Kunjungan Majalah Nona ke Alor Setar membawa kami bertemu seorang usahawan muda, cantik dan berjaya, Nurul Nabihan Azmi atau Bihan yang merupakan pengasas produk kosmetik terkenal Bihan Girly Makeup (BGM).
Berusia 34 tahun, Bihan sebenarnya merupakan wanita kelahiran Kelantan namun membesar dan menetap sejak kecil di Kedah. Mula menubuhkan Bihan Girly Makeup (BGM) pada tahun 2015, bisnes kosmetik ini mula menembusi pasaran sejak lapan tahun lepas.
Selain mahir bersolek dan bercakap soal kecantikan, ibu anak tiga ini menjadikan minat menghias rumah sebagai terapi fikiran. Dengan bantuan suami yang pernah berkecimpung dalam bidang firma seni bina, mahligai Bihan bertambah seri dengan konsep moden mewah.
Ads
Ads
Ads
Suka dengan rona emas sebagai penaik seri, Bihan mengambil masa sekitar 3-4 bulan untuk menyiapkan rumah idamannya. Paling suka tengok kawasan dapur Bihan yang kemas dan menggunakan kabinet rona hitam. Membangkit aura mewah!
Sejarah tercipta di Switzerland apabila pemain skuasy nombor satu negara, S. Sivasangari merangkul kategori emas Grasshopper Cup 2026 pada 26 April lalu. Kejayaan itu diraih atlet wanita berusia 27 tahun berkenaan selepas menewaskan pemain ranking ketujuh dunia dari Jepun, Satomi Watanabe dalam aksi sengit selama 62 minit.
Lebih manis, kemenangan S. Sivasangari tersebut hanya 24 jam sebelum final bermula selepas dia mengharungi perlawanan separuh akhir selama 81 minit menentang pemain Mesir, Amina Orfi.
Pemain skuasy kelahiran Kedah ini menumpaskan Watanabe 3-2 meskipun dia ketinggalan di set kedua dan ketiga. Namun di set keempat dan kelima sekaligus dinobatkan Juara Grasshopper Cup 2026.
Ia sekaligus melayakkan S. Sivasangari melonjak ke ranking kelima dunia yang merupakan kedudukan tertinggi dalam kerjayanya.
Ratu skuasy ini juga melakar pencapaian peribadi menjadi pemain Asia pertama dalam tempoh lapan setengah tahun untuk menembusi kelompok lima terbaik dunia.
Kejohanan ini menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD 133,000 bagi kategori lelaki dan wanita atau bersamaan lebih RM525,000!
Ini merupakan kejuaraan keduanya selepas turut menjadi juara Australian Open 2026 Champion pada Mac lepas.
Personaliti aktif ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 pada 24 Januari lalu. Namanya menjadi bualan peminat sukan skuasy selepas dia merangkul gelaran juara London Squash Classic pada April 2024.
Sejak itu, Sivasangari Subramaniam disebut-sebut sebagai pengganti Datuk Nicol Ann David. Mengimbas kembali insiden hitam yang pernah dilalui, Sivasangari bukan hanya perlu menerima hakikat terlepas beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022 kerana nahas jalan raya.
Malah dia terpaksa menanggung kesakitan kerana mengalami keretakan di bahagian muka dan tulang belakang serta menjalani pembedahan. Pun begitu, iltizam dan sikap optimis Sivasangari berjaya membuatkan dirinya segera bangkit dan berjuang.
Dia berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2019 untuk melanjutkan pengajian selepas menerima tajaan biasiswa di Cornell University. Sivasangari merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) Komunikasi Sains pada Mei 2023.
Dia juga mendapatkan bimbingan dan latihan sukan skuasy daripada bekas lagenda skuasy Australia, David Palmer. Malah, menjadi pelajar universiti di Cornell pertama memenangi Individual National Championship dan dianugerah Ivy League Player of the Year.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat anak seni ini. Mempunyai nama besar dalam industri seni tanah air, kesungguhan Dr Norzizi Dato’ Zulkafli menimba ilmu dan memartabatkan seni sememangnya wajar dijadikan inspirasi. Bersandarkan pencapaiannya dalam akademik dan karier seni, wanita kreatif ini wajar diangkat sebagai ikon anak seni berjaya!
Kejayaan Dr Norzizi menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media di University of Wollongong, Australia sekitar tahun 2017 menjadi bualan ramai.
Apatah lagi waktu itu tiga anaknya masih kecil dan baru berusia lima, tiga dan dua tahun. Namun atas sokongan suami tercinta, Bayu Utomo Radjikin, Dr Norzizi mampu merealisasikan hasrat menggenggam PhD.
Kini, anak kepada seniman Allahyarham Dato’ Zulkafli Zain dan Datin Normala Omar ini merupakan Ketua Pengajian Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Difahamkan dia diberi kepercayaan menggalas tugas itu sejak tahun 2017 lagi.
“Saya akan menyambung semula lantikan selama dua tahun lagi. Memegang Ketua Jabatan sejak 2017. InshaAllah ini term yang terakhir. One more term to go! Terima kasih buat para Pensyarah Pengajian Seni Persembahan yang sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang terbaik buat jabatan.
Terima kasih dan love semua! Terima kasih buat Pengurusan Tertinggi Kolej Pengajian Seni Kreatif dan UiTM. Dengan bismillah, kita teruskan lagi tugas kita semua dan moga saya mampu memberikan yang terbaik, satu term lagi. Ayuh, team Seni Persembahan!”
Bukan hanya mencurah bakti sebagai tenaga pengajar dalam arena seni malah Dr Norzizi tetap aktif di pentas teater.
5 Mac lalu, dia berpeluang mengadakan persembahan Monodrama Autobiografi ‘Dan Di Senja Itu’ di Institut Seni Indonesia Padang Panjang. Bakat yang dipertonton kepada khalayak cukup memukau dan meraih pujian!
Sebelum ini, Dr Norzizi terkenal sebagai pengacara program kuiz kanak-kanak itu ‘Di Mana Joe Jambul’ pada tahun 1990an.
Dia juga pernah membintangi filem Syukur 21, Cicakman dan pementasan teater Throne of Thorns.
Moga pencapaian membanggakan Dr Norzizi sebagai anak seni, pensyarah, ibu dan isteri menjadi suntikan semangat buat lebih ramai wanita agar terus mengejar impian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermula dari sekadar cinta pandang pertama, hari ini pasangan jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo berkongsi momen anniversary ke-9 mereka disamping dua cahaya mata tersayang, Kingston dan Terrance.
Paling menarik perhatian apabila bekas pemain nombor satu di dunia itu turut ‘mengusik’ si isteri dengan isu viral, ikan siakap Langkawi.
“Ulang tahun perkahwinan kali ini ‘low-key’ sikit. Tapi saya akan belikan ikan siakap dari Langkawi itu (untuk kamu).” Datuk Lee Chong Wei
Gurauan beliau mencuit hati peminat yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di media sosial.
LUCU
Kisah pertemuan kali pertama pasangan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo pernah viral tahun lalu, apabila jaguh badminton itu berkongsi bagaimana beliau mula menyimpan perasaan terhadap isterinya seawal usia 15 tahun.
“Suatu masa dahulu, ada seorang budak mentah kurus kering umur 15 tahun naik bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur bagi menyertai kejohanan badminton. Penuh semangat bagi membuktikan kemampuannya dan cuba menempatkan diri dalam skuad kebangsaan.
Namun, pada penyertaan pertamanya dia hanya dapat beraksi dalam acara beregu campuran dan bukan acara kegemarannya iaitu perseorangan tetapi dia tetap bersemangat.
Memasuki dewan pertandingan, dia sangat fokus dan dalam otak cuma nak menang saja. Hanya fikir mengenai taktik lawan, strategi, tiupan angin dan keadaan dewan, gelanggang sebelah mana lagi ‘Ong’ dan kata-kata motivasi daripada coach.
Namun, semua persiapan mental itu masuk longkang apabila dia melihat gadis berusia 14 tahun wakil Selangor. Cara dia jalan masuk gelanggang, memanaskan badan… sangat elegan, sangat cantik. Lemah terus lutut itu budak Penang (Pulau Pinang).
Nak minta nombor telefon tetapi dia dijaga oleh kakak dan ibu bapanya. Jadi, budak mentah itu merasakan satu cara mencuri perhatiannya adalah dengan kemenangan di dalam gelanggang.
Dalam kejohanan itu, semua pukulan smash, drop dive dan chop adalah untuk mengagumkan dia. Setiap kali mengutip mata, matanya curi-curi mencari di sekeliling mengharapkan dia melihatnya.
Budak mentah itu adalah saya dan bidadari di gelanggang itu sudah pasti isteri saya Wong Mew Choo.” Datuk Lee Chong Wei
ROMANTIS
Mendirikan rumah tangga sejak 2012, tarikh 10 November setiap tahun pastinya menjadi hari istimewa buat Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo.
Lelaki kelahiran Bagan Serai, Perak itu menerusi hantaran di media sosial menampilkan sisi lucu dan romantiknya dalam satu ucapan istimewa yang ditujukan khas buat isteri yang nyata mencuit hati peminat.
Beliau dalam masa sama, turut mengimbas kembali saat melamar isterinya dalam keadaan gementar.
“Saya tidak tahu bermimpi sehingga saya bertemu kamu. Beberapa tahun lalu, ketika saya melamar kamu di Gold Coast, ia adalah merupakan saat yang paling gementar dalam hidup saya.
Lebih gan-jiong (pinjam sikit ayat Boon Heong) daripada perlawanan akhir Olimpik. Lebih gan-jiong dari mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Saya berlatih banyak kali (untuk melamar), tetapi apabila saya membuka mulut saya masih gagap dan lari dari nada.
Jantung saya jatuh apabila kamu berdiam selepas saya bertanyakan soalan itu. Adakah saya tidak baik? Saya tidak hensem? Saya lihat di cermin, bukan Andy Lau tetapi masih boleh cari makan muka saya.
Tetapi nasib baik, selepas lama berdiam, kamu menitiskan air mata dan bersetuju.” Datuk Lee Chong Wei
Tambahnya, beliau bagaikan tidak percaya apabila dapat disatukan dengan pilihan hatinya itu sejak mula jatuh hati ketika berusia 15 tahun.
“Sehingga hari ini saya bagaikan tidak percaya, kita bersama. Dengan dua anak dan dengan masa depan yang saya tidak sabar untuk harungi bersama kamu.
Saya berjanji dengan ibu bapa awak yang saya akan melindungi awak.
Saya masih berpegang kepada janji itu. Matahari dan langit juga sanggup saya curi untuk kamu, sekiranya kamu mahu.”
Sumber: Instagram Datuk Lee Chong Wei
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengurusan projek sering menjadi faktor yang membezakan antara pembangunan yang berjaya dengan sebaliknya. Di sebalik setiap pembangunan hebat, semuanya bermula dengan perancangan yang tepat.