Peminat filem dan sinetron Indonesia pasti sangat mengenali wajah bintang kacukan Belanda, Inneke Koesherawati, 42, ini. Meskipun memutuskan untuk berhijab dan memberi tumpuan kepada suami serta anak-anaknya, Inneke tetap menjadi buruan media dan jenama terkenal di sana.

Ibu kepada Siti Rahlia Ibrahim dan Muhammad Rahlil Ibrahim itu juga turut menerapkan gaya hidup Islamik dalam keluarga mereka.

IKLAN

Salah satu amalan yang dikongsi adalah cara mengejutkan anak-anak yang lena tidur agar bangun bersolat Subuh. Inneke turut berkongsi satu cerita yang menyedarkan dirinya tentang hal ini.

Ada seorang wanita bertanya kepada mufti, “Bagaimana caranya membangunkan anak-anak saya yang sedang tertidur nyenyak untuk solat Subuh?”

Mufti menjawab dengan bertanya semula kepada wanita tersebut, “Apa yang akan kamu lakukan jika rumahmu terbakar dan pada saat itu anak-anakmu sedang tidur nyenyak?” 

Wanita tersebut berkata, “Saya pasti akan membangunkan mereka dari tidurnya.”

Mufti menjawab, “Bagaimana jika mereka sedang tertidur nyenyak?”

Wanita itu kemudian menjawab, “Demi Allah! Saya akan membangunkan mereka sampai benar-benar bangun, jika mereka tidak bangun juga, saya akan menarik dan menyeret mereka sampai keluar dari rumah.”

Mufti kemudian menjawab, “Jika itu yang kamu akan lakukan untuk menyelamatkan anak-anakmu dari api dunia, lakukanlah hal yang sama untuk menyelamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak.” (Abuya As-Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki)


“Itupun kalau kamu sayang sama anakmu. Kalau tidak pasti kamu tidak akan membangunkannya dengan alasan kesianlah, biarkanlah, jangan ganggu tidur merekalah.

Padahal secara tidak sedar, kita telah memasukkan anak kesayangan kita ke api neraka. Bayangkan satu kali solat, 5,000 tahun kita telah memanggang anak kita di atas api neraka. Nauzubilah, semoga kita selalu menyayangi orang-orang terdekat dengan kita semua,” ujar Inneke.

IKLAN

Katanya lagi, dia amat terkesan dengan cerita itu dan berjanji tidak akan membiarkan dirinya melakukan hal yang sama.

Inneke turut menyatakan bukan maksudnya untuk mengajar orang lain lain, sekadar berkongsi amalan dan semoga ia bermanfaat buat semua.

Jiwa Fesyen

Duta pelbagai jenama terkenal seperti Wardah Cosmetics dan Sunsilk itu juga mempunyai kisah menarik di sebalik pemakaian hijabnya.

Hidup Inneke dikatakan mula berubah selepas membaca surah An-Nur dan Al-Ahzab iaitu ayat yang memerintahkan kaum wanita agar menutup aurat.

IKLAN

Akui Inneke, kala itu dia sudah lama tidak membaca Al-Quran. Bahkan mushaf suci tersebut sudah berdebu kerana terlalu lama tidak dibuka.

Ilmu mengaji yang dipelajari saat kecil membuatkan Inneke lancar membaca huruf demi huruf dan ayat demi ayat dengan lancar.

“Saya belum bercadang untuk berhijab lagi waktu itu. Apatah lagi banyak kontrak sinetron yang menanti. Tiba-tiba sampailah pada surah An-Nur dan Al-Ahzab, semuanya berubah! Hati saya seperti digerakkan oleh hidayah.

Sejak itu saya tekad mengenakan hijab termasuk menjaga kehidupan secara Islamik. Sampai sekarang saya yakin hijab tidak pernah menghalang rezeki, malah makin bertambah dan mengalir dengan izin-Nya.” Norzalina Mohd Alias

Kredit: Instagram @inekekoes