Media sosial kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup. Boleh dikatakan setiap perkara banyak mengalami perubahan dengan adanya media sosial.

IKLAN

Ibarat tidak boleh hidup tanpa media sosial. Berpada-padalah kerana ia boleh memberi kesan buruk khususnya kepada kesihatan mental.

Baik dan buruknya pengaruh media sosial bergantung kepada cara kita menggunakannya. Jadilah pengguna media sosial yang bijak. Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan media sosial tidak lagi sihat buat anda.

(a) KETAGIHAN

Ia sangat mudah dilihat apabila seseorang itu seringkali mahu menekan butang log in sedangkan baru saja beberapa minit menekan butang log out.

Ketagihan lain termasuklah sentiasa memantau timeline 24 jam, sentiasa berfikir semua orang perlu tahu apa yang dilakukan melalui status, foto mahupun video serta sentiasa menambah kenalan baru.

(b) GEMAR MENYENDIRI    

Terlalu banyak waktu menggunakan media sosial lebih cenderung untuk anda menyendiri. Aktif di media sosial hanya menjadikan anda lebih banyak berinteraksi dengan kenalan di alam maya saja berbanding di alam realiti. Ini membuktikan media sosial tidak lagi sihat buat anda.

(c) PEKERJAAN TERABAI

IKLAN

Ada kalanya media sosial berada pada tahap prioriti berbanding pekerjaan. Jika anda seringkali bertangguh mahupun mengabaikan pekerjaan utama dengan alasan media sosial maka waspadalah. Kerana ia boleh menghancurkan masa depan anda tanpa disedari.

(d) BOROS

Jika bajet untuk mengisi kuota internet setiap bulan lebih besar berbanding perbelanjaan lain yang lebih penting bermakna media sosial sudah ‘mengganggu’ kewangan anda.

IKLAN

Itu belum lagi ketagihan berbelanja secara online. Bukan hanya mental yang sakit bahkan dompet juga sakit.

(e) KESIHATAN TERABAI

Ada yang sampai ke tahap lupa waktu untuk makan dan beristirahat. Bahkan, sanggup melupakan rasa penat semata-mata untuk bermedia sosial.

Tanpa sedar kesihatan mata juga akan terjejas dek kerana terlalu lama menghadap skrin. Kesimpulannya, tahap kesihatan boleh terjejas hanya kerana terlalu leka dengan media sosial. Amy Mohd

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI