Pasangan Instafamous yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina merupakan antara figura yang sering menjadi sorotan netizen dalam setiap tindak tanduk mahupun penampilan yang diperagakan mereka.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah 63kg! Jelas Ana, ketika itu suamilah mentor untuk berdiet dan pembakar semangat sehingga berjaya hari ini.
Dulu Tak Cantik?
Pemilik nama penuh, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan mempunyai muka berjerawat.
Memetik laporan Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik.
Justeru itu, Aina tidak pernah bekecil hati jika suaminya memuat turun foto dirinya dahulu. Ini kerana ada mesej yang tersirat yang ngin disampaikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Ads
Tidak Selesa ‘Lihat’ Diri Sendiri
Aina mengakui pada tahun 2013, berat badannya pernah mencecah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram.
Justeru, untuk mengembalikan keyakinan diri, Hafiz adalah orang yang sanggup memberikan tunjuk ajar serta galakkan kepada Aina untuk menurunkan berat badan.
Ketika temu bual bersama majalah NONA, Aina mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen.
Ads
Dia juga mengamalkan tip pemakanan daripada Hafiz yang sememangya aktif melakukan senaman di gimnasium dan at berdisiplin menjaga pola pemakanannya.
Aina menjelaskan, tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuh badan ramping bagi tujuan kecantikan, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan merasa tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan yang gempal.
Terima Kekurangan Seadanya
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga.
Ads
Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz, gambar yang dimuat turun di laman sosial bukan bertujuan memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Jelasnya lagi, dia mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sejuk mata memandang personaliti diraja Brunei ini! Dikurniakan rupa paras cantik penuh kelembutan, pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bukan hanya menarik perhatian rakyat Brunei Darussalam. Bahkan penampilan baginda sentiasa menjadi tumpuan warga maya di negara ini.
Menyambut ulang tahun perkahwinan ke-18 pada Disember lalu, perkahwinan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pernah mendapat julukan ‘Asian Wedding of the Year’.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang itu, pasangan diraja ini mengenakan persalinan biru yang turut dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.
Pasangan mempelai kemudian dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan.
Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Sarah turut menjadi tumpuan di Malaysia kerana penampilan yang mempesona di samping tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur.
Malah, ada segelintir warga maya mengaitkan selebriti cantik Malaysia iaitu Datin Lisa Surihani memiliki wajah seiras YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anak Sarah.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Hasil perkahwinan selama 18 tahun, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Baru-baru ini, beliau berkenan melancarkan pusat komuniti Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) di Jalan Pengiran Babu Raja, Brunei. Anggun mengenakan tudung bawal polos mint green dan baju kurung bercorak bunga, penampilannya cukup bersederhana namun terserlah kecantikan semula jadi.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah juga merupakan penderma darah di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sememangnya lambang wanita inspirasi bagi seluruh rakyat Malaysia. Ke mana sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad pergi menghadiri majlis atau jemputan rasmi… pasti di situ jugalah kelibatnya setia menemani suami di sisi. Sambil berjalan seiringan dan berpegangan tangan, setiap mata yang memandang turut ‘tercuit’ rasa betapa romantisnya pasangan ini.
Hadir dalam majlis ‘My Voice My Nation Malaysia 2019’ di Axiata Arena malam tadi, pemimpin kesayangan Malaysia ini sekali lagi menjadi contoh suami isteri inspirasi kepada setiap pasangan yang berkahwin.
Mana tidaknya, di saat bahtera perkahwinan hampir meniti usia 7 dekad… kemesraan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah tetap mekar hingga ke hari ini.
Berkongsi kisah kehidupannya bersama isteri tercinta, Tun Mahathir yang dilantik menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sama sekali menzahirkan rasa bertuah kerana berjaya mengharungi alam perkahwinan tidak kira dalam keadaan susah mahupun senang.
“Hidup saya bertambah baik setiap hari dengan perkahwinan selama 63 tahun Hasmah (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali). Saya tidak pasti bagaimana beliau melakukannya selama ini tapi beliau berjaya menunaikannya.
Kata orang di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada wanita. Saya tidak pasti saya termasuk dalam golongan itu atau tidak kerana sampai hari ini saya masih bekerja dan dinilai pada setiap masa.”
Pasangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 1956 dan hasil perkongsian hidup Tun M dan Tun Siti Hasmah dikurniakan tujuh anak iaitu tiga perempuan dan empat lelaki. Mereka ialah Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lama tak dengar khabar Sasha Saidin. Sejak berkahwin dengan jejaka kelahiran Pulau Pinang pada Januari 2020, penyanyi cantik ini tidak lagi aktif dalam dunia seni dan memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang. Apatah lagi, Sasha kini menetap di luar negara.
Aktif berkongsi aktiviti harian dan perkembangan keluarga di media sosial, Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin kian bahagia di samping anak dan suami tercinta.
Sebaik kembali bergelar isteri selepas lapan tahun menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Sasha yang sah bergelar suri hati Sirhan Wahab memutuskan untuk berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengikuti suaminya bertugas dalam sektor kewangan di sana.
Berdasarkan posting di Instagram, kakak Zain Saidin ini berkongsi suasana Ramadan di Dubai dan kelihatan anggun berseri-seri tatkala mengenakan hijab.
Bukan hanya penampilan Sasha menjadi perhatian peminat bahkan anak lelakinya iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono atau mesra disapa Arya juga menarik tumpuan ramai kerana makin kacak dan tinggi lampai.
Ibu berusia 46 tahun ini turut berkesempatan berkongsi momen menunaikan solat tarawih bersama anak tersayang pada 1 Ramadan lalu. Walau bakal menghampiri usia 50 tahun namun pesona dan wajah cantik Sasha dikagumi peminat.
Malah ada yang berpandangan penampilan Sasha tidak ubah seperti zaman anak dara dan kekal awet muda!
Jelitawan ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 namun berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Sasha kemudian bernikah dengan jejaka Indonesia iaitu Salyo Priyanto pada tahun 2007.
Bagaimana pun rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama dan bercerai pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Adam Aryasenna Notosoemarsono yang berusia 14 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dilahirkan dalam keluarga jutawan dan tersohor, satu kelebihan buat anak gadis kepada pasangan usahawan, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida ini.Menariknya,...