Bila berbicara soal bentuk tubuh, ramai yang rasa rendah diri apabila tidak memiliki bentuk Siapa kata wanita yang memiliki tubuh bersaiz besar tidak cantik? Jika bijak  menyesuaikannya dengan busana pasti penampilan lebih menyerlah dan menyenangkan.

IKLAN

Tak Perlu UBAT KURUS Atau SENAMAN BERAT Untuk  Sorok Perut Buncit. Anda Cuma Perlu BIJAK!

Penampilan harian yang menawan memberikan aura luar biasa yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang. Ketepikan isu bentuk badan kerana keyakinan diri itu adalah elemen yang lebih penting dalam mengharungi kehidupan dan cabaran bagi setiap wanita.

Tak Perlu UBAT KURUS Atau SENAMAN BERAT Untuk  Sorok Perut Buncit. Anda Cuma Perlu BIJAK!

Tak perlu susah hati jika perut yang menggeleber membuatkan penampilan anda tampak buruk. Ramai yang ingin berfesyen tetapi rasa rendah diri bila perut bergoncang dek kerana terlalu buncit. Baca tips ini supaya esok anda boleh ubah cara bergaya.

Lihat sahaja penampilan selebriti Sherry AlHadad! Walaupun bertubuh besar, dia lebih mementingkan penjagaan kesihatan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan bersenam.

Tak Perlu UBAT KURUS Atau SENAMAN BERAT Untuk  Sorok Perut Buncit. Anda Cuma Perlu BIJAK!

IKLAN

NONA senaraikan beberapa panduan untuk tampil konfiden tetapi cantik walaupun mempunyai tubuh yang besar:

1.Pilih skirt jenis A-line kerana ia membantu untuk menyembunyikan masalah perut buncit. Ini kerana potongan skirt yang luas di bahagian bawah amat sesuai untuk menyembunyikan bahagian pinggang anda.
2. Seluar ala Aladin atau seluar nelayan Thai dapat menyembunyikan perut anda yang berlipat kerana mata akan tertumpu pada rekaan seluar yang unik itu.
3. Pakai tali pinggang yang besar dan luas di pinggang anda. Ikat tali pinggang 1 inci lebih tinggi daripada paras pinggang anda untuk menutup bahagian perut buncit.

IKLAN

Tak Perlu UBAT KURUS Atau SENAMAN BERAT Untuk  Sorok Perut Buncit. Anda Cuma Perlu BIJAK!
4. Pakai skirt jenis pleated atau skirt kipas menegak ke bawah untuk memberi visual pinggang anda kelihatan lebih langsing. Sebaiknya cari skirt yang bercorak untuk menutup kekurangan ada.
.5. Elakkan memasukkan baju ke dalam pinggang untuk memberikan kesan ilusi badan yang lebih langsing.
6. Elakkan memakai jean jenis low-waist sebaliknya pilih jean atau seluar jenis high waist atau berpinggang tinggi. Ia boleh membuatkan anda tampak lebih langsing dan lampai. Jangan lupa padankan bersama baju bercorak gelap.

Tak Perlu UBAT KURUS Atau SENAMAN BERAT Untuk  Sorok Perut Buncit. Anda Cuma Perlu BIJAK!
7. Pilih material pakaian yang tidak jarang kerana ia akan membuatkan perut anda nampak buncit. Sebaiknya pilih baju yang mempunyai material dari sutera atau yang berwarna terang.
8. Elakkan memakai baju yang mempunyai corak horizontal atau melintang kerana ia akan menyebabkan perut anda kelihatan lebih buncit. Bagi menyembunyikan masalah perut buncit tersebut, sebaiknya pilih pakaian yang ada rekaan wrap top atau baju yang mempunyai tali atau ikatan di bahagian bawahnya.
9. Penggunaan baju jenis leher bentuk V atau kurung moden yang mempunyai manik dan jemeki yang dijahit dalam bentuk V juga boleh mengurangkan tumpuan mata pada bahagian perut anda.

Tak Perlu UBAT KURUS Atau SENAMAN BERAT Untuk  Sorok Perut Buncit. Anda Cuma Perlu BIJAK!
10. Selain itu, anda juga boleh tonjolkan bahagian lain badan anda yang dirasakan menarik seperti lengan atau kaki anda. Yang penting, pastikan anda memilih pakaian yang bersesuaian dan menepati tuntutan syariah.

Kredit foto: Instagram Sherry AlHadad dan Miss Claire

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI