Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Setiap wanita mempunyai cara yang tersendiri untuk mengekalkan kecantikan agar kelihatan lebih muda daripada usia. Kagum melihat aktres Bollywood yang satu ini. Hema Malini, bukan calang-calang pelakon dan merupakan salah seorang pelakon glamor era 70an menjadi idola kepada setiap wanita yang meminatinya.
Memang wajar Hema Malini diangkat sebagai idola kerana sejak di awal penampilannya dalam industri seni dan sehingga kini wajahnya tetap jelita bak kata pepatah Inggeris, aging gracefully. Kejelitaan yang dimiliki oleh isteri kepada pelakon terkenal Dharmendra ini dicemburui ramai.
Namun, pelakon cantik ini begitu merendah diri dan berkata, “Kejelitaan ini merupakan anugerah dari Tuhan dan kita sepatutnya tidak mengabaikan anugerah yang satu ini. Menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kulit sentiasa bersih dan bebas daripada solekan,” kata Hema Malini.
Hema Malini bersama anaknya. Foto: Instagram @imeshadeolFoto: Instagram @dreamgirlhemamalini
Hema Malini juga tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan yang diamalkannya walau sudah menjangkau usia 71 tahun.
Minum air kosong – Rahsia kulit Hema Malini berseri adalah dengan minum air kosong dengan jumlah yang agak banyak. Air boleh membantu membuang segala toksin dalam badan dan membantu kulit terhidrasi.
Solekan – Seboleh mungkin Hema Malini cuba elak kulitnya bersolek tebal. Namun, mana mungkin kerana tugasnya sebagai seorang selebriti yang memerlukan solekan. Rahsia yang diamalkan oleh Hema Malini adalah menyapu minyak aroma ke wajah sebelum mula bersolek.
IKLAN
Menari – Pelakon Bollywood memang terkenal dengan seni tariannya. Kalau tak pandai berlakon sukar nak memegang watak heroin. Hema Malini merupakan trained classical dancer dan menari merupakan salah satu senaman yang dilakukan oleh pelakon ini selain melakukan aktiviti berbasikal dan yoga.
IKLAN
Puasa – Kehebatan berpuasa memang telah diperakui sehingga wujudnya pola diet yang digelar Intermittent Fasting. Hema Malini juga berpuasa sebagai salah satu rutin dietnya. Pelakon yang lahir pada 16 Oktober 1948 ini akan berpuasa dua kali seminggu.
Makan Malam Awal – Pelakon yang fasih bertutur bahasa Tamil ini akan mengambil hidangan makan malamnya selewat-lewatnya pukul 8.00 malam. Ibu kepada pelakon Esha Deol ini hanya mengambil hidangan yang hadam sebagai makan malamnya. Lagi satu, Hema Malini kurang mengambil hidangan berminyak dan pedas dalam makananya.
Melihat pasangan lain yang baru berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sedikit sebanyak menyentak hati seorang ibu yang masih menanti kehadiran bayi dalam hidupnya. Tangisan kecil dan tawa si manja menjadi igauan setiap wanita yang sudah bergelar isteri.
Namun bagaimana jika setiap kali disahkan mengandung, mereka diuji dengan keguguran?
Menghadapi keguguran adalah suatu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi kandungan yang dianggap sebagai penyeri itu sudah dinantikan sekian lama. “Saya berkahwin pada bulan Februari 2015. Sebaik sahaja pulang berbulan madu di Mekah selepas 4 bulan berkahwin saya disahkan mengandung. Hati gembira bukan kepalang.
Namun, ketika usia kandungan memasuki 6 minggu saya mula nampak kesan spotting. Tanpa berlengah saya pergi klinik dan doktor sahkan threatened abortion (kandungan terancam).
Kemudian saya pergi scan kat klinik pakar dan tak nampak kantung dalam rahim. Doktor suruh saya buat ujian darah untuk tentukan sama ada ectopic atau tak (7 minggu),” ujar Liza Talib yang bertugas sebagai Pengurus Bank ini.
Tambah Liza, “Doktor minta datang ke hospital sekali lagi untuk melakukan ujian darah selepas 2 hari. Keesokan harinya tiba-tiba lepas subuh sakit sangat kat perut dan bahu sampai tertidur atas sejadah.
Sejam lepas tu bangun terus ajak suami pergi hospital dan dapat keputusan ujian darah memang ectopic (HCG level meningkat tapi scan masih tak nampak kantung).
Di hospital saya buat pembedahan laparoscopy (tebuk 3 lubang di perut dan pusat) dengan bius penuh kerana boleh mengancam nyawa saya jika tiub tersebut meletus. Hasilnya tiub falopian kanan saya telah dibuang dan sekarang saya hidup dengan 1 tiub falopian sahaja.
Peluang saya untuk mengandung tidak secerah macam dahulu lagi. Keluar hospital saya berpantang macam biasa selama 2 minggu,” terang Liza yang mengalami momen sedih dalam hidupnya kehilangan anak pertamanya.
Setelah 3 bulan, doktor membenarkan Liza untuk mengandung lagi. Sudah tertulis rezekinya setelah 4 bulan pembedahan laparoscopy, dia mengandung lagi. “Saya pergi checkup dari minggu ke-5 sehingga minggu ke-9, scan tak nampak janin, hanya kantung. Saya diuji sekali lagi.
Kali ini doktor mengandaikan kemungkinan blighted ovum (kandungan tak jadi/missing) dan diberi tempoh 2 minggu untuk datang semula buat imbasan. Imbasan kali kedua tetap tidak menampakkan janin dan doktor mencadangkan saya buat D&C untuk cuci dan buang kandungan.
Kehilangan kali kedua ini benar-benar memberi kesan yang mendalam dan saya tidak sanggup untuk menghadapi jika berlaku keguguran sekali lagi. Saya sedih dan tidak sanggup menunggu lama kerana faktor usia, berkahwin lewat pada usia 34 tahun. Setelah enam bulan saya masih tidak mengandung dan menjadi risau.
Saya mula belajar dan menyertai kelab TTC (Trying To Conceive) luar negara dan belajar semua kaedah. Saya juga membuka akaun khas di Instagram untuk berkongsi tentang perjalanan untuk mendapatkan zuriat.
Saya cuba OPK (Ovulation Prediction Kit) untuk monitor ovulasi kerana kitaran haid saya tidak normal.
Kadang-kadang lewat beberapa hari dan tempoh paling lama pula hampir 60 hari. Selepas 6 bulan buat OPK saya mencuba pula kaedah BBT charting (Body Basal Termometer) iaitu catit suhu basal kena bangun pagi-pagi setiap hari sepanjang 1 tahun hanya untuk catit suhu dan rekod dalam fertility friend apps.
Kemudian saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan Pakar Sakit Puan. Hasil pemeriksaan doktor katanya, mungkin tiada ovulasi (anovulatory cycle). Doktor bagi saya ubat clomid untuk besarkan telur dan merangsang ovulasi.
Dalam pada itu, doktor mengesahkan saya ada PCOS (telur tak matang). 1st cycle failed to conceive as on fertile day pergi scan, telur hanya ada di sebelah kanan (tiub telah dibuang). Saya sedih dan tahu memang harapan sangat tipis untuk mengandung pada bulan itu.
Bulan kedua ambil clomid lagi tetapi dengan dos yang lebih tinggi 150mg selama 7 hari. Masa subur pergi scan dan doktor beritahu clomid tak begitu berjaya ke atas saya kerana hanya ada 1 telur besar. Tetapi kali ini telur besar itu berada di ovari yang ada tiub.
Kitaran hari ke21 saya perlu hadir ke hospital untuk membuat ujian darah bagi melihat progesteron. Tak silap saya bacaannya hanya 41 dan doktor cakap below expectation sepatutnya lebih 100. Tapi saya yakin bakal mengandung pada bulan itu.
Alhamdulillah, akhirnya saya mengandung. Namun, berita tersebut bukan hanya setakat itu sahaja, saya betul-betul all out untuk mengekalkan kandungan kali ini. Saya mengekalkan kecergasan diri dengan jogging dan zumba. Menjaga pemakanan dengan mengambil karbo rendah dan tanpa gula yang diganti dengan stevia. Bulan tersebut saya hilang 3kg.
Saya amalkan telur ayam kampung separuh masak setiap pagi untuk pastikan ovum yang 1 tu membesar dengan sihat dan cepat. Saya tak ambil produk lain selain clomid (cuba banyak produk di pasaran tapi tak ada kesan malah lagi teruk kitaran jadi lagi panjang).
Elak makanan sejuk dan makan banyak sayur hijau serta kacang badam. Lepas ovulasi saya makan nanas selama 1 minggu dan berhenti kerana kandungan bromelain pada nanas dikatakan boleh membantu mengukuhkan janin.
Kepada wanita lain yang masih berusaha untuk mendapat zuriat nasihat saya kena belajar pasal tubuh dan organ reproduktif sendiri, usaha (timed intercourse – sebab i track my ovulation guna OPK, BBT dan monitor cairan vagina).
Rajin membaca dan akhir sekali doa dan tawakal. Alhamdulillah my rainbow baby boy namanya Umar Iskandar dah nak masuk 4 bulan, sihat dan cerdik,” nasihat Liza. Hamizatul Maizan Mohamed
Seiring fasa pertumbuhan anak-anak, pemberian nutrisi berperanan penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan mindanya. Tapi tanpa disedari, kita sebagai ibu kadang-kadang terlepas pandang soal nutrisi ni. Mungkin kerana sibuk. Mungkin juga kerana tak tahu.
Beberapa senarai di bawah adalah jenis makanan yang cukup berbahaya untuk kanak-kanak. Selain menjejaskan kesihatan, ia juga melemahkan otak mereka.
(a) Gula-gula, kandi, gummy jelly
Tidak dinafikan bahawa gula yang berlebihan bukan saja menjejaskan kesihatan kanak-kanak, malah orang dewasa juga. Selain menyebabkan obesiti, gula yang terdapat pada makanan ringan ini sebenarnya merosakkan otak si kecil.
Dalam satu penelitian yang dilakukan oleh UCLA ditemukan bahawa fruktosa yang berlebihan akan mempengaruhi kemampuan insulin dalam memproses fikiran dan emosi.
Maka sekiranya anak-anak diberi banyak gula-gula, fungsi otaknya akan berkurang sekaligus mengganggu mood mereka.
(b) Fast food
Makanan seperti kentang goreng, nuget, burger dan sebagainya tidak mempunyai zat yang diperlukan tubuh.
Ia juga tinggi pengawet serta garam berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, masalah buah pinggang dan serangan jantung.
Anak-anak kecil memerlukan nutrisi secukupnya untuk menyokong tumbesaran mereka. Jika mereka selalu diberi makanan fast food, dikhuatiri boleh mempengaruhi perkembangan otak mereka pada masa depan.
(c) Mi segera
Mudah dibuat dan disukai kanak-kanak. Tapi tahukah anda, mi segera mempunyai banyak pengawet agar ia boleh bertahan lama?
Sama seperti fast food, mi segera juga tidak bermanfaat untuk tubuh. Bahan kimia untuk memprosesnya akan berkumpul di dalam tubuh dan meningkatkan risiko demensia (gangguan mental dari aspek kognitif dan intelek) si kecil.
(d) Daging diproses
Daging merupakan salah satu sumber protein yang diperlukan tubuh. Namun pastikan ia didapati daripada daging asli, bukannya diproses.
Daging diproses seperti sosej dan nuget mengandungi protein tiruan yang dicampur dengan bahan kimia. Jika anak anda sering menikmati protein tersebut, bahan kimia itu boleh memudaratkan tubuh mereka.
Akibatnya sistem saraf terganggu. Mereka juga sulit untuk mengingati sesuatu serta mengolah informasi.
(e) Teh & kopi
Ibu bapa jarang memberikan dua jenis minuman ini jadi jangan terfikir untuk memberikannya.
Teh dan kopi mengandungi kafein yang boleh menyebabkan insomnia pada kanak-kanak. Ini akan menjejaskan rutin tidur mereka yang penting untuk perkembangan otak.
Kafein juga boleh menyerap zat besi yang diperlukan tubuh sebagai bekalan oksigen ke otak.
(f) Minuman bergas
Bukan hanya merosakkan gigi dan menggemukkan, malah minuman bergas juga mampu merosakkan otak si kecil. Dalam satu kajian oleh University Southern of California menemukan hubungan antara soda dan kemampuan fungsi otak.
Minuman bergas yang diminum oleh kanak-kanak juga akan mempengaruhi fungsi otak mereka ketika dewasa. Begitu juga jus buah dalam kotak. Minuman jus sebegini kebanyakannya bukan dibuat dengan buah-buahan asli tetapi perisa dan gula yang banyak.
Faktor Kecerdasan Otak
Kecerdasan otak kanak-kanak bukan hanya dipengaruhi oleh makanan semata-mata tapi faktor keturunan dan faktor lingkungan anak dibesarkan.
Namun kecerdasan ini boleh dibentuk sejak kecil kerana 80% bahagian otak manusia akan terbentuk dan berkembang pada tiga tahun pertama hidupnya.
Kanak-kanak yang cerdas juga didukung oleh kasih sayang ibu bapanya. Berikan perhatian dan cinta yang secukupnya agar mereka membesar sebagai anak yang pintar dan soleh. Norzalina Mohd Alias
Kagum dengan stamina Fasha Sandha! Mana tidaknya, umur dah hampir 40 tahun dan ada tiga anak, masih bertenaga macam umur 20an. Dikatakan sedang berusaha untuk kekal cergas dan mendapatkan berat badan ideal, kemunculan Fasha Sandha pada hari sukan sekolah anaknya dan menang acara lumba lari nyata menarik perhatian peminat.
Memuat naik video ketika menyertai acara tersebut baru-baru ini, Fasha dilihat bertanding bersama kira-kira 10 orang ibu. Dia juga berkongsi momen indah berkenaan bersama followers. Meraih hampir 20 ribu tanda suka, rata-rata peminat kagum melihat prestasi aktres cantik ini mengikuti acara larian 400 meter.
Dedah Fasha, “Last lumba lari entah bila.Perasaan nervous mula-mula sebab tengok mommies lain semua fit and slim. I ni kenderaan berat lagi ni. Belum cukup ringan, but alhamdulillah berjaya ke garisan penamat.
Ok la tu walau pun semput dan pancit.Pertandingan lari kategori mommies. It was fun.”
Dalam acara tersebut, isteri Aidil Aziz ini berjaya meraih tempat kedua. Boleh tahan tu!
Mengintai media sosial Fasha, dia memang gemar berkongsi aktiviti harian dengan peminat. Lebih-lebih lagi ketika bersenam di gimnasium.
Malah, dia juga selesa mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal cantik dan bertenaga meskipun mengalami pertambahan berat badan selepas melahirkan anak.
“Cikgu saya kata ‘There is no ‘short cut’ to get a flat tummy’, kena work hard for it, kena banyak makan protein, kena follow cara makan yang betul. Baik cikgu!
Saya tak berani nak buat pembedahan macam trend masa kini untuk kecikkan perut / bariatric / or any other short cut way walau ada juga doc yang nak menaja. Maaf saya tak berani dan tak berminat, thank you.
Takpe slowly la. Memang sakit, memang seksa, tapi saya yakin saya boleh buat. Saya jadikan Abil (Nabila Huda) sebagai inspirasi saya.
InsyaAllah slowly but surely. Walaupun sebenarnya saya pancit dan sakit badan setiap kali lepas workout. Nangis, seksanya nak hilangkan perut lepas bersalin anak-anakku.Pengorbanan seorang ibu untuk Rayfal, Raysha, Aisha.”
Fasha Sandha mempunyai dua anak menerusi perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Rizal Ashram iaitu Puteri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal. Dia juga mempunyai cahaya mata perempuan bakal berusia dua tahun diberi nama Aisha Amaira hasil perkahwinannya bersama aktor kacak, Aidil Aziz.