tiba-tiba masa itulah teringat masakan di dapur, kain jemuran yang belum diangkat, anak-anak yang belum mandi, urusan di pejabat yang belum selesai atau macam-macam lagi.
Lupa sudah bacaan di mana, entah itu saat takbir, atau sujud, atau rukuk… Gara-gara hilang fokus semasa bersolat.
Ya, begitulah manusia. Bukan mudah untuk menetapkan fikiran agar fokus terhadap ibadah. Kerana itu juga kita disarankan agar solat pada awal waktu agar tidak terburu-buru.
Sempena bulan baru dan tahun baru 1439 Hijrah ini, jom kita sama-sama perbetulkan solat demi cinta kepada Maha Pencipta. Ikuti 4 cara praktikal ini untuk menambah kekhusyukan sewaktu bertemu-Nya.
(1) Pastikan tubuh badan, tempat solat, pakaian dan telekung bersih
Sekiranya kita bersolat dalam keadaan yang bersih, rapi dan berbau segar, jiwa pasti terasa lebih nyaman, selesa serta tenang. Elakkan memakai pewangi atau bersolat di kawasan yang mempunyai bau terlalu kuat. Jauhi juga tempat yang bising dan panas.
(2) Sebut setiap ayat yang dibaca dengan perlahan-lahan
Bacalah setiap ayat dan surah dengan perlahan agar kita lebih tenang. Kawal alunannya mengikut keselesaan. Di sini juga dapat dibezakan antara orang yang sabar dengan orang yang terburu-buru.
(3) Dengar dan hayati bacaan yang disebut
Nikmatilah setiap bacaan yang keluar dari bibir kita dengan telinga. Sepertimana kita menikmati muzik yang dirasakan mengalir ke seluruh tubuh, demikian juga rasanya sewaktu menikmati solat.
(4) Lupakan hal dunia, fokus pada ibadat
Ini mungkin yang paling sukar tapi berlatihlah meningkatkan konsentrasi dengan sedaya upaya. Apabila fikiran mulai beralih, kembali pada poin pertama dan kedua. Seimbangkan fikiran kita agar fokus pada Tuhan. Norzalina Mohd Alias
Memiliki suami yang workaholic boleh membuatkan para isteri resah. Selain kerap kali lupa waktu, pasangan yang terlalu leka dengan kerjaya mahupun hobi juga seringkali menyebabkan mereka kurang tertarik kepada hubungan intim.
Jika sesekali terjadi mungkin tidak mengapa. Namun jika berterusan, bakal mencetuskan keretakan rumah tangga pula. Lebih malang, jika sang isteri merasa dirinya dicurangi dalam diam. Ketahui trik dan stimulasi yang tepat bagi mengalihkan perhatian suami dari obsesinya.
FAHAMI ALASAN SUAMI
Fahami situasinya sebelum anda menilai sang suami sebagai workaholic. Adakah dia mempunyai beban kerja yang berat? Adakah dia sedang berusaha keras untuk kenaikan gaji yang lebih baik berbanding sedia ada? Dengan memahami alasan mengapa suami workaholic dapat membantu anda untuk melihat setiap sesuatu dalam perspektif yang lebih objektif.
HADAPINYA TANPA BEREMOSI
Berbicara dengan suami dan biarkan dia tahu bahawa keluarga juga memerlukannya. Sebaiknya jangan merengek, mengeluh mahupun menyalahkan sang suami. Oleh itu, berbincanglah dengan cara yang sopan serta tidak berkasar antara satu sama lain.
KEMBALIKAN HAL YANG ‘HILANG’
Tunjukkan hal-hal kekeluargaan yang terlepas dari suami anda. Umpamanya, letakkan gambar anda bersama anak-anak di mana-mana sudut rumah. Kemungkinan suami akan menyedari bahawa dia tiada di dalam gambar tersebut dan akan cuba untuk menghabiskan lebih banyak waktu bersama keluarga.
BANTUAN KAUNSELING
Jika situasi ini masih berlanjutan dan menemui jalan buntu maka jangan ragu-ragu untuk menemui pakar psikologi mahupun terapi. Anda boleh pergi untuk sesi kaunseling secara individu ataupun bersama pasangan demi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.
Helah Bangkitkan Mood Si Dia
(a) Sasar Pancaindera
Nyalakan lilin beraroma seperti vanila, bergamot atau sandalwood. Sediakan juga minyak urutan aromaterapi dengan haruman yang eksotik seperti lavender atau musk. Saat pasangan sedang asyik, berikan urutan ringan di titik-titik rangsangan. Sebaik pasangan merasa tenang dan ghairah, lebih mudahlah bagi anda untuk mengajaknya bercinta.
(b) Ajak Bermain
Pelawa pasangan bermain permainan klasik seperti dart yang mampu menarik perhatian suami untuk bercinta secara terang-terangan. Bagi yang kalah mahupun menang, akan ada ‘hukuman’ atau ‘hadiah’ yang bakal dituntut. Pastinya, ia dilakukan di kamar tidur dalam suasana yang romantik.
(c) Tampil Seksi
Pilih pakaian dalam terbaik anda, atau jika perlu belilah sepasang pakaian dalam yang seksi. Anda boleh membeli satu set bra dan panties dengan tambahan suspender, stoking ataupun gaun nipis. Mainkan imaginasinya, buatkan pasangan penasaran terhadap anda. Pakaian dalam yang diperbuat daripada bahan satin, renda atau tulle cukup seksi untuk dikenakan saat malam hari. Amy Mohd
Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA) hari ini secara rasmi melancarkan MY Gaya Month 2023 buat tahun ketiga dengan matlamat untuk mengetengahkan dan mempromosi barangan Malaysia menerusi produk- produk fesyen, gaya hidup dan teknologi; sekaligus melahirkan usahawan- usahawan baharu sambil melatih graduan fesyen dari akademi- akademi tempatan dalam industri fesyen. Kempen yang akan berlangsung selama sebulan ini dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Yang Berbahagia Datuk Azman bin Mohd Yusof, bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023 anjuran KPDN.
KBBM dilaksanakan bagi mencapai objektifnya iaitu untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia; merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan; meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk serta perkhidmatan buatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa; dan membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Menurut YBhg. Datuk Azman, penganjuran My Gaya Month merupakan salah satu inisiatif strategik KBBM di mana objektifnya adalah bagi menggangkat segmen atau industri lain untuk diketengahkan dalam membantu usahawan tempatan memasarkan produk Barangan Malaysia.
Inisiatif ini menampilkan 31 orang pereka, usahawan gaya hidup dan akademi fesyen tempatan bersama koleksi- koleksi dan produk terbaru mereka yang direka/dihasilkan khas bagi kempen ini yang berkisar sekitar tema fabrik berelemen “heritage/warisan”. Acara selama sebulan ini akan menyorot kepelbagaian wawasan dan kreativiti pereka-pereka fesyen tempatan di Malaysia, di samping memberikan peluang kepada masyarakat dan pengunjung dari luar negara untuk menghayati kecantikan dan keindahan yang lahir daripada industri fesyen dan gaya hidup tempatan. Selain memberi fokus kepada produk jualan, My Gaya Month juga merupakan inisiatif untuk memupuk ilmu dalam bidang fesyen dan gaya hidup yang menjadi topik perbincangan relevan di kalangan pengamal dan peminat industri melalui forum perbincangan. Forum ini akan menampilkan pakar- pakar, ilmiawan dan juga penggiat industri:
Forum Panel 1: Fashion in Malaysia- Prospects & Issues
Ahli Panel: En Faizal Hamid (UITM); Puan Suraya Sharifuddin (Artful Brains/ Maslea); Cik Nurul Zulkifli (Mimpi Kita)
Forum Panel 2: AI, Technology & Sustainability in Fashion
Ahli Panel: En Nik Faiz Nik Amin (Ruzz Gahara); Puan Nina Faressa (Bejute); Dr Thomas Ong (Nanotextile)
Forum Panel 3: Cross Branding & Collaboration in Fashion
Ahli Panel: Dato’ Lewre Lew (Lewre); Datin Azrene Ahmad (Three Little Ahmads); Encik Leslie Variyan (Variante)
Forum Panel 4: Business in Fashion & Academies
Ahli Panel: Encik David Liew (UNITAR); Puan Amizah Amir (KVERT Setapak); Izree Kai Hafiz (FiziWoo)
MY Gaya Month 2023 akan melabuhkan tirainya secara gah dengan sebuah pertunjukkan fesyen pada 10 September 2023 di Farenheit88 yang juga akan disiarkan secara langsung oleh RTM dan di alam maya menerusi pelbagai platform seperti Facebook, Youtube, Instagram dan pelbagai lagi. Setiap pereka turut menampilkan koleksi mereka dalam platform- platform e-dagaing seperti Shopee, Lazada, Zalora dan juga laman web pereka itu sendiri. Koleksi dan produk- produk ini boleh dibeli di Farenheit88 sepanjang bulan ini dan juga di platform- platform yang telah disebut dengan harga antara RM15 sehingga RM1500. Terdapat juga pelbagai promosi seperti Merdeka Day Sale dan juga Malaysia Day Special jika pelanggan mengunjung dan membeli produk- produk di Farenheit88. MBDA juga meramalkan penjualan produk sekitar RM1,000,000.00 sepanjang bulan kempen MY Gaya Month 2023.
Antara barisan pereka, usahawan dan akademi yang akan memperagakan jenama mereka sempena MY Gaya Month 2023 adalah Fizi Woo, Ghadeez, Nusantara, Thalia, Jay K, Batek by Rasta Rashid, Curve by HHM, Bon Zainal dan ramai lagi.
My Gaya Month bermatlamat untuk mempromosikan jenama-jenama dan produk buatan tempatan Malaysia menerusi sokongan kepada para penggiat industri fesyen dan gaya hidup tempatan. Ia sekaligus akan turut merangsang ekonomi dan mencipta peluang pertumbuhan dalam industri fesyen dan gaya hidup.
Setiap pereka akan memperagakan rekaan mereka dengan 8 barangan daripada setiap koleksi pakaian lelaki, pakaian “streetwear”, busana sopan, busana “ready to wear”, busana karpet merah dan couture. Para usahawan aksesori dan juga gaya hidup seperti mekap akan berkolaborasi bersama para pereka juga.
Untuk maklumat lanjut mengenai My Gaya Month 2023, pereka- pereka yang terlibat serta koleksi- koleksi yang diperagakan, sila layari www.mbdamalaysia.com atau laman web khas setiap pereka.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...