Seakan tak percaya bila menatap foto terbaharu Deanna Yusoff, aktres popular Malaysia zaman 90-an dulu. Tanggal 3 Januari 2022, genaplah usianya 55 tahun namun raut wajahnya tetap cantik seperti masih 30-an.
Mengintai khabar terkini Deanna di Singapura, wanita yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 itu kini masih aktif dengan kegiatan seninya di sana.
Sebagai aktres, penyanyi, model dan emcee yang masih aktif, Deanna tetap menitikberatkan aspek penjagaan kecantikan bersandarkan alam semula jadi.
Antaranya dengan mengurangkan penggunaan produk berasaskan bahan kimia yang mengancam tubuh badan.
Sarapan pagi dengan sahabat tersayang yang meraikan harijadi saya. Terima kasih untuk semua ucapan, hadiah dan kata-kata YANG bermakna.
Saya harap kalian memulakan tahun ini dengan semangat baru dan diberkati dengan tenaga yang LEBIH positif.
Pada usia 50-an, Deanna dilihat sebagai seorang yang mengamalkan diet sihat. Antaranya menikmati buah ara, matcha, avokado, biji chia dan smoothie pisang untuk menu sarapan berkhasiat dan tinggi antioksidan.
Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Deanna termasuklah berjalan dan menikmati keindahan alam bagi kesihatannya.
Ads
“Saya perlu reset. Saya mula beralih kepada aktiviti yang lebih senyap dan mendekatkan diri dengan orang-orang yang ‘sekepala’ agar rasa lebih seimbang dan tenang.
Ads
Saya rasa lebih bertenaga apabila menari, mendengar muzik, bermeditasi dan mewarna. Saya pilih untuk lebih fokus pada diri sendiri dan saya mahu anda semua juga begitu.” Deanna Yusoff
Demi kelestarian alam, wanita kelahiran London ini turut berbakti mengitar semula fesyen dengan membeli barangan preloved.
“Saya bawa 10 pakaian preloved saya untuk ditukar dengan 10 barangan preloved yang lain. Ini adalah cara terbaik untuk memperbaharui wardrobe saya tanpa menjejaskan planet kita.” Deanna Yusoff
Deanna memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara.
Ads
Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris dan mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung diikuti watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92.
Popularti beliau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Panjang oleh The Malaysia Book of Records.
Deanna juga pernah berlakon bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat dalam filem epik Amerika, Anna and the King arahan Andy Tennant, yang mana beliau memegang watak sebagai Ratu Thiang.
Selain itu, Deanna turut melancarkan album pertamanya Divide and Continue serta album Fix di bawah syarikat rakaman Positive Tone.
Selepas sekian lama tidak beraksi di layar lebar, Deanna muncul dalam filem Chermin yang dibintangi oleh Natasha Hudson, Khatijah Tan dan Farid Kamil yang ditayangkan pada 22 Mac 2007. Beliau juga pernah terlibat dalam dua produksi Perancis, Un Homme En Collere (1999) dan Passeur d’enfants (2001).
Sumber: Facebook Deanna Yusoff
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung Datin Wong Mew Choo dikurniakan empat lelaki istimewa dalam hidupnya. Berkahwin dengan jaguh badminton tanah air iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei pada 10 November 2012, rumah tangga Datin Mew Choo yang juga bekas pemain badminton wanita ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga orang cahaya mata lelaki!
1 Mei lepas isteri kepada Datuk Chong Wei berkenaan genap meniti usia 40 tahun. Sepanjang berkahwin dengan bekas atlet kesayangan ramai itu, Datin Mew Choo sentiasa menjadi tulang belakang dan setia di sisi suami tercinta.
Sedekad mendirikan rumah tangga, jelitawan ini tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada khalayak dan cukup menjaga reputasi suami. Beruntung Datuk Chong Wei!
Walau sibuk menguruskan tiga anak kecil yang juga lelaki dan suami, Datin Wong Mew Choo kelihatan masih anggun dan ‘fit’.
Melihat peribadi dan penampilan figura ini, dia bukan hanya seorang wanita yang ringkas dan low profile.
Malah sering tampil bersederhana meskipun suami terkenal dan berstatus bekas jaguh sukan di peringkat antarabangsa.
Menzahirkan rasa syukur dan terharu dengan pengorbanan isteri, Datuk Chong Wei menerusi media sosial pernah menitipkan ucapan istimewa buat Datin Mew Choo.
Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2012 dan mereka menerima kehadiran cahaya mata ketiga pada 29 November 2022. Ketiga-tiga anak bekas atlet ini ialah Kingston, dan Terrance, dan Anson.
Trend solekan bagi tahun 2018 pastinya bakal membuatkan anda kelihatan elegan dan tampak menawan. Seiring dengan arus kemodenan, solekan yang minimalis kian mendapat perhatian seluruh dunia.
Riaskan wajah anda dengan trend solekan terkini dan relevan yang mampu menaikkan seri wajah anda! Nona kongsikan 5 solekan minimalis yang bakal menyerlahkan sisi jelita semula jadi anda!
(1) Sculpted Cheeks
Ringkas dan minimalis! Cukup sekadar sapuan bronzer dengan berus pemerah pipi yang lebih kecil di bawah tulang pipi anda dari telinga sehingga ke tengah pipi.
(2) Soft Smokey Eyes
Hasil solekan ini memberi kesan yang lebih anggun dan romantis. Gunakan dua pembayang mata yang sesuai dan blend keduanya pada bahagian kelopak mata, dan semakin pudar apabila menghampiri crease.
(3) Subtle Sparkle
Tampil glamor dengan hasil solekan seperti ini. Aliskan pensil mata nude pada waterline anda dan akhir sekali, letakkan glitter berona emas ke seluruh kelopak mata. Pastinya hasil solekan tampak sempurna dan menawan.
(4) No Makeup Makeup
Cukup clean dan minimalis. Definisi no makeup dengan sapuan pembayang mata krim berona taupe, dan olesan gincu borona pastel. Juga sapuan pembayang pipi yang dewy dan glowy serta highlighter dalam bentuk krim pada high point wajah.
(5) Oxblood Lips
Solekan ini kelihatan seperti di era 90-an, namun dengan penyatuan kulit yang bersih, pipi yang warm, kening tersisir rapi, dan bulu mata yang melentik, nescaya solekan ini cukup relevan untuk digayakan di abad ini. Fadhli Ismail
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
15 Julai lalu genap 29 tahun usia Erin Malek. Dia menceburi dunia seni sebagai pelakon seawal belasan tahun namun mengambil keputusan untuk memperlahan karier seni sejak mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Walau menghampiri usia 30 tahun namun pesona Erin tetap memikat.
Makin menginjak usia, makin terserlah kejelitaan wanita ini. Namanya mula mendapat perhatian selepas membintangi filem Tentang Bulan sewaktu masih remaja. Malah Erin juga pernah bergelar juara program realiti Fear Factor.
Berkongsi foto terkini ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 bersama kenalan rapat, Erin tampil anggun dalam persalinan kemeja merah dan berseluar putih.
“29. Alhamdulillah blessed to see another year. Thank you for the lovely wishes and doas,” tulisnya.
Tak dinafikan sejak berkahwin dan bergelar ibu dua anak makin cantik berseri-seri! Bukan hanya langsing bahkan kulit wajah mulus Erin juga dikagumi ramai.
Ingat lagi temu bual Nona bersama jelitawan ini hujung tahun lalu apabila dia mendedahkan tentang amalan kecantikan selama ini.
“As you grow older dan saya pun dah dekat umur 30 tahun memang dah rasa badan dah lain sedikit. Terutamanya bila melibatkan soal nak turun berat badan yang agak susah. Jadi apa yang saya buat ialah memang dalam kalangan orang rapat tahu yang saya suka work out.
Selain work out, kena jaga makan dengan pengambilan diet sihat. Kadang-kadang ada juga cheat day. Tapi untuk jaga kesihatan dan penampilan kita, perlu makanan sihat, bersenam dan mengeluarkan peluh.”
Dia yang berehat dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta dan anak kepada usahawan empayar MOFAZ, Farriz Fauzy, bagaimanapun mengaku rindu untuk kembali berlakon.
Jelas Erin, sehingga kini dia masih menerima ‘lamaran’ berlakon dan terpaksa menolak memandangkan belum ada masa yang sesuai.
Buat sementara waktu dia aktif membuat content dan kempen produk di media sosial di samping masih mencari masa tepat untuk berlakon.
“Acting in TV belum lagi, inshaAllah soon. Alhamdulillah, rezeki tu masih lagi ada cuma nak cari masa yang sesuai agak susah untuk saya sekarang ni. Bagaimana pun jika ada masa yang betul-betul tepat untuk saya kembali berlakon, I’ll be back!”
Berkongsi pandangan mengenai pemakaian hijab pula, Erin mendedahkan dia gembira melihat lebih ramai wanita mengenakan tudung dan dalam masa sama mendoakan agar mereka kekal istiqamah dalam penghijrahan tersebut.
“Kita sebagai individu hanya mampu merancang dan selebihnya mendoakan mereka agar berkekalan. Dari segi gaya, bagi saya tak perlu keterlaluan. Cukup dengan sedap mata memandang tak perlu overdressed.
Especially bila kita dah berhijab ni, untuk kita nak nampak cantik dan selesa memang sangat susah. Apa yang saya boleh nasihatkan, pakailah pakaian yang selesa yang melambangkan imej hijab.”
Erin Malek sah bergelar isteri Farriz Fauzy pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.