Kehilangan penceramah dan ulama terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz ke rahmatullah semalam nyata mengundang rasa sedih kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
IKLAN
Sepanjang hayatnya 73 tahun, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan menghabiskan masanya dengan berdakwah dan menyampaikan syiar Islam tanpa kenal erti lelah.
Bahkan sehari sebelum beliau dijemput kembali ke pangkuan Sang Pencipta, Datuk Seri Abu Hassan Din sempat menyampaikan kuliah agama seperti biasa. Tiada langsung sebarang tanda atau reaksi sakit yang tergambar di wajah beliau.
Allahu, moga Allahyarham dikurniakan syurga atas segala jasa baik dan sumbangannya dalam dunia Islam kepada negara!
Bersama balu Allahyarham, Datin Seri Rosbi Shabudin
Turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din ialah selebriti muslimah popular, Heliza Helmi. Berpeluang menziarahi keluarga Allahyarham di kediamannya, Heliza sempat menemu ramah salah seorang anak Allahyarham yang berkongsi keperibadian bapa tersayang.
Dalam sedutan video yang dimuat naik Heliza di Instagram miliknya, anak keempat Allahyarham terbuka berkongsi sisi bapa yang tidak diketahui ramai. Katanya, “Dia memang tak pernah marah, tak pernah tinggi suara, anak-anak buat salah sikit tak pernah tinggi suara… tak pernah marah, tengking.
Dia hanya cakap benda yang bagi kita faham. Memang betul-betul menusuk.. haa, itu je dan kita faham dah. Jadi kami tak berani dah lah nak buat. Dia tak ada macam setengah ayah yang marah, tinggi suara, dia bukan macam tu.”
MashaAllah, bagus didikan Datuk Seri Abu Hassan Din sebagai seorang ayah terhadap anak-anak. Penuh kelembutan dan tegas dalam caranya tersendiri.
Menceritakan kembali detik akhir Allahyarham, anak lelakinya Mohamad Yusri berkata bapa mereka dikatakan tiba-tiba rebah ketika mahu menunaikan solat Subuh dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan telah meninggal dunia.
Suasana di dalam masjid sebelum Allahyarham dikebumikan
Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din merupakan adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada tahun 2016. Pada tahun yang sama juga, Allahyarham kehilangan seorang lagi abangnya iaitu Allahyarham Ishak Din.
IKLAN
Allahyarham Hassan Din merupakan bekas imam di Masjid Negara selain pernah menjadi Penasihat Agama kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Rosbi Shabudin berusia 66 tahun, tujuh orang anak dan 13 orang cucu.
Tenang tengok kehidupan keluarga bahagia Johan dan isteri tersayang, Ozlyn. Walau kedua-duanya selebriti popular dan dikenali ramai namun mereka selesa hidup bersederhana. Yang penting bagi pasangan ini adalah anak-anak dan mendidik mereka sebaik mungkin.
Kalau amati perkongsian pelakon dan pelawak ini di media sosial, kebanyakan posting mereka berkaitan rutin harian bersama anak-anak. Seperti diketahui umum, penyampai radio dan pengacara iaitu Johan seorang bapa yang tegas.
Lebih-lebih lagi apabila berkaitan didikan agama.
Johan dan Ozlynn sering menjadi perhatian masyarakat dan sumber inspirasi kepada para ibu bapa kerana ketegasan mendidik anak-anak serta turut mengasuh mereka mengaji Al-Quran di rumah.
Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz dan Ozlyn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan mereka dikurniakan enam anak iaitu Ahmad Ariq Hanania, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Bersyukur atas anugerah terindah yang dikurniakan dalam perkahwinan ini, Ozlyn yang bakal berusia 42 tahun pada September nanti memuat naik gambar keenam-enam cahaya mata tersayang di media sosial.
Kongsinya, “Cukup la kan? Sudah la, banyak duit nak pakai woo bila anak dah besar ni. Education tak murah eh. 3 boys 3 girls. Kita kena bagi kasih sayang sama rata.
Bila ada anak kecil kadang yang besar makin terabai. Asyik kena beralah. So sekarang kita focus pada 6 ni je.
Harap papa and mama dapat berlaku adil pada korang. Semoga pada semua suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri, saya doakan semoga kalian diberikan rezeki anak yang tidak disangka-sangka.”
Bintang filem Papadom 2 ini menambah, “Yang pada berusaha menjaga anak tak kira ibu or ayah tunggal, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam membesarkan anak-anak, pada anak-anak yang kehilangan ibu atau ayah, jangan berputus asa.
Semoga kita semua disatukan di syurga bersama selamanya.”
MashaAllah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa kini bergelar nenek. Selamat menimang cucu sulung, Ustazah Norhafizah dan suaminya iaitu Ustaz Dr Azahar Yaakub menerima kehadiran bayi comel itu selepas menantu, Aisyah Zafirah melahirkan anak sulung baru-baru ini.
Berkongsi khabar gembira tersebut di media sosial selepas cucu tersayang genap berusia tujuh hari, Ustazah Norhafizah memanjatkan kesyukuran atas kelahiran si kecil berkenaan.
“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah SAW. Alhamdulillah dapat kami sempurnakan akikahnya, tahniknya dan memberi nama kepada bayi solehah ini pada hari yang ketujuh.
Kami namakan si comel ini dengan nama SARA EL LATHEEFA. Mudah-mudahan beliau menjadi wanita solehah, cekal, beriman, rupawan, ilmuan, cantik budi pekerti dan dihiasi kelembutan hati nurani dan tutur kata peribadi mulia.”
Ujar nenek berusia 47 tahun yang juga graduan ijazah kedoktoran (PhD) dalam Psikologi Islam itu, “Kata Tokwannya iaitu Ustaz Dr Azahar makna El-Latheefa itu ialah kelembutan yang memberi impak positif yang besar. Aamiin.
Seluruh ahli keluarga kedua-dua belah merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT. Kami mendoakan agar Asyraf Murtadha dan Aisyah Zafirah dapat menjadi ayah dan ibu yang mithali untuk anak-anak kalian, dididik dengan acuan agama penuh hikmah bijaksana.
Semoga sahabat2 semua sudi mendoakan kebaikan buat keluarga kami dan dijauhkan dari segala kemudaratan.”
Asyraf yang juga anak kedua kepada Ustazah Datuk Dr Norhafizah dan Ustaz Dr Azahar sah bergelar suami Aisyah Zafirah pada tanggal 2 Februari tahun lalu.
Semakin menjadi-jadi perang dingin suami isteri, hingga dibawa ke Mahkamah. Kalau boleh cuba selesaikan dengan cara baik terlebih dahulu. Jangan ikutkan perasaan dan emosi itu.
Kehidupan berumah tangga sememangnya tidak dapat dielakkan daripada dilanda masalah perang dingin yang mana ia merupakan lumrah bagi pasangan berkahwin.
Perang dingin yang melanda pasangan suami isteri ini kebiasaannya berpunca daripada masalah persefahaman. Suami dan isteri yang mendambakan rumah tangga yang bahagia seharusnya mengetahui cara mengatasi setiap masalah yang berlaku.
Ia juga merupakan proses bagi mendapatkan persefahaman selain dapat mempelajari atas kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan demi membentuk rumah tangga yang bahagia.
10 Tip Atasi Perang Dingin
(1) KENAL PASTI PUNCA MASALAH
Perkara pertama yang harus dilakukan apabila berhadapan dengan perang dingin ialah anda seharusnya mengenal pasti punca masalah tersebut terlebih dahulu dan setelah mengenal pasti punca masalah, cari jalan penyelesaiannya dan berjanji kepada pasangan bahawa anda tidak akan melakukannya lagi pada masa hadapan dan jangan mungkiri janji tersebut.
(2) BUANG SIFAT EGO
Sifat ego yang terdapat dalam jiwa manusia sememangnya tidak dapat dibuang dan tidak dinafikan bahawa sesetengah pasangan cenderung untuk menunjukkan ego terhadap pasangannya dan mengelak dari mencuba untuk menyelesaikan masalah.
Sifat ego amat membahayakan keharmonian rumah tangga dan sekiranya terlalu mengikut sifat ego maka masalah yang dihadapi tidak akan selesai malah bertambah buruk.
(3) JANGAN MENCARI SALAH
Ketika berhadapan situasi tegang bersama pasangan, jauhi daripada mencari kesalahan pasangan kerana ini akan menyebabkan keadaan bertambah buruk. Jalan yang terbaik bagi anda yang telah melakukan kesalahan terhadap pasangan ialah anda seharusnya mengaku mengenai kesalahan tersebut dan bukannya cuba mencari kesalahan pasangan pula bagi mengelakkan diri dari masalah tersebut.
(4) JANGAN MENGHUKUM
Jauhi dari sifat yang suka menghukum pasangan dengan apa jua cara ketika di saat anda terlalu marah dengan pasangan kerana bukan sahaja pasangan akan hilang rasa hormat terhadap anda malah akan menghakis keharmonian rumah tangga anda.
Oleh itu dinasihatkan jangan menghukum apabila timbul konflik sebaliknya selesaikan cara baik dengan segera. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.
(5) MENGALAH
Seringkali berlaku di kalangan pasangan berumah tangga ialah ketika berhadapan dengan perang dingin bersama pasangan, mereka tidak mahu mengalah malah mereka lebih cenderung untuk mempertahankan diri masing-masing.
Perkara sebegini yang kebiasaannya akan menyebabkan situasi bertambah buruk. Sesekali cuba mengalah walaupun kesalahan tersebut ternyata bukan disebabkan oleh anda demi menjaga hubungan bersama pasangan dan menjaga keharmonian rumah tangga.
(6) ELAKKAN BAHASA NEGATIF
Bahasa negatif bukan sahaja akan menyebabkan situasi bertambah buruk malah akan menyebabkan perasaan kasih sayang antara pasangan terhakis ini kerana bahasa negatif ternyata akan mengguris hati dan perasaan pasangan.
Cuba gunakan bahasa yang lembut yang lebih bersifat penghargaan dan pujian untuk memujuk hati yang sedang marah. Pastinya pasangan akan sejuk hati dan bersedia untuk berdamai.
(7) BERDEPAN DENGAN PASANGAN
Di dalam dunia yang serba moden ini pelbagai jenis komunikasi boleh digunakan untuk berhubung dan teknologi sebegini yang menghakis keharmonian dan kasih sayang antara pasangan.
Ini kerana terdapat sesetengah individu menggunakan teknologi sebegini untuk menyalurkan rasa tidak puas hati dan kemarahan terhadap pasangan yang mana akan menyebabkan situasi tegang akan berlanjutan berpanjangan kerana saling tidak bersua muka.
Oleh itu, apabila menghadapi konflik, bawa pasangan untuk bersua muka dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi dan cari jalan penyelesaian kerana ia merupakan jalan yang terbaik kerana apabila anda saling bersua muka maka akan timbul rasa rendah hati kerana perasaan kasih sayang yang timbul terhadap pasangan.
(8) JANGAN MENGUNGKIT
Elakkan sama sekali daripada mengungkit kisah lalu kerana ia akan menyebabkan pasangan anda merasa sensitif mungkin kerana kenangan pahit yang dilalui. Mengungkit kisah lalu bukan sahaja membuatkan hubungan anda menjadi tegang bersama pasangan malah boleh mengundang situasi yang lebih buruk.
(9) SENTIASA MEMAAFKAN
Sentiasa memaafkan pasangan anda dan memaafkan kesalahannya kerana ia merupakan jalan yang terbaik untuk mengatasi perang dingin. Ini adalah kerana setelah anda memaafkan pasangan dan melupakan kesalahannya, anda akan tidak lagi merasa tidak berpuas hati atau marah terhadap pasangan sebaliknya hubungan anda akan berjalan seperti sedia kala tanpa masalah. Amalkan untuk saling bermaafan antara satu sama lain.
(10) BERDAMAI
Akhir sekali cuba untuk berdamai bersama pasangan dan tidak dapat dinafikan bahawa terdapat di antara pasangan yang tidak mahu atau tidak tahu untuk memulakan proses ini dan tidak salah untuk anda yang memulakannya terlebih dahulu demi kesejahteraan bersama. KR
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...