IKLAN

 

Memasuki minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu, lebih ramai pereka fesyen tempatan yang popular meninggalkan seketika tugas-tugas seharian menyiapkan pakaian rekaan masing-masing untuk menyumbang kepada negara iaitu menjahit pakaian PPE untuk barisan frontliners yang sememangnya amat memerlukan pakaian tersebut dalam kuantiti yang banyak sehari.

“Tak Terlintas Akan Jahit Baju PPE Untuk Frontliners”. Khoon Hooi Keluar Bajet Sendiri Sebagai Tanggungjawab Sosial

Seorang lagi pereka fesyen terkenal Khoon Hooi menyertai projek menjahit PPE apabila dia sendiri mencari ruang menyumbang kepada barisan Frontliners. Segalanya bermula apabila dia menerima pelawaan beberapa rakan pereka fesyen untuk menyertai projek tersebut setelah mendapatkan individu yang menyediakan pakaian PPE untuk dibekalkan ke hospital Kuala Lumpur.

“Tak Terlintas Akan Jahit Baju PPE Untuk Frontliners”. Khoon Hooi Keluar Bajet Sendiri Sebagai Tanggungjawab Sosial

“Tanpa membuang masa, saya mengeluarkan bajet sendiri dan memberi satu kodi kain non woven material yang boleh menghasilkan sehingga 600 pasang PPE. Kain tersebut dihantar kepada saya dengan jumlah yang lebih dari apa yang saya beli. Ini menunjukkan bagaimana pihak lain juga ikhlas menyumbang untuk menyediakan set pakaian tersebut,” ujar Khoon Hooi ketika dihubungi.

“Tak Terlintas Akan Jahit Baju PPE Untuk Frontliners”. Khoon Hooi Keluar Bajet Sendiri Sebagai Tanggungjawab Sosial

“Lebih istimewa, saya tidak mengambil masa yang panjang untuk berfikir mengenai perlaksanaan projek ini. Dalam masa beberapa hari, saya berusaha merialisasikan projek bantuan ini dnegan kerjasama rakan-rakan yang turut sama ingin menyumbang kepada negara dengan cara menggunakan kepakaran yang kami ada iaitu menjahit.” sambung Khoon Hooi yang mempunyai butik di APW, Jalan Riong Bangsar ini.

IKLAN

Sebagai salah seorang pereka fesyen yang mempunyai jenama yang kukuh di Malaysia, Khoon Hooi tidak kisah mengeluarkan sedikit bajet untuk membeli sendiri barangan yang diperlukan untuk menjahit PPE memandangkan ia merupakan salah satu cara dia menunjukkan rasa prihatin dan cintakan negara di saat setiap individu memerlukan kerjasama antara satu sama lain.

“Memandangkan saya mempunyai kepakaran dalam soal jahitan, serta peralatan yang sesuai digunakan, jadi saya ambil insiatif ini untuk sama-sama membantu. Malah saya kagum melihat ramai di kalangan pereka fesyen mengambil inisiatif menjahit pakaian PPE ini dalam keadaan negara amat memerlukan bantuan. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban petugas kesihatan yang saya dapati terpaksa menjahit sendiri pakaian PPE memandangkan penggunaannya melebihi hari biasa.”

“Tak Terlintas Akan Jahit Baju PPE Untuk Frontliners”. Khoon Hooi Keluar Bajet Sendiri Sebagai Tanggungjawab Sosial

IKLAN

Ketika ditanya mengenai situasi perniagaannya, Khoon Hooi tidak menafikan Perintah Kawalan Pergerakan telah menyebabkan dia turut terkesan dari pelbagai segi terutamanya dari segi jualan kerana baharu sahaja melancarkan koleksi Spring 2020.

“Sudah tentu perniagaan saya terjejas apatah lagi saya baharu melancarkan koleksi Spring 2020 di mana terdapat stok yang belum diambil dan belum dibayar kerana stokis yang berurusan dengan kami di Timur Tengah dan Eropah turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan di negara masing-masing.

“Tak Terlintas Akan Jahit Baju PPE Untuk Frontliners”. Khoon Hooi Keluar Bajet Sendiri Sebagai Tanggungjawab Sosial

Malah koleksi Aidilfitri yang dihasilkan oleh ramai pereka fesyen  juga bakal terjejas sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan dan orang ramai mengambil sikap untuk tidak berbelanja seperti selalu menjelang Aidilfitri.Walau bagaimanapun, koleksi Raya bukanlah koleksi utama kami. Tetapi kesannya tetap ada.”

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI