Majlis reunion sekolah bakal tiba tapi muncul pula jerawat di atas dahi. Jerawat ni macam tahu-tahu sahaja hari dan waktunya. Kalau dibiarkan pasti semakin besar dan menjadi tanduk kat atas dahi tu.
Ads
Kalau picit pula nanti meninggalkan parut, jadi apa nak buat ni? Nah, tak perlu bersolek tebal hanya semata-mata mahu menutup jerawat, cuba saja tip mudah ini.
(1) Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit
Sebelum bersolek, wajah perlu dirawat dengan set penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit. Begitu juga dengan pemilihan kosmetik. Anda perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih, jerawat akan makin merebak.
Sebaiknya kenali terlebih dahulu jenis kulit terutamanya yang memiliki kulit wajah berminyak. Kulit berminyak lebih mudah memerangkap kotoran menyebabkan pori-pori kulit tersumbat lantas menjadi punca jerawat.
(2) Oles bedak asas
Kunci kepada solekan sempurna adalah bedak asas. Sapu bedak asas dengan tona warna yang seakan sama dengan kulit. Jika kulit jenis berminyak lebih elok menyapu bedak asas jenis cecair agar sapuan rata dan sempurna. Jika menggunakan berus atau span, pastikan item tersebut bersih dan bebas bakteria.
(3) Kuasa penyamar noda
Jika kulit sedang bermasalah dengan jerawat, concealer atau penyamar noda adalah rakan karib anda. Selepas bedak asas, sapu penyamar noda terutama di daerah yang diingini itu.
Ads
Tapi, kadang-kadang penyamar noda ini boleh menyebabkan solekan nampak bercapuk. Oleh itu, jika anda memiliki wajah kering pilih penyamar noda daripada jenis cecair, manakala jenis berasaskan bahan mineral untuk kulit wajah berminyak.
Ads
(4) Litupi wajah dengan bedak
Bedak asas dan penyamar noda tidak akan terserlah tanpa menyapu bedak di atasnya. Ketika jerawat sedang bermaharajalela, seelok-eloknya pakai bedak debu agar boleh membantu menyerap minyak di wajah. Jika berdegil mahu menggunakan bedak padat, hasilnya kulit semakin berminyak dan jerawat pasti kelihatan semakin parah.
(5) Elak pemerah pipi
Pemerah pipi berfungsi untuk menonjolkan tulang pipi. Ketika jerawat sedang membiak di atas kulit, pemerah pipi langsung tidak membantu memberikan solekan yang sempurna. Lebih parah lagi jika anda memakai bronzer untuk melengkapkan solekan. Bahannya memiliki partikel cahaya yang boleh menyumbat liang pori-pori wajah.
(6) Solekan sempurna dengan spray mist
Bagi mengekalkan solekan agar tahan lama dan jerawat terpelihara, sembur dengan spray mist selepas selesai bersolek. Semburan ini bukan sahaja membuatkan solekan tahan lebih lama malah dapat menyegarkan kulit wajah dan jerawat yang disembunyikan itu tadi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy birthday Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami! Tanggal 19 Februari lepas, Che Puan Sarimah Ibrahim genap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45. Lebih menarik, sehari selepas tarikh tersebut merupakan ulang tahun kelahiran suami tercinta, Yang Mulia (YM) Tunku Nadzimuddin YM Tunku Kecil Besar Negeri Sembilan Tunku Datuk Mudzaffar yang ke-51.
Menginjak usia 45 tahun, aura dan keanggunan Che Puan Sarimah tetap memikat. Dari zaman anak dara sampai sudah berstatus ibu seorang anak, penampilan selebriti cantik ini sentiasa menarik perhatian ramai khususnya peminat.
Apatah lagi Che Puan Sarimah mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya yang berketurunan Melayu-Irish.
Malah, beliau aktif mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya melibatkan rutin senaman pilates dan gemar berkongsi aktiviti kecergasan tersebut di platform media sosial.
Menerusi kemeriahan sempena sambutan ulang tahun kelahiran di samping suami baru-baru ini, isteri Tunku Jamie berkenaan tampil santai dengan blaus bercorak.
“A fact: My mum and me share the same birthday. And my husband’s birthday falls on midnight for the next day! (20th) Amazing and full on kan!
You know birthdays come and go. But memories live on and stay close to the heart for a long time. Had a lovely birthday with my lovely family and close friends today.
I am blessed and fortunate. I am so grateful for my life and to be able to celebrate in good health. Alhamdulilah.”
Walau sibuk menguruskan keluarga, Che Puan Sarimah tetap ligat dengan kerjayanya sebagai pengacara.
Sehingga ke hari ini Che Puan Sarimah sudah 26 tahun menceburi bidang pengacaraan tidak kira untuk majlis santai, rasmi dan sebagainya.
Che Puan Sarimah dan suami, YM Tunku Jamie sah bergelar suami isteri pada 2 April 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu YM Tunku Sofia Najihah yang bakal mencecah usia empat tahun pada Julai nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya Datuk Sheila Majid dikurniakan rupa paras awet muda dan tak makan dek usia. Genap berusia 58 tahun pada 3 Januari lepas, isteri Hasridz Murshim Hashim atau lebih dikenali sebagai Acis kelihatan sihat bertenaga dan cantik dalam kelas tersendiri.
Melihat susuk tubuh kecil moleknya pasti ramai tidak sangka Datuk Sheila bakal menghampiri usia 60.
Dari awal pembabitan dalam dunia hiburan, Ratu Jazz ini tidak sekadar menghiburkan peminat dengan kelunakan suara. Malah dikagumi kerana pandai jaga badan dan kekal menawan.
Tidak hairanlah pada usia lewat 50an, Datuk Sheila memiliki stamina yang baik kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Menerusi perkongsian di media sosial, figura ini dilihat aktif dengan rutin senaman pilates.
Bukan itu saja, Datuk Sheila juga amat menitikberatkan soal diet makanan. Memetik kenyataannya kepada media tidak lama dulu, jelitawan ini menjadikan ibunya sebagai idola terutamanya dari segi penyediaan makanan berkhasiat.
“Saya amalkan perkara yang sama untuk keluarga, Hanya sekali-sekala saja saya benarkan anak-anak menikmati makanan ringan.”
Datuk Sheila merupakan antara selebriti yang selesa tampil tanpa solekan tebal di wajah. Selain memastikan mekap tidak berada di wajah mulusnya terlalu lama.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran ini mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Trend solekan kening sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Daripada yang dilukis nipis kepada tebal, kening bulu pelepah dan terkini gaya squiggly brows, pencinta solekan tak pernah kering idea menata rias bahagian ini.
Tapi sebanyak mana pun trend solekan kening yang tercipta, tidak ada satu pun yang mengetengahkan idea untuk si pemilik kening bercantum atau unibrow.
Memiliki bentuk kening yang bercantum di tengah ini dipandang seperti satu kesalahan kecantikan, lalu mendorong pemiliknya ‘memisahkan’ kening agar dilihat normal.
Sebaliknya bagi model Greek, Sophia Hadjipanteli, dia tekad membuktikan bahawa tiada yang memalukan tentang kening bercantum. Gadis jelita yang berambut kuning keemasan itu turut menghitamkan bulu keningnya agar ia kelihatan lebih menonjol.
“Saya sedar bahawa rupa paras saya ini mungkin tak menepati citarasa semua orang. Mungkin ia tak menarik tapi saya tak kisah pun apa kata orang. Sejujurnya saya suka dengan wajah saya sekarang. Kening bercantum saya adalah diri saya dan saya bangga mengekalkannya.
Apabila kita suka menilai penampilan orang lain semata-mata ia berbeza dengan diri kita, atau orang lain, itu menggambarkan hati kita yang sangat bertoksik,” ujar Sophia melalui akaun Instagramnya.
Jadi berbanggalah dengan kening semula jadi kita. Biarlah ia tebal atau jarang atau pendek sekali pun, tak perlu malu memilikinya! Jom tengok lagi foto-foto Sophia yang cantik ni. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian ...