Pelakon Tasha Shilla selamat melahirkan bayi perempuan pada 5 September 2022 sekitar pukul 10.37 pagi.
Anak kedua Tasha seberat 3.19 ilogram itu dilahirkan secara pembedahan. Menurut suami pelakon jelita itu, Muhammad Atiq Idris, proses pembedahan mengambil masa sekitar 45 minit namun segalanya berjalan dengan lancar. Bayi dan isterinya juga berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.”
Kongsi suami Tasha lagi, dia turut menemani Tasha di dalam bilik pembedahan serta berterima kasih kepada doktor yang bertugas.
“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.
Ads
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan.”
Pasangan ini memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka itu. Nama tersebut sememangnya telah dipilih sejak awal lagi.
Ads
Tasha atau sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak yang kini berusia 35 tahun sebelum ini memaklumkan dia bakal melahirkan anak keduanya itu secara pembedahan.
Tasha dan Atiq mendirikan rumahtangga pada 28 Februari 2020.
Ads
Anak sulung mereka diberi nama Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.
Ketika memaklumkan dirinya hamil anak ke-2, anak sulung Tasha sudah pun berusia 10 bulan.
Selamat berpantang buat Tasha serta dipermudahkan segala urusan buat dia dan suami.
Kredit Foto: Instagram Tasha Shilla
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terletak di Setia Alam, mahligai mewah Dianah Hanani, founder Dians Signature bukan sekadar tempat berteduh tetapi sebuah mahligai impian yang memancarkan ketenangan.
Sebagai pengasas Dians Signature, pasangan ini telah mencipta rumah yang bukan hanya indah dipandang tetapi juga sarat dengan elemen spiritual melalui sentuhan kaligrafi Islam.
Dianah, kini berusia 27 tahun manakala suami Muhammad Khairulazman, 31, merupakan pasangan usahawan muda yang berjaya membina empayar seni yang tersendiri. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aryan dan Ayana.
Rumah mereka menggabungkan konsep moden mewah dengan nuansa warna kelabu dan emas yang memberikan rasa eksklusif tetapi tetap nyaman. Setiap sudut rumah dirancang teliti, mencerminkan citarasa tinggi mereka dalam seni hiasan dalaman.
Jom tinjau keindahan mahligai mewah pasangan ni dalam Nona Lifestyle, cukup indah dan menenangkan…
Salah satu daya tarikan utama adalah ruang tamu luas dengan dekorasi minimalis tetapi elegan. Keindahan ini diperkaya lagi dengan hiasan kaligrafi Islam yang bukan sahaja menjadi elemen dekoratif, tetapi juga menghidupkan suasana spiritual di dalam rumah.
Menariknya, kediaman ini turut dilengkapi dengan ‘Inaya Black Edition’, iaitu rangkaian kaligrafi surah pilihan seperti Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas dan Al-Kafirun yang disusun secara eksklusif di bahagian tangga, memberikan sentuhan Islamik yang moden.
Terletak di Setia Alam, mahligai mewah Dianah Hanani, founder Dians Signature bukan sekadar tempat berteduh tetapi sebuah mahligai impian yang memancarkan ketenangan.
Dapur mereka adalah kombinasi sempurna antara fungsi dan estetika. Warna kelabu perak yang mendominasi memberikan kesan moden yang bersih dan kemas. Turut dilengkapi dengan ciri pintar seperti pengecas telefon terbina dalam, ia direka untuk memudahkan gaya hidup pasangan usahawan yang sibuk.
Tidak ketinggalan, bilik tidur utama mereka juga mencuri tumpuan. Suasana mewah tetapi nyaman, dengan pencahayaan lembut dan dekorasi yang tenang, menjadikan bilik ini sebagai tempat istirahat terbaik selepas seharian bekerja.
Walaupun berkongsi perniagaan dan kehidupan, Dianah dan Khairulazman berjaya memisahkan urusan kerja dan rumah tangga. Mereka percaya bahawa kejayaan bukan sekadar material, tetapi juga kepuasan dalam memberi manfaat kepada orang lain.
Perniagaan mereka, yang menampilkan hiasan dinding kaligrafi Islam berkualiti tinggi, telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor, membuktikan dedikasi mereka dalam menjaga kesucian ayat suci.
Rumah ini bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi juga bukti bahawa dengan usaha gigih, perancangan yang teliti, dan keikhlasan dalam berniaga, seseorang mampu mencapai impian mereka.
Bagi mereka yang mencari inspirasi dalam dekorasi rumah berkonsep moden Islami, mahligai pasangan ini adalah contoh terbaik bagaimana elemen mewah dan spiritual boleh digabungkan dengan harmoni.
Siapa Acacia Diana dan kenapa namanya tiba-tiba tular di media sosial. Ya, Acacia Diana seorang jurugambar muda yang kreatif, aktif dan berpengalaman. Dikurniakan bakat membidik dan merakam gambar diselangi paras yang menawan, siapa menyangka dia menjadi mangsa hendapan seorang lelaki selama bertahun-tahun lamanya.
Dia bukan model, peragawati atau pun selebriti. Namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa tiada siapa yang terlepas dari menjadi mangsa ‘stalker’ baik lelaki mahupun perempuan.
Acacia mengakui telah melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan diri daripada diganggu termasuk membuat laporan polis, berpindah ke luar negara dan memaklumkan pelakuan lelaki itu kepada keluarga suspek.
Acacia juga turut berkongsi dirinya terpaksa melalui pelbagai kejadian tidak menyenangkan sepanjang dirinya diekori, antaranya pelaku mengekorinya ke tempat kerja sehingga ke rumah. Malah, Acacia mendedahkan pelaku turut membuka 30 akaun palsu semata-mata untuk mengendapnya.
Bangkit mempertahan diri, dan enggan dirinya dijadikan mangsa perilaku tak bertamadun, namun tak semua usaha Acacia berhasil! Suspek masih lagi tidak berhenti menganggunya malah sanggup mengikut Acacia ke United Kingdom. Lalu, Acacia terpaksa ‘jalan lain’, iaitu menggunakan media sosial untuk mendedahkan identiti lelaki yang menghendap beliau sejak lapan tahun lalu.
Walaupun tahu dirinya bakal menjadi perhatian umum, namun tindakan Acacia membuktikan dirinya bukan insan yang lemah dan mudah membiarkan dirinya diganggu tanpa henti, walaupun Acacia sudah membuat laporan polis berhubung gangguan seksual secara dalam talian telah sejak 2018.
Dan hari ini, Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan bekas pereka sambilan yang berdepan tuduhan menghendap dan melakukan gangguan berulang terhadap jurugambar wanita menjalani pemerhatian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama sebulan, sekaligus menjadi individu pertama di Malaysia didakwa atas kesalahan ‘stalking’.
Polis turut menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) selepas kes gangguan terhadap jurugambar itu tular di media sosial. Berdasarkan sumber Gempak, Acacia mengakui dirinya masih trauma dan sehingga kini masih rasa dirinya diperhatikan.
Walau apa pun, NONA cukup kagum dengan semangat dan kekentalan jiwa Acacia yang bangkit mempertahankan privasi dirinya dari berterusan diekori dan dicabuli. Semoga kisah Acacia ini menjadi inspirasi buat semua wanita untuk sentiasa berhati-hati.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos 2021 akibat wabak COVID-19 amat memberi kesan dan dianggap sebagai kematian yang dicemburui. Satu pengakhiran terindah dalam keadaan husnul khatimah.
Memetik kata-kata daripada pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya:
“Subhanallah, ada beberapa tanda husnu khatimah pada kematian Sarah. Antaranya kematian kerana wabak dan melahirkan anak. Masya-Allah. Ia merupakan kematian yang baik (husnu khatimah).”
Selepas pemergian arwah, satu persatu kebaikannya didedah sama ada dari insan yang dikenali mahupun tidak. Namanya ‘harum’ sampai ke kota Mekah kerana turut didoakan serta diadakan solat ghaib buat arwah di Masjidil Haram. Benarlah, pemergiannya sangat dicemburui. Allah SWT mengatur perjalanan ke destinasi terakhirnya cukup indah. Masya-Allah.
PERSAHABATAN EZAN & SARAH
Kita sedia maklum, Shuib dan Sarah sangat rapat dengan penyanyi Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan (Ezan). Hubungan yang pada mulanya sekadar sebagai peminat dan artis, akhirnya bertukar menjadi sahabat yang sangat akrab. Bukan sekadar dalam industri bahkan dalam kehidupan peribadi, mereka umpama adik beradik.
Gambaran keakraban ini telah dikongsi oleh Ezan (isteri Mark Adam) tentang sikap dan kebaikan Sarah sepanjang mereka bergelar sahabat. Menurut Ezan, arwah Sarah yang paling gembira bila dirinya mula berhijab.
Dapat disimpulkan, persahabatan mereka lebih kepada sahabat dunia akhirat. Menurut Ezan, tanah suci Mekah menjadi saksi kenangan terindah mereka. Inilah sahabat dunia akhirat, buat kebaikan sama-sama dan susah senang pun bersama.
“Banyak sebenarnya kalau nak dikongsikan, mungkin boleh buta mata ni menangis. Tapi bila tengok ramai sangat yang post pasal arwah, yang berkongsi pengalaman mereka dengan Sarah..happy sangat. Kenangan di Mekah itu lagi tak boleh lupa. Itu saya akan kenang sampai mati.
“Dialah yang paling excited sebenarnya yang nak bawa kami ke Mekah. Cerita nak pergi ke umrah ni macam magik. Kalau Allah tak jentik kita untuk pergi ke sana kita tak akan pergi. Kebetulan waktu tu saving kami belum cukup untuk ke sana.
“Kami cakap pada Shuib, kalau ada rezeki kita pergi. Tuhan nak permudahkan kami, last minute lepas. Pasport, visa dan medical check-up semua lepas. Itulah momen paling happy. Bersukur sangat-sangat.
“Di sana (Mekah) kami buat derma sama-sama. Sarah cakap, kalau ada duit lebih sikit dekat sini (Mekah) belilah roti banyak-banyak, kita sedekah kat orang sini.
“Kami beli banyak berplastik-plastik. Ada 4 plastik kalau tak silap. Semua orang yang kami jumpa kami bagi roti-roti tu.
“Esoknya kami plan lagi. Sarah cakap nak beli Quran nak wakafkan di masjid sini (Mekah). Pergi pula cari Quran, benda ni kami buat sama-sama. Saya beli dalam 20 naskhah, Sarah pun beli. Setiap orang kami berikan Quran tu. Momen tu memang susah nak lupa.
“Lepas balik umrah, Sarah ada suarakan hasrat untuk datang lagi dan kali ni nak bawa anak-anak. Tapi tak sempat nak pergi.”
Selain amalan Sarah yang gemar bersedekah, Ezan turut terinspirasi dengan sikap arwah sebagai seorang isteri yang baik dan taat. Ini nasihat Ezan buat buat wanita-wanita di luar sana untuk menjadi isteri yang baik.
“Sayangilah keluarga suami kerana bila kita sayang keluarganya kitalah wanita yang paling dia (suami) sayang.”
Kredit Foto: Instagram @ezzpowers
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.