
Memiliki rupa paras yang menawan, pandai bergaya dan yang paling penting bijak, itulah istimewanya puteri sulung kepada lelaki terkaya dunia, Bill Gates. Dikenali sebagai Jennifer Katharine Gates, atau nama mesranya Jenn Gates berusia 25 tahun ini merupakan tunangan kepada Nayel Nassar seorang usahawan dan professional show jumper berketurunan Mesir.


Dipetik daripada laporan Richouse, Jenn Gates bakal mewarisi kekayaan keluarganya. Akan tetapi walau bergelar anak hartawan, Jenn Gates bukanlah seorang yang suka mempamerkan gaya hidup mewah. Dia lebih selesa menjalani kehidupan biasa sama seperti gadis-gadis lain yang bebas menikmati kehidupan bersosial sesuai usia remajanya.
Apatah lagi, sikap ini turut dididik oleh ibu bapanya sejak kecil agar sentiasa hidup bersederhana serta rajin membantu orang lain termasuk dengan adik beradik. Bill dan Melinda tidak mahu anak-anak mereka bergantung sepenuhnya kepada kekayaan yang dimiliki.

“Kami mahu memberikan sesuatu yang seimbang. Mereka bebas melakukan apa saja tetapi dalam masa yang sama kami tidak mahu terlalu memanjakan anak-anak dengan wang yang boleh membuatkan mereka leka dan tidak melakukan apa-apa,” bicara Bill Gates yang dipetik daripada Cheatsheet.
KENALI JENN GATES
Dilahirkan dan dibesarkan di Seattle, Washington, Jenn Gates mempunyai 2 orang adik bernama Phoebe dan Rory. Sejak kecil hubungan mereka sangat rapat dan ini dibuktikan melalui perkongsian di Instagram Jenn Gates yang sering berkongsi gambar dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama 2 adiknya itu. Kadang kala, Jennifer buat throwback dengan memuat naik foto mereka semasa kecil. Sweet sangat kan?
Dilahirkan dalam keluarga jutawan, sudah tentu Jenn Gates diberikan taraf pendidikan yang terbaik daripada ibu bapanya yang mahu melihat dia berjaya. Pada tahun 2018, Jenn Gates berjaya menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti terbaik dunia iaitu Universiti Stanford dalam bidang biologi. Tidak terhenti di situ, Jenn Gates kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan di Icahn School of Medicine, Mount Sinai.

Menurut Jenn Gates, minatnya terhadap dunia perubatan dicetuskan daripada kedua ibu bapanya sejak kecil. Mereka sering berbual mengenai tahap kesihatan kanak-kanak sedunia setiap kali waktu makan malam sekaligus mencetuskan hasratnya untuk mendalami bidang sains khususnya berkaitan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
GADIS LASAK
Selain bijak, gadis cantik ini juga seorang yang lasak rupanya. Sejak usianya 6 tahun, Jenn Gates telah menunjukkan minatnya terhadap sukan elit iaitu berkuda. Memetik daripada beberapa media antarabangsa, minatnya itu berlarutan sampai ke saat ini sehingga digelar atlet berkuda terhandal. Sudah banyak pertandingan disertainya dan Jenn Gates turut berkongsi momen-momen tersebut di media sosial.




Kalau dah namanya jiwa lasak, apa jua aktiviti ekstrem pasti hendak dilakukan. Di Instagramnya, Jenn Gates dilihat sering berlibur di beberapa tempat dan melakukan pelbagai aktiviti lasak antaranya skydiving, water ski dan berenang bersama ikan luma-lumba. Sesuatu yang jarang-jarang dibuat oleh seorang gadis mahupun wanita! Hanya yang berjiwa kental saja akan berani buat, kan?


Satu lagi keistimewaan Jenn Gates ialah seorang yang prihatin. Sikap ini benar-benar diwarisi daripada ibu dan bapanya yang gemar membantu sesama insan sekaligus memberi inspirasi kepada masyarakat seluruh dunia. Walaupun masih muda namun Jenn Gates seorang yang berwawasan tinggi seiring dengan kebijaksanaan yang dimiliki. Bersama projek-projek masa depan yang dirancang kemas, Jenn Gates berhasrat membantu lebih ramai orang kelak.
Kredit Foto: Instagram Jennifer Gates
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





Mari kita kenali siapa Dr Juita yang berusia 39 tahun ini.
Dr Juita atau nama sebenarnya, Dr Siti Juita Mastura Mohd Saleh merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini sudah pun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Bapanya seorang Pengurus Ladang yang kini telah bersara, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.
“Walaupun ibu seorang suri rumah tapi beliau sangat mementingkan akademik. Dulu ibu selalu teman saya belajar dan duduk di sebelah sambil baca suratkhabar. Kalau saya belajar sampai pagi, ibu akan temankan saya sampai ke pagi juga,” kongsi Dr Juita tentang pengorbanan ibunya.





















Dulu saya sering memandang ringan terhadap solat lima waktu. Alhamdulillah kini saya menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelumnya. Saya menjadi Mona Din yang baru. Mudah lembut hati dan emosi juga lebih tenang.