Setiap wanita pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu koleksi kasut tumit tinggi. Malah, ada segelintir wanita yang obses mengumpul kasut tumit tinggi daripada pelbagai jenama. Memang diakui kasut tumit tinggi merupakan pelengkap gaya seseorang wanita. Selain rekaannya yang cantik, tumit tinggi membuatkan wanita berdiri dengan gaya menawan berbanding berkasut rendah.

Semestinya idaman setiap wanita ingin miliki tumit tinggi dari jenama pereka fesyen hebat dunia yang sinonim dengan rekaan ikoniknya. Walaupun harganya mahal tapi kelainan memakai rekaan pereka ini membuatkan anda seperti terapung di awan. Jom Nona kongsikan Kasut tumit tinggi paling ikonik dan popular sepanjang zaman!

Ads

1. Christian Louboutin So Kate Pumps

Tak Lapuk Dek Zaman, Ketahui 8 Kasut Tumit Tinggi Paling Evergreen Sepanjang Zaman!

Tanpa ragu, reka bentuk yang paling klasik dan abadi dari Christian Louboutin. Tumit stiletto yang curam dan langsing akan memberikan kaki terbentuk dengan sempurna. Memadai jika anda miliki rona nude dan hitam.

2. Manolo Blahnik Hangisi Pump

Tak Lapuk Dek Zaman, Ketahui 8 Kasut Tumit Tinggi Paling Evergreen Sepanjang Zaman!

Terima kasih kepada filem Sex and the City membuatkan tumit tinggi ini meningkat naik dan popular serata dunia. Momen di mana Mr. Big melamar Carrie Brashaw dengan cara paling unik – tidak menyarung cincin berlian tetapi menyarung Manolo Blahnik Hangisi Pump rona biru laut.

3. Saint Laurent Tribute Sandal

Tak Lapuk Dek Zaman, Ketahui 8 Kasut Tumit Tinggi Paling Evergreen Sepanjang Zaman!

Ilham tumit tinggi ini sebenarnya berkisarkan kasut penari tiang tetapi direka semula dengan cara feminin. Platform ini memberikan ketinggian kasut sambil mengekalkan tahap keselesaan. Itu yang penting kalau nak pakai kasut tumit tinggi.

4. Valentino Rockstud Pump

Tak Lapuk Dek Zaman, Ketahui 8 Kasut Tumit Tinggi Paling Evergreen Sepanjang Zaman!

Chic dan moden, tumit tinggi ini mula diperkenalkan pada tahun 2010. Reka bentuk klasik dengan sentuhan Rock-‘n-roll membuatkan ia cukup unik dan cantik sekali.

Ads

5. Stuart Weitzman Nudist Sandal

Tak Lapuk Dek Zaman, Ketahui 8 Kasut Tumit Tinggi Paling Evergreen Sepanjang Zaman!

Sandal ikonik ini direka untuk mendedahkan dan menonjolkan kulit pada kaki, memberikan rupa seksi. Didatangkan dalam pelbagai pilihan warna, rekaan ini menjadi pilihan ramai selebriti di karpet merah.

6. Casadei Blade Pump

Tak Lapuk Dek Zaman, Ketahui 8 Kasut Tumit Tinggi Paling Evergreen Sepanjang Zaman!

Ads

Kalau Meghan Markle lebih memilih Manolo Blahnik, Kate Middleton pula acapkali memakai reken Casadei. Rekaan minimalis membantu memanjangkan kaki, membuatkan ia tampak sempurna lebih-lebih lagi dipakai dengan little black dress.

7. Gianvito Rossi The Plexi Heel

Tak Lapuk Dek Zaman, Ketahui 8 Kasut Tumit Tinggi Paling Evergreen Sepanjang Zaman!

Rekaannya simple tetapi seksi dan elegan dengan bahagian lutsinar di tengah. Membuatkan anda tampak tinggi dan sempurna dan sesuai digayakan dengan apa gaya sekali pun.

8. Tom Ford Ankle-Wrap Padlock Pump

Tak Lapuk Dek Zaman, Ketahui 8 Kasut Tumit Tinggi Paling Evergreen Sepanjang Zaman!

Dipakai oleh selebriti seperti Kim Kardashian dan Jennifer Lopez, rekaan Tom Ford ini membuatkan penampilan tampak seksi walaupun sekadar berseluar jeans dan t-shirt polos putih.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI