Kenangan Ramadan tahun lalu pastinya menjadi memori paling sukar dilupakan Nur Irdiena Hakim. Pada tanggal 18 Mei 2019 bersamaan 13 Ramadan 1440 Hijrah itulah arwah ibunya yang juga pengasas kosmetik Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad telah kembali ke rahmatullah.

IKLAN

Pemergian arwah bukan hanya mengejutkan ahli keluarga bahkan rakan pengusaha kosmetik dan masyarakat yang mengenalinya turut terkesan dengan khabar sedih tersebut. Arwah Faziani Rohban dilaporkan meninggal dunia setelah terbabit kemalangan jalan raya bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim di Pattani, Thailand.

Difahamkan ketika itu mereka sedang dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala untuk memberi sumbangan. Mengakui cukup terkesan dengan kehilangan arwah ibu tersayang, anak perempuan arwah yang mewarisi wajah Faziani Rohban ini meluahkan rasa rindu saat Ramadan datang menjelma tahun ini.

“Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN “Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN “Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN

“Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN “Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN

Kongsi Irdiena, “Hanya di sini tempat untuk aku mencari kekuatan, di pusara bonda tercinta. Bonda, ini adalah tahun pertama yang sangat berat bagi kami iaitu membuat persediaan bagi permulaan bulan Ramadan tanpa seorang ibu. Tanpa suaramu, tiada lagi ketukkan sahur darimu, tiada lagi arahan darimu.

Ya Allah begitu cepat masa berlalu. Ya Allah kuatkan hati serta seluruh ahli keluarganya untuk menempuhi hari-hari yang akan mendatang tanpa adanya insan yang paling mereka cintai. Al-fatihah – Faziani bt Rohban Ahmad. Salam Ramadan, semoga Ramadan kali ini membawa seribu kerahmatan dan keinsafan kepada semua umat Islam.”

IKLAN
“Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN
Kenangan bersama arwah ibu tersayang
“Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN
Arwah bersama suami tercinta, Ahmad Shah Rizal Ibrahim

“Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN “Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN “Tanpa Suaramu, Tiada Lagi Ketukkan Sahur Darimu…” Anak Luah ‘Kehilangan’ FAZIANI ROHBAN

Apa yang pasti, pemergian Faziani Rohban ‘dicemburui’ ramai kerana arwah dijemput pulang bertemu Sang Pencipta pada bulan yang mulia dan dalam keadaan dirinya sedang membuat kebaikan. Allahu, mungkin inilah ganjaran yang diberikan kepada insan berjiwa pemurah yang tidak lokek berkongsi rezeki saban tahun terutamanya melibatkan pelajar-pelajar tahfiz.

IKLAN

Bahkan beberapa hari sebelum ajalnya, arwah sempat menjemput pelajar Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah untuk mengaji di kediamannya selama 40 hari bermula pada hari yang ditakdirkan jatuh pada hari arwah meninggal dunia. Majlis tahlil yang sepatutnya dibuat untuk arwah bapa yang telah meninggal dunia pada bulan Ramadan kira-kira 15 tahun lalu rupa-rupanya menjadi majlis tahlil untuk dirinya sendiri.

Lebih menyentuh hati, arwah juga sudah empat tahun menghulurkan sumbangan kepada madrasah berkenaan dalam bentuk makanan, barang keperluan dan kewangan tanpa pengetahuan ramai. Namun segala jasa dan amalan baik arwah akhirnya diketahui masyarakat pada hari dia meninggal dunia. Semoga kebaikan yang dilakukan arwah Faziani Rohban menjadi inspirasi dan ikutan buat semua untuk saling membantu golongan yang memerlukan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI