Rihana Petra atau nama sebenarnya Oksana Andreyevna Voevodina ialah Model Russia dan pemenang pertandingan ratu cantik Miss Moscow 2015. Wanita yang pernah suatu ketika dahulu dikaitkan dengan kerabat diraja Kelantan dan juga ibu kepada seorang cahaya mata comel, Ismael Leon ini juga seorang pempengaruh terkenal dan seringkali memuatnaik perkembangan terkini diri dan anaknya di media sosial.
Sememangnya Rihana Petra cukup dikenali dek kecantikan dan kejelitaannya yang tidak boleh disangkal lagi. Dan terbaru, Rihana Petra ada mendedahkan tip untuk tampil cergas dan cantik yang diamalkannya untuk tampil anggun menjelang tahun baru khas untuk pengikut-pengikutnya melalui 3 langkah mudah dalam tempoh 9 hari!
Untuk tiga hari pertama, nasi gandum boleh menjadi menu harian anda. Sebelum dikisar, ia boleh dikukus terlebih dahulu.
Anda boleh rendam 280 g beras selama sepuluh jam dalam air kunyit dan bayam. Safron dan bayam membuatkan hidangan anda warna yang menarik serta rasa yang lazat. Kemudian, masak nasi dan bahagikan kepada enam bahagian yang sama.
Ads
Sekadar gambar hiasan
Peringkat pertama detox berfungsi untuk membersihkan badan pada peringkat sel. Beras bertindak sebagai penyerap semula jadi – ia mengumpul bahan berbahaya dan mengeluarkannya dari badan. Di samping itu, beras menghilangkan lebihan natrium dan air. Ia mempercepatkan metabolisme, menormalkan tekanan darah, menghilangkan kebengkakan.
Sebutir beras mengandungi lapan asid amino yang diperlukan untuk membina sel baru. Beras mengandungi banyak fosforus, zink, kalium, iodin dan zat besi. Vitamin B memperbaiki keadaan kulit, rambut dan kuku.
Ads
Pengambilan Protin – 3 HARI!
Pada peringkat kedua diet ini, proses metabolik dipercepatkan dengan meningkatkan pengambilan protein. Sekaligus lebih banyak lemak tambahan dibakar. Berbanding dengan daging ayam lain, daging ayam belanda kurang berair dan berminyak, menawarkan kepelbagaian protein dan vitamin dalam komposisi. Ia mengandungi 95 asid amino penting, set lengkap vitamin B, kalium, kalsium dan zink.
Sekadar gambar hiasan (Kredit foto: Naturevia)
Pemulihan – 3 HARI!
Pada peringkat akhir, pengambilan sayur-sayuran – segar dan rebus. Hidangan sayur-sayuran adalah sentuhan terakhir bagi membantu badan anda untuk lebih selesa sebelum memasuki fasa pemakanan harian.
Ads
Terdapat tiga hidangan berbeza dalam menu. Tumis sayur anda tanpa minyak sama ada tomato, zucchini, atau terung. Crudité (sayur-sayuran yang besar – lobak merah, timun, saderi) adalah mudah dan cepat dimakan di tempat kerja mahupun di mana-mana. Salad “khas” (kubis, lobak dan ubi bit merah) membantu menghilangkan toksin.
Sekadar gambar hiasan
NONA doakan semoga kita semua dapat memiliki tubuh idaman dengan kesihatan terbaik menjelang tahun baru ini!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di kalangan wanita topik seperti kecantikan, fesyen, kesihatan dan gaya hidup sering menjadi perbualan setiap kali berjumpa dengan teman-teman baik.
Bukan saja dapat bertukar-tukar pendapat dan idea bahkan mereka juga dapat mengeratkan lagi persahabatan setelah masing-masing sibuk dengan urusan kerja.
Dr Azni, Shafira dan Azlin tiga sahabat baik yang mempunyai persamaan antaranya berkaitan fesyen dan kecantikan.
SALING KONGSI KISAH SUKA DUKA
“Selalunya kalau berjuma kami suka bercakap tentang kehidupan termasuk ketawa tentang hal-hal remeh. Ketawa sangat penting kerana ia banyak membantu saya mengatasi tekanan hidup. Selalunya kami akan jumpa pada waktu makan tengah hari atau minum petang.
Saya suka fesyen dan suka meneroka warna dan corak. Ia umpama menjadikan diri saya seperti orang baru setiap hari.” kongsi Dr Azni yang merupakan seorang pensyarah.
Bagi Shafira Dalina pula, setiap kali berjumpa biasanya mereka sama-sama berkongsi cerita dan pengalaman suka duka bagi mengeratkan hubungan mereka yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing.
“Bercakap tentang fesyen, fashion is ever-evolving. Sebelum mencuba sesuatu fesyen penting untuk seseorang itu melihat kesesuaian bentuk badan, ketinggian serta warna kulit.
Saya menggemari motif-motif yang menyerlahkan ciri-ciri wanita seperti ruffles, pleats, embellishment, renda dan sebagainya. Saya begitu menitikberatkan tentang perincian dan kualiti. Walau seringkas manapun saya sentiasa berusaha untuk menyerlahkan penampilan dengan cara tersendiri.”
Shafira Dalina Kamarudzaman merupakan Eksekutif di salah sebuah bank dan kini berusia 38 tahun.
Sementara Azlin Zulkharnain berpendapat, apa lagi yang sering dibualkan oleh golongan wanita kalau bukan gosip.
“Gosip tu sebenarnya sekadar penambah rasa saja. Takkan sepanjang masa nak kena serius saja, pasti membosankan. Kami banyak berkongsi tentang cerita, pengalaman dan saling memberi atau bertukar idea tentang sesuatu perkara.
Pandangan saya tentang fesyen ialah bagaimana seseorang mengekspresi dirinya melalui penampilan. Fesyen melambangkan karakter dan cita rasa seseorang. Tak semua trend sesuai kerana banyak faktor yang perlu dititikberatkan agar tak menjadi mangsa fesyen.”
Usahawan berusia 33 tahun ini lebih selesa memilih gaya praktikal yang bukan saja memberi keselesaan bahkan meningkatkan lagi keyakinan dirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang menyangka, bila bertudung hitam maknanya kita boleh mengadunkan semua jenis warna dalam solekan.
Gambar hiasan; Instagram @alyimm
Memang benar warna tudung hitam boleh menyerap semua warna yang diaplikasikan dalam solekan tetapi kombinasi yang paling menyerlah adalah mempertegaskan solekan mata.
Gambar hiasan
Satu tip Nona, pembayang mata rona gelap benar-benar menyerlah untuk penampilan seperti ini. Ikuti tip solekan ini agar penampilan anda dalam tudung hitam tampak lebih menawan.
Pelembap kulit merupakan asas kepada solekan sempurna. Kulit yang lembap dari dalam menyerlah solekan di luar. Jangan sekali lupa sapu pelembap sebelum bersolek. Risau kulit berminyak selepas bersolek? Sapu pelembap dalam gerakan bulatan arah lawan jam.
Gambar hiasan
Inovasi dalam solekan memudahkan tugas bersolek. Sediakan wajah dengan semburan primer yang berasaskan bahan-bahan semula jadi. Hasilnya solekan sama rata dan tidak berbelak-belak nanti.
Bedak asas yang sering menjadi pilihan wanita hadir dalam bentuk stick. Mudah dibawa ke mana-mana dan senang disapu. Aplikasi sempurna bedak asas bentuk ini diperoleh dengan sapuan berus khusus agar sempurna dan sekata.
Sembunyikan cela pada wajah dengan penyamar noda. Titipkan penyamar noda pada daerah yang dikehendaki dan tepuk lembut menggunakan tangan agar tidak bercapuk solekan yang telah tersedia.
Teknik kontur boleh membantu membentuk wajah atau menyempurnakan wajah seseorang. Sapu highlighter pada atas tulang pipi atau bawah mata jika mahu kesan segar dan berseri. Boleh juga meruncingkan bentuk pipi dengan sapuan gelap pada tulang rahang.
Cipta soket mata dengan mengikut alis mata yang terbuka. Kemudian ratakan rona biru gelap agar lebih sempurna. Eksperimentasi dengan rona keemasan disapu sempurna demi sebuah gaya yang menggoda.
Bentuk kening membawa seribu satu makna, benar begitu? Melukis kening memerlukan latihan yang rapi. Jika mengikut cara solekan kening orang Korea, lebih gemar kening yang mendatar. Lukis kening dan penuhkan ruangan kosong dengan sapuan lembut pengalit kening.
Tidak salah mengoles lipstik merah cili walau solekan mata sudah mendominasi solekan. Sapu pelembap bibir sebelum lipstik agar kelembapan kulit bibir terus terpelihara. Ratakan dengan sempurna pada bibir kemudian oles pengilat bibir agar lebih tahan lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuch Kuch Hota Hai antara filem blockbuster Bollywood yang cukup dekat di hati para penonton Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan sampai sekarang pun masih ramai yang mengingati plot cerita dan skrip filem tersebut.
Diterbitkan sekitar tahun 1998, filem yang menampilkan pelakon berbakat India seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee ini turut berjaya melonjakkan nama barisan pelakon lain.
Salah seorang daripadanya ialah pelakon cilik waktu itu yang melakonkan watak sebagai Anjali atau anak kepada Shah Rukh Khan yang merupakan pemilik nama Sana Saeed!
23 tahun telah berlalu, pasti ramai peminat filem lagenda ini tertanya-tanya wajah terkini pelakon cilik tersebut. Daripada figura kanak-kanak comel yang begitu menghiburkan, kini ‘Anjali’ berubah menjadi wanita matang dan seksi.
Dilahirkan pada 22 September 1988, Sana tidak hanya aktif dalam dunia lakonan bahkan turut terlibat dalam bidang pengacaraan dan peragaan.
Difahamkan Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Kerjaya seni Sana bermula ketika dia baru berusia 8 tahun dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebelum dia kemudian membintangi filem komedi romantik School of the Year yang memainkan watak dewasa pada tahun 2012.
Selain filem Kuch Kuch Hota Hai, Sana turut pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega.
Pada tahun 2013, wanita yang berusia 33 tahun ini mengacarakan MTV Splitsvilla Sexy Sanashow. Dari awal pembabitan Sana dalam dunia lakonan, dia tidak pernah mendapat restu daripada bapa tersayang. Namun, ibunya sentiasa di sisi dan menyokong kerjaya seni Sana.
Memetik kenyataan Sana dalam Times of India, “Ibu saya adalah orang pertama yang membawa saya ke dunia lakonan dan dia juga sentiasa ada bersama saya. Bapa pula tidak pernah menyokong keputusan saya untuk menjadi seorang pelakon.”
Bersandarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki, Sana turut pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.
Menerusi perkongsian Sana di Instagram miliknya, aktres Bollywood ini difahamkan telah berada di Los Angeles.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.