Mengenali Jutawan Kosmetik, Dato’ Seri Vida ini, beliau merupakan seorang wanita yang peramah dan ceria. Namun jauh di sudut hatinya masih mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki yang bergelar suami.

IKLAN

Tak Serik Berkahwin Lagi, Dato’ Sri Vida Kekal Berdoa & Harap Cik B Faham

“Ikut kata hati saya ada jodoh yang sedang menanti. Tetapi, kali ini saya harap jodoh datang sendiri dengan penuh keiklhlasan dan kasih sayang. Saya berdoa ada jodoh tapi mencari jodoh mungkin tidak,” tutur Dato’ Seri Vida sambil memandang pewaris empayar perniagaannya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen.

Tak Serik Berkahwin Lagi, Dato’ Sri Vida Kekal Berdoa & Harap Cik B Faham
Foto: Instagram @cikb_havoc66

Tak Serik Berkahwin Lagi, Dato’ Sri Vida Kekal Berdoa & Harap Cik B Faham

Menurut wanita yang berasal dari Kelantan ini, anak gadisnya begitu melindunginya apabila menyentuh soal jodoh. “Bukan saya tak suka mama berkahwin lagi tapi saya tak mahu mama dia terluka lagi,” jawapan jujur Cik B ketika ditanya jika ibunya berkahwin lagi.

Tak Serik Berkahwin Lagi, Dato’ Sri Vida Kekal Berdoa & Harap Cik B Faham

Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman hanya tersenyum mendengar jawapan anak gadisnya sambil berkata, “Sikit masa lagi Cik B akan memahami,”.

Sedikit masa dahulu Dato’ Seri Vida begitu terkenal dengan imej memakai tiara atau crown. Terdetik untuk bertanya tentang penampilan kini yang lebih kasual dan anggun. “Simboliknya crown itu adalah trade mark dan satu ‘takhta’ yang perlu kita pegang dan tak beri orang ambil takhta itu sebagai queen atau taikun dalam industri kesihatan dan kecantikan.

Tak Serik Berkahwin Lagi, Dato’ Sri Vida Kekal Berdoa & Harap Cik B Faham

IKLAN

Kini saya cuba nak lari dari imej blink-blink and that why saya pakai more young and casual. Namun, crown tu macam tak boleh dipisahkan, kalau tak ada crown tu rasa macam bukan saya. Crown tu umpama dah sebati dengan saya,” ungkap wanita yang menetap di Ipoh, Perak ini.

Tak Serik Berkahwin Lagi, Dato’ Sri Vida Kekal Berdoa & Harap Cik B Faham

Dato’ Seri Vida langsung tak terkesan dengan kata-kata orang bila anak-anak berniaga ketika masih bersekolah. “Terlalu muda anak-anak saya berniaga? Kalau awak nak tahu, saya dulu darjah 6 pun dah ada bisnes. Tapi keadaan saya dulu sangat berbeza dengan anak-anak saya sekarang. Saya memulakan perniagaan hanya sebatang kara tanpa sokongan daripada sesiapa.

IKLAN

Tak Serik Berkahwin Lagi, Dato’ Sri Vida Kekal Berdoa & Harap Cik B Faham

Ramai ibu bapa takut bila anak-anak berniaga dalam keadaan masih bersekolah atau belajar. Sebenarnya bila berniaga sambil belajar akan membuat kita lebih matang dalam pelajaran kita. Sebab itu dulu saya tak pergi sekolah sangat pun tapi masih dapat keputusan yang baik,” kongsi Dato’ Seri Vida.

Tak Serik Berkahwin Lagi, Dato’ Sri Vida Kekal Berdoa & Harap Cik B Faham

*

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI