Menjelang malam sambutan Tahun Baru Cina, majoriti ahli keluarga pasti akan pulang ke rumah ibu bapa untuk acara makan besar. Tapi berbeza tahun ini, tradisi tersebut terpaksa dilupakan kerana pandemik COVID-19. Sarah Lian di antara selebriti yang berkongsi perasaan sedih kerana terpaksa meraikan perayaan tersebut di rumah.

Nama Sarah Lian mula dikenali ramai sejak beliau tersenarai sebagai antara 100 Most Wanted Woman anjuran FHM Malaysia. Anak jati Taiping, Perak berusia 38 tahun ini juga bergiat aktif sebagai pelakon serta pengacara TV berbahasa Inggeris yang popular.

Ads
Tak Buat Makan Besar, Pelakon & Pengacara Sarah Lian Sanggup Duduk Rumah Sepanjang Tahun Baru Cina
Yee Sang

“Saya bersyukur untuk perkara-perkara kecil. Banyak bisnes yang terjejas pada waktu pandemik ini dan walaupun kerajaan membenarkan kita untuk makan di dalam restoran, tapi saya tetap mahu menjalankan peranan (sebagai rakyat) dan duduk di rumah saja.

Kini semua pihak sedang menempuh cabaran yang besar. Kita berilah sokongan pada restoran tempatan, macam saya pun cuma pesan Yee Sang ke rumah untuk makan besar kali ni,” kata Sarah atau nama penuhnya Sarah Lian Lay Ting.

Beliau turut memahami bagaimana perasaan para peniaga kecil sekarang. “Ini masanya untuk kita sokong satu sama lain. Kita sedang melalui situasi yang serupa dan bukan masa yang baik untuk mementingkan diri sendiri.

Spread a little love, it goes a long way” – Sarah Lian

Tak Buat Makan Besar, Pelakon & Pengacara Sarah Lian Sanggup Duduk Rumah Sepanjang Tahun Baru Cina

Tampil elegan dalam persalinan ‘qipao’ merah rekaan Khoon Hooi, wajah klasik Sarah dengan rambut yang didandan persis wanita Cina zaman dahulu kala benar-benar menghidupkan mood Tahun Baru Cina.

“Tahun Baru Cina kali ini mungkin sedikit mencabar tapi tiada alasan untuk kita tidak tersenyum,” tulis Sarah sambil memuji sentuhan jurusoleknya, Ary Muzamer.

Ads

Memandangkan ibu bapa dan adik-beradik Sarah kini di Kanada, beliau hanya dapat bersua wajah secara video call saja dengan mereka.

“Saya cuma dapat makan besar dengan makcik saya di sini. Tapi esok kami semua akan video call jam 9.30 pagi kerana zon waktu yang berbeza,” jawab Sarah dengan ceria.

Bagi yang mengenali Sarah, orangnya memang sangat peramah dan menyenangkan. Walaupun beliau pernah membesar di Kanada, tapi anak ketiga daripada empat adik-beradik ini juga fasih berbahasa Melayu, Perancis, Hokkien, Kantonis dan Mandarin.

Ads

Antara program TV yang pernah dijayakan adalah Ask Ting Ting, MyEG Xtra Time dan Photo Face-Off (Singapura), selain sebagai hos radio Astro Hitz Radar dan emcee 8TV Shout! Awards serta banyak lagi.

Dalam perkembangan terkini, Sarah kini aktif sebagai usahawan dan Supparetreat iaitu sebuah komuniti wanita untuk mengembangkan potensi diri dengan lebih cemerlang dan turut mengendalikan agensi pengurusan bakat iaitu Suppagood.

Sehingga itu, Selamat Tahun Baru Cina buat mereka yang meraikannya dan jangan lupa pematuhan SOP yang masih berkuat kuasa demi keselamatan kita semua.

Sumber: IG @imsarahlian

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI