Wajahnya lembut keibuan, namun saat berbicara terlihat ketegasan dan nada pemimpin yang berintelek. Inilah karakter Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang sederhana dan menyenangkan, malah kian disayangi ramai termasuk pelajar Kolej Vokasional (KV) sejurus menerima hadiah berupa beg lampu lip lap yang pertama di Malaysia.

IKLAN

“Sempena hujung minggu ini, saya memperagakan tudung bawal on point, blouse yang cukup selesa dan beg lip lap yang semuanya adalah hasil kerja tangan para pelajar Kolej Vokasional di seluruh Malaysia.

Paling istimewa, beg saya itu ada lampu lip lap! Satu-satunya beg berlampu lip lap di Malaysia!

“Tak Mampu Pakai LV, Kita Pakai KV!” Fadhlina Sidek Tampil Anggun Bertudung Bawal, Beg Lampu Lip Lap
Facebook Fadhlina Sidek

 

Sebagai peminat nombor satu hasil kerja tangan para pelajar Kolej Vokasional, saya akan terus mendukung dan mempromosi kerja-kerja mereka kerana saya cukup bangga membawa hasil kerja mereka dengan lebih jauh.” YB Fadhlina Sidek

Tambah ibu anak enam ini, kalau wanita tak mampu pakai LV (Louis Vuitton), kita boleh pakai KV (Kolej Vokasional). Beliau sendiri memuji hasil kreativiti dan inovasi anak-anak di bawah institusi Kementerian Pendidikan.

Begitu bersederhana dan merendah diri, sifat YB Fadhlina Sidek yang sering menyokong barangan buatan Malaysia dan memartabatkan hasil kraftangan anak tempatan seharusnya menjadi ikutan wanita lain.

“Tak Mampu Pakai LV, Kita Pakai KV!” Fadhlina Sidek Tampil Anggun Bertudung Bawal, Beg Lampu Lip Lap
Facebook Fadhlina Sidek

 

IKLAN
“Tak Mampu Pakai LV, Kita Pakai KV!” Fadhlina Sidek Tampil Anggun Bertudung Bawal, Beg Lampu Lip Lap
Facebook Fadhlina Sidek

 

“Tak Mampu Pakai LV, Kita Pakai KV!” Fadhlina Sidek Tampil Anggun Bertudung Bawal, Beg Lampu Lip Lap
Facebook Fadhlina Sidek

 

IKLAN

YB Fadhlina Sidek merupakan isteri kepada Mohd Fadzli Arsad dan anak kepada bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Berumur 46 tahun, wanita jelita ini merupakan pemegang Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) serta Sarjana Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/macam-profesional-fadhlina-sidek-jadi-pembaca-berita-sebutan-jelas-raih-pujian-pikat-penonton/

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI