Merawat jerawat tak semudah yang disangka. Murah atau mahal produk yang digunakan untuk mencegah jerawat, kalau 5 tabiat buruk ini masih menjadi kebiasaan ia pasti menjadi angan-angan.

SENTUH MUKA DENGAN TANGAN KOTOR

Tabiat ini paling kerap dilakukan. Bakteria dan kotoran yang melekat di tangan boleh merebak ke kulit dan menyumat pori-pori seterusnya mengakibatkan jerawat. Telefon bimbit, peralatan solekan dan peluh boleh juga menjadi punca jerawat. Gunakan tisu bersih ketika menyentuh jerawat. Pastikan kuku sentiasa dipotong dan dibersihkan. Cuci tangan selalu.

RAMBUT KOTOR

Cuci rambut secara rutin sama ada setiap hari, dua kali sehari atau seminggu sekali. Lebih-lebih lagi jika anda berambut panjang. Ini bagi mengelakkan rambut berbau dan menyebabkan ia melekat pada kulit muka sekaligus menyebabkan jerawat.

5 Kebiasaan Buruk Ini Tanpa Sedar Boleh Mengakibatkan JERAWAT Makin Parah

TERBURU-BURU TUKAR PRODUK JERAWAT

Produk bersifat berubat atau merawat sebenarnya memerlukan waktu sebelum berhasil. Tak mungkin terjadi perubahan drastik hanya dalam waktu singkat. Jangan terburu-buru ganti produk kalau masih belum terlihat hasilnya kerana ia memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan atau lebih.

TERLALU KERAP CUCI MUKA ATAU SKRUB

Terlalu kerap mencuci muka boleh menyebabkan jerawat, iritasi dan kulit makin sensitif. Kulit sebenarnya menghasilkan minyak semula jadi bagi melembapkan kulit. Mencuci berkali-kali boleh menyebabkan acne detergicans di mana jerawat timbul kerana reaksi terhadap kandungan dalam pembersih. Bahan kima dalam pembersih juga boleh membunuh bakteria baik yang melindungi kulit dari bakteria jahat. Cuci dua kali sehari saja dengan air atau pembersih. Elak guna skrub jika kulit sedang berjerawat.

SALAH KOSMETIK

Memilih kosmetik yang salah boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat seterusnya mengakibatkan jerawat. Jika kulit anda jenis yang mudah berjerawat pilih kosmetik khas untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI