Nama Datuk Aishah bukanlah asing dalam industri muzik tempatan. Kekuatan lantunan vokalnya menjadikan barisan lagunya terus mewarnai dunia hiburan tanah air. Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Syurga Di Telapak Kaki Ibu serta Tiada Lagi Tangisan antara senarai lagu yang masih segar di minda biarpun sudah melangkah ke tahun 2022. 

Ads

Tampak Muda,Sihat & Berseri, Peminat Teruja DATUK AISHAH Turun Berat Badan Lagi, Hilang 50KG!

Baru-baru ini, menerusi perkongsiannya di laman Instagram, penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990, memuat naik sebuah gambar tentang perbandingan saiz tubuh badannya. Melihat dari kedua-dua foto tersebut, ternyata Aishah semakin berseri, tampak muda dan semakin kurus.

Umum tahu bahawa Aishah tidak menyimpan rahsia tentang pembedahan bariatrik yang dilakukannya pada empat tahun lalu. Hasil dari pembedahan tersebut, juara Gegar Vaganza ke-4 (GV4) itu berjaya mendapat bentuk badan yang diidamkan. Namun, sehingga hari ini, hasil dari usahanya, Aishah sudah hilang sebanyak 50kg.

Jauh perjalanan..weight loss journey. Gambar kiri minggu ketiga GV4, gambar kanan terbaru semasa shooting MV single terbaru ‘ Dari Jauh’..50 kg loss

Tambahnya lagi, dia masih mempunyai misi untuk menurunkan dua kilogram berat badannya, namun ramai yang menasihatinya untuk tidak menjadi terlalu kurus.

Ads

Tampak Muda,Sihat & Berseri, Peminat Teruja DATUK AISHAH Turun Berat Badan Lagi, Hilang 50KG!

Ramai yang memuji dengan penampilannya yang terbaru ini dengan mengatakan bahawa Aishah tampak lebih sihat dan berseri.

Ads

Tampak Muda,Sihat & Berseri, Peminat Teruja DATUK AISHAH Turun Berat Badan Lagi, Hilang 50KG!Ada juga yang turut menjadikan perjalanan kisahnya sebagai sebuah inspirasi buat diri mereka.

Sumber gambar: Instagram Datuk Aishah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI