Para wanita dengan rejim kecantikkan memang tak terpisahkan, memiliki kulit cantik putih mulus sememangnya menjadi dambaan para wanita untuk kekal yakin berketerampilan.
Malah aktres jelita, Ayda Jebat juga tidak terkecuali menginginkan perkara serupa. Malah, siapa sahaja yang melihat kulit wajah si genit ini, pasti merasa cemburu.
Menurut, Ayda dia mempunyai cara tersendiri, untuk mengekalkan kulit cantik selama 10 tahun, hanya dengan mengamalkan minuman berasaskan bahan semula jadi.
Cantik Luar Dalam, Ini Amalan Ayda Jebat!
NONA sempat bertanyakan apakah ‘Rahsia’ yang diamalkan Ayda bagi mengekalkan kulit cantik dan mulus meskipun berdepan jadual padat menghadiri pengambaran lakonan dan model, serta dalam masa sama mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu yang menjaga dua orang cahaya mata.
Menurut Ayda, apabila usia sudah meningkat kolagen dalam badan pun makin menurun, pelakon drama bersiri Bukan Cinta Sempurna mendedahkan apabila umur semakin bertambah, dia perlu lebih prihatin tentang kecantikan luaran dan dalaman.
Ads
Asbab, menjadi duta kepada produk Aura White yang bertahan selama 10 tahun ini, Ayda hanya mengamalkan minuman yang memudahkan dia menjaga penampilannya.
Dengan ciptaan ‘all in one formula’, ternyata kolagen terbaru ini memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting pada tubuh wanita.
Ads
Ayda Akui Minuman Kolagen Terbukti Atasi Masalah Kulit!
Ayda menjelaskan, Biotin adalah bahan yang terbaik membantu masalah keguguran rambut dan kuku rapuh. Ia menguatkan struktur kuku dan rambut.
Memang sukar untuk anda mendapatkan vitamin sekiranya ia terdapat dalam makanan, tetapi dengan minuman ini memudahkan cara! Sekaligus dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.
Ads
Apabila usia semakin meningkat, kadar kolagen dalam tubuh menurun, jadi wanita boleh menjana semula protein kolagen dalam bentuk peptida, dengan mengamalkan minuman suplemen tambahan yang menawarkan fungsi ini.
Sekarang dah tau ‘rahsia’ Ayda kan? Boleh lah, jadikan amalan. Tiada yang terlambat demi kecantikan. Kalau nak kecantikan kena usaha. Barulah nampak hasilnya!
Sekadar info, artikel ini adalah artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita dari China, Li BingBing yang cukup terkenal filem-filem lakonannya termasuk Seventeen Years, dan sejak itu, beliau terus menjadi antara ikon cinema terkenal China menerusi beberapa filem lakonannya termasuk A World Without Thieves (2004), Waiting Alone (2005), The Knot (2006), The Forbidden Kingdom (2008), The Message (2009) dan banyak lagi.
Selain dari bakatnya, Li Bingbing juga seorang wanita yang cukup jelita, malah cukup menjaga penampilannya. Ibarat satu kemestian bagi memastikan tubuhnya sentiasa di fasa yang memuaskan, baru-baru ini Li Bingbing yang kini berumur 49 tahun mendedahkan salah satu rahsianya untuk mendapatkan tubuh idaman yang tidak semua tahu.
Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimana Li Bingbing dapat mengekalkan kecergasan tubuh badannya di usia nya kini, menerusi video dikongsikan oleh Douyin, bintang China berkongsikan rahsia diet tertentu yang diamalkan secara konsisten dan tetap. Dalam video itu, Li Bingbing mengatakan yang dia akan memakan sayur-sayuran yang direbus dalam air panas, tiga kali sehari setiap hari.
“Anda hanya perlu merebus air masak dan anda boleh nikmatinya bila-bila. Saya rasa ini adalah cara permakanan yang paling sihat. Ia membantu mengekalkan bentuk badan anda. Saya rasa ia sangat sedap kerana anda boleh merasai rasa asli sayur-sayuran itu,” kata bintang yang pernah muncul dalam filem Hollywood seperti Transformers: Age Of Extinction dan The Meg itu.
Apabila pembantunya bertanya bagaimana Li Bingbing boleh menjamah makanan tanpa secubit garam, Li Bingbing menjawab dengan ringkas “Saya makan dengan fikiran saya.” Jadi, persoalaannya, adakah anda sanggup untuk makan sayuran rebus setiap hari demi tubuh idaman?
Sumber: The Star
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain pemimpin negara yang menyambut Syawal dalam keadaan serba sederhana, golongan selebriti dan personaliti popular tanah air juga tidak ketinggalan meraikan Aidilfitri tahun ini dengan apa adanya. Sedang ralit melihat foto-foto raya di media sosial, gambar terkini Zakiah Anas ‘singgah’ di timeline penulis. Wow, macam tak makan dek usia! Tetap anggun dan memukau seperti dulu. Paling tak sangka, sudah ‘besar panjang’ anak-anak Zakiah Anas ini. Segak dan lawa. Iyalah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Menyambut ketibaan Syawal dengan penuh sederhana tahun ini, Zakiah bagaimana pun akur untuk tidak pulang berhari raya di kampung halaman dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan wabak Covid-19. Walau pun tak dapat berkumpul dengan sanak saudara seperti kebiasaan tapi tetap mengenakan persalinan sedondon dengan suami tercinta.
Potret raya Zakiah Anas tahun ini bersama suami tercinta
Menerusi foto Aidilfitri yang dikongsikan kelihatan Zakiah anggun memakai baju kurung polos. Sementara suami pula segak menyarung kurta. Turut ada dalam gambar Syawal tersebut ialah empat anaknya. Tahun lalu, Zakiah sekeluarga berpeluang beraya di Bagan Serai, Perak dan Melaka namun berbeza pula suasananya tahun ini.
Bukan saja tak dapat beraya di kampung bahkan perniagaan baju yang diusahakan juga terpaksa dibatalkan sejak Ramadan lalu akibat Covid-19. Kongsi Zakiah, “Rindunya suasana di Busana Mara Ramadan tahun lalu. Tahun ni tak dapat berkampung di Bazar Ramadan / Raya Busana Mara, Menara Mara. InshaAllah tahun depan pulak.”
Agak lama tidak mendengar khabar tentang Personaliti TV Popular ini. Nama Zakiah Anas seakan menyepi dari dunia penyiaran, lebih-lebih lagi sebaik dia mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012. Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal. Apatah lagi, dengan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut. Sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Kenangan raya tahun lepas di kampungDi samping anak sulung & bisnes ‘by Zakiah Anas’
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas dilihat lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan. Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Berkongsi di IG miliknya, Zakiah bukan hanya aktif mempromosikan produk busana ‘by Zakiah Anas’ bahkan ibu cantik ini juga berkongsi wajah anak-anak yang semakin meningkat usia. Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya bakal meniti usia 26 tahun sementara anak kedua pula berumur 23 tahun. Biarpun anak-anak dah besar tapi jelitawan ini tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Anak sulung Zakiah Anas
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang. Terdetik juga rahsia Zakiah mengamalkan susuk tubuh langsing. Rupa-rupanya jelitawan ini gemar mengikuti sukan lasak. Lebih menarik, minat yang sama turut dikongsi suami dan rakan-rakan. Patutlah kekal slim!
Antara rakan-rakan yang berkongsi hobi sama seperti Zakiah termasuk Datin Nor Azlina Redzuan, Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim dan Ruhil Shafinaz. Difahamkan Zakiah Anas pernah menawan beberapa puncak gunung seperti di Gunung Keriang, Kedah.
Kredit: Instagram Zakiah Anas
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya ramai yang merindui kelibat dan kepetahan Nurul Syuhada mengendalikan program atau bual bicara di kaca televisyen bukan? Mula menceburi dalam bidang pengacaraan selepas bakatnya dicungkil dari program bakat realiti, Malaysian Top Host pada 2005, kini Nurul Syuhada dilihat sudah memperlahankan aktiviti seninya.
Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini khabarnya sedang menikmati momen-momen indah seorang ibu. Walaupun sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan fokusnya kepada keluarga malah turut aktif di laman sosial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak dan keluarganya.
Baru-baru ini, Nurul Syuhada ada memuat naik sekeping foto dirinya bersama anak-anak telah menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji kecomelan anak-anaknya. Malah ada yang terpesona dan menganggap anak-anak pengacara itu memiliki genetik menarik yang tertentu lantaran rupa paras mereka yang menawan.
Kalau diikutkan, padanlah anak-anak Nurul Syuhadah ini semuanya comel dan manis belaka kerana Nurul Syuhadah sendiri berdarah kacukan. Bekas pengacara Malaysia Hari Ini dan Majalah 3 itu mewarisi darah kacukan dari sebelah bapa mereka. Manakala suami Nurul Syuhada pula, Raja Amir berdarah kacukan Melayu-Australia dari sebelah ibunya.
Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun. Lantas, nenjengah pada ruangan komen hantaran gambar Nurul Syuhada bersama anak-anak di Instagramnya, ramai dilihat memuji kecomelan anak-anak Nurul Syuhadah dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.