Ads

Tak Perlu Rasa Malu, Semua Orang Buat Ni 14 Kali Sehari! Kalau Simpan Bahaya

Sesetengah orang menganggap buang angin atau kentut satu hal yang memalukan apa lagi jika terjadi di hadapan orang ramai. Menjadi seorang wanita juga adakalanya membuat kita merasa malu untuk kentut apa entah lagi jika sedang berjanji temu dengan lelaki yang baru dikenali.

Purata manusia buang angin setiap hari adalah sebanyak 14 kali. Jadi, mengapa harus malu untuk buang angin sedangkan setiap orang melakukan hal yang sama?

Proses ni sebenarnya berlaku apabila ada udara yang terperangkap dalam perut yang di hasilkan dari semasa kita mengunyah dan menelan makanan atau semasa kita minum air.

Tak Perlu Rasa Malu, Semua Orang Buat Ni 14 Kali Sehari! Kalau Simpan Bahaya

Antara sebab lain buang angin ialah:

  1. Makan berlebihan
  2. Semasa ingin buang air besar
  3. Kesan sampingan ubat tertentu
  4. Sembelit
  5. Perut masuk angin

 

Bila dah masuk angin dalam perut, harus lah dilepaskan, bukan? Anda tidak digalakkan untuk menahan kentut kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesihatan badan.

Ads

Tak Perlu Rasa Malu, Semua Orang Buat Ni 14 Kali Sehari! Kalau Simpan Bahaya

KESAN TAHAN KENTUT

1. PERUT KEMBUNG

Kembung di bahagian perut merupakan satu gangguan yang tidak selesa dan boleh menyebabkan hilang nafsu atau selera makan.

Ads

2. PERUT KEJANG

Bila gas berlebihan berlaku pada salah satu bahagian usus boleh menyebabkan kejang pada perut sehingga menyebabkan rasa sakit di sekeliling perut.

3. BUASIR

Ads

Ini berlaku kerana ada gerakkan yang berlebihan pada organ dubur bila anda menahan kentut supaya tidak keluar. Gerakkan tersebut membuatkan otot otot dubur menegang & menyebabkan pembuluh darah jadi lebar & besar.

4. SEMBELIT

Kajian telah menunjukkan bahawa menahan kentut atau gas yang seharusnya keluar, boleh memburukkan lagi gangguan sembelit yang sedia ada

5. HASILKAN BAU BUSUK

Kentut terdiri daripada beberapa kumpulan gas seperti hidrogen sulfida, yang mana kompaun tersebut menyebabkan kentut berbau jika ditahan dan tidak dibuang.

Perkara ini mungkin dipandang remeh tapi sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Kalau rasa malu, cari lah tempat dan masa yang sesuai untuk buang angin anda okay!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Ainul Aishah Rai Birthday Anak Tersayang

Buah Hati Ainul Aishah Injak Usia 2 Tahun, Pelakon Filem Nana...

Makin bahagia tengok kehidupan pelakon cantik manis, Ainul Aishah. Sejak berkahwin pada 2022 jarang nampak selebriti ini muncul di kaca televisyen dan tidak lagi mengejar karier seninya. Apatah lagi sejak menimang cahaya mata. Seluruh tumpuan Ainul Aishah pastinya kepada buah hati kesayangan dan suami tercinta.