Sebut sahaja nama Dayang Nurfaizah sudah terbayang alunan suaranya yang merdu mendendangkan lagu. Malah lagu-lagu yang terkandung dalam album penyanyi kesayangan ramai sering menjadi pilihan syarikat produksi untuk dijadikan lagu tema mahupun soundtrack filem tempatan.
Dayang Nurfaizah juga sering diundang untuk memeriahkan majlis undangan dari istana, syarikat korporat, perasmian majlis dan juga majlis perkahwinan. Penyanyi lagu Lelaki Teragung ini sering tampil dengan imej elegan sesuai dengan majlis yang dihadirinya.
Paling menarik apabila Dayang Nurfaizah tidak takut untuk bereksperimen dengan solekan yang dikenakan di atas kanvas wajahnya. Lihat sahaja foto-foto solekan Dayang Nurfaizah yang dikongsinya melalui laman Instagram.
Ads
Dayang Nurfaizah juga bakal menganjurkan konsert solonya, Dayang Dua Dekad pada 21 Julai 2019 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Jom beramal sambil ketawa besar dan menjamu selera dengan persembahan Harith Iskander, Mark Adam, Nabil, Kumpulan Zero, Elly Mazlein serta penyanyi R&B terkemuka Dayang Nurfaizah di Showcase Amal Raikan Wanita.
Ads
Sebahagian kutipan jualan meja untuk acara ini akan disalurkan kepada pusat kebajikan wanita Raudatus Sakinah dan Rumah Kita. Tempah meja anda dengan kami sekarang, PLATINUM, GOLD dan SILVER sebelum penuh. Details harga seperti di bawah. Berminat sila PM sekarang!
Harga:
Ads
Platinum : RM4,499/per table
Gold: RM3,499/per table
Silver: RM2,499/per table
***********
Platinum: RM449.90/per head
Gold: RM349.90/per head
Silver: RM249.90/per head
Kemunculan Ummi Nazeera yang bertandang ke sebuah sekolah baru-baru ini bagi menjayakan satu majlis sumbangan nyata menarik perhatian khalayak. Jika sebelum ini kelibat figura berkenaan sering dilihat pada majlis anugerah dan fesyen tetapi kali ini Ummi tampil berbeza sebagai tetamu kenamaan dalam acara formal.
Ummi Nazeera menerusi perkongsian di media sosial mendedahkan keberadaannya di salah sebuah sekolah berprestij di Kelantan tersebut adalah sebagai mewakili ibunya, Dato’ Sri Maziah Musa bagi menyempurnakan Sentuhan Kasih Ramadan Majlis Agihan Zakat di SMK Tok Janggut 2026 pada 15 Mac lepas.
Berdasarkan foto-foto yang dimuat naik aktres Nur Kasih tersebut, ketibaan Ummi disambut mesra kakitangan sekolah dan diiring masuk ke perkarangan sekolah seperti seorang wakil rakyat!
Malah rakan-rakan artis dan peminat sempat berseloroh tentang gaya Ummi yang tak ubah seperti Yang Berhormat (YB).
Anggun dan kemas mengenakan kemeja korporat syarikat milik ibunya iaitu Pointray (Malaysia) Sdn Bhd, selebriti berusia 35 tahun ini turut ditemani suami tercinta, Dr Mohd Izzar.
Pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin ini turut diberi peluang untuk memberi ucapan kepada para pelajar selain beramah mesra dan menyantuni mereka.
Kongsinya, “Alhamdulillah peluang menjalankan amanah mewakili bonda saya, Dato’ Sri Maziah Musa dan pihak syarikat untuk menyampaikan zakat kepada pelajar-pelajar SMK Tok Janggut.
Semoga ia memberi manfaat dan menjadi asbab keberkatan buat kita semua. Jadilah seperti ikan di lautan, walau airnya masin, isinya tetap tawar.
Semoga adik-adik terus teguh dengan prinsip dan jati diri dalam menempuh kehidupan. Terima kasih kepada pihak sekolah dan para guru atas sambutan serta usaha mendidik anak-anak bangsa.” ,
Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Ummi menghadiri acara rasmi mewakili syarikat milik Dato’ Sri Maziah. Pada November tahun lalu dia turut diundang menghadiri KanWork Charity Hi-Tea 2025 dan menyampaikan replika cek sumbangan kepada pejuang kanser.
Menyentuh latar belakang ibu Ummi Nazeera, Dato’ Sri Maziah Musa merupakan tokoh usahawan sukses dan berkarisma serta jelita pada usia 60an. Bahkan wanita hebat ini juga sering hadir menemani Ummi atau abangnya Nazreem ke majlis-majlis fesyen.
Dato’ Sri Maziah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pointray (M) Sdn Bhd yang mengusahakan perniagaan dalam bidang perkilangan, perabot dan fabrik.
Menjengah Instagram milik Dato’ Sri Maziah, kredibilitinya sebagai ahli perniagaan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Antaranya merangkul Woman Entrepreneur Excellence, Top 10 Most Enterprising Company dari SME & Entrepreneurship Business Award 2017.
Dato’ Sri Maziah turut pernah menerima Anugerah Usahawan Wanita Kebangsaan 2014 dan Usahawan Cemerlang Negeri Terengganu 2016.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran bintang antarabangsa serta ikon kecantikan Korea, Tiffany Young yang tersohor dengan kumpulan ikonik Girls’ Generation menjadikan acara Eucerin Spotless Brightening cukup Istimewa.
Rahsia Kulit Cerah Berseri Tiffany Young
Menurut Tiffany, “Bagi saya, kulit cerah berseri tanpa tompok hitam bukan hanya menyembunyikan kekurangan tetapi lebih kepada memberi penjagaan terbaik kepada kulit.”
Tambahnya lagi, “Saya percaya kepada bahan yang terbukti secara saintifik. Sebab itulah saya memilih Eucerin Spotless Brightening Serum dan Body Lotion. Ia membantu mengurangkan tompok hitam serta mengekalkan seri semula jadi yang sekata dan tahan lama.”
Sains & Kecantikan Bersatu
Eucerin, jenama penjagaan kulit terkemuka dunia dengan lebih 120 tahun kepakaran dermatologi, menganjurkan Spotless Brightening Event yang memperlihatkan bagaimana penjagaan kulit berasaskan dermatologi mampu mengubah kehidupan serta mengekalkan kedudukannya sebagai Jenama Penjagaan Wajah Derma No.1 di Malaysia.
Acara ini turut menampilkan hasil sebenar daripada pengguna bagi penjagaan wajah dan tubuh dengan memberi tumpuan kepada masalah kulit paling biasa iaitu tompok hitam dan pigmentasi.
Keberkesanan Thiamidol
Dikuasakan oleh bahan anti-bintik hitam paling berkesan, Thiamidol hasil lebih daripada 10 tahun penyelidikan berterusan. Bahan aktif berpaten ini menjadi teras utama kepada Spotless Brightening Booster Serum dan Spotless Brightening Body Lotion.
Terbukti secara klinikal dan dermatologi, serum ini membantu mengurangkan tompok hitam di permukaan mahupun yang belum muncul dalam lapisan kulit dengan kadar keberkesanan sehingga 97%, manakala losen badan yang diformulasikan untuk mencerahkan kulit seawal penggunaan pertama membantu tona kulit menjadi lebih sekata serta mengembalikan kecerahan semula jadi.
Piawaian Dalam Penjagaan Kulit Berpigmentasi
Thiamidol kini dianggap sebagai piawaian emas dalam penjagaan kulit berpigmentasi, menawarkan penyelesaian terbaik untuk mendapatkan kulit yang cerah sekata dan sihat berseri.
Para peminat turut berpeluang mendekati Tiffany Young menerusi sesi Meet & Greet yang istimewa, meraikan sinergi antara kecantikan, sains dan pesona selebriti.
Spotless Brightening Body Lotion
Walaupun Spotless Brightening Booster Serum telah lama diiktiraf sebagai penyelesaian terbaik untuk masalah tompok hitam, acara kali ini memberi tumpuan khas kepada Spotless Brightening Body Lotion, yang diformulasikan untuk bahagian tubuh yang sering terdedah kepada cahaya matahari namun sering diabaikan seperti bahu, lengan dan belakang badan.
Hasil Terbaik
Di atas pentas, pakar kulit turut berkongsi pandangan klinikal serta rutin penjagaan dermatologi berasaskan Thiamidol, diikuti perkongsian pengguna sebenar yang berkongsi perjalanan mereka berhadapan kulit sensitif dan tona tidak sekata.
Bagaimana rutin konsisten menggunakan Eucerin Spotless Brightening membantu mereka mendapatkan tona lebih sekata dan keyakinan menyeluruh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Keyakinan Diri Bermula Dengan Kulit Sihat
“Hari ini ia bukan sekadar tentang produk; ia tentang bagaimana penjagaan kulit dan sains membuka jalan kepada keyakinan diri,” ujar Dr. Vierhaus.
“Kami percaya apabila kulit terasa lebih sihat, seseorang akan tampil dengan cara berbeza seperti di tempat kerja, dalam kehidupan dan bagaimana mereka mempersembahkan diri kepada dunia.”
Hujung Jun ini pelakon Susan Lankester bakal berusia 60 tahun. Pun begitu, wanita Inggeris ini masih kelihatan cantik dalam kelas tersendiri.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni di Malaysia, Susan berjaya menjadi antara pelakon bukan Melayu yang mendapat tempat dalam kalangan peminat seni tanah air hingga ke hari ini.
Aktif mewarnai dunia seni, Susan Lankester turut menjadi pilihan pereka fesyen terkenal tempatan sekitar tahun 2021 bagi menggayakan koleksi fesyen berkenaan. Makin berusia, makin ‘laku’!
Tidak dinafikan, dialongnya ‘Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?’ menerusi filem pertamanya iaitu Mekanik nyata sudah sinonim dengan jelitawan keturunan Inggeris-Cina ini.
Bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha, filem yang diarahkan Othman Hafsham pada tahun 1983 berkenaan berjaya melonjakkan nama Susan Lankester.
Bukan bersandar kepada rupa paras semata-mata, bakat yang dimiliki wanita ini terbukti apabila dia dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 pada tahun 1994 dalam filem Femina.
Ketika sambutan Tahun Baharu Cina yang lepas, Susan membintangi Rain Town the movie bersama beberapa lagi pelakon handalan lain.
Susan juga aktif sebagai pelakon filem, drama dan teater. Malah figura yang fasih berbahasa Melayu ini pernah menghasilkan sebuah album bertajuk Takdir dan popular menerusi lagu Antara Dua Zaman.
Bahkan dia juga pernah berduet dengan Allahyarham Tan Sri SM Salim dalam lagu Dilema.
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.