Siapa Acacia Diana dan kenapa namanya tiba-tiba tular di media sosial. Ya, Acacia Diana seorang jurugambar muda yang kreatif, aktif dan berpengalaman. Dikurniakan bakat membidik dan merakam gambar diselangi paras yang menawan, siapa menyangka dia menjadi mangsa hendapan seorang lelaki selama bertahun-tahun lamanya.

8 Tahun Dihendap, Akhirnya Pelaku Diberkas! Kisah ACACIA DIANA Suntik Inspirasi Wanita Bangkit Pertahan Diri!

IKLAN

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Acacia Diana (@acaciadiana)

Dia bukan model, peragawati atau pun selebriti. Namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa tiada siapa yang terlepas dari menjadi mangsa ‘stalker’ baik lelaki mahupun perempuan.

Acacia mengakui telah melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan diri daripada diganggu termasuk membuat laporan polis, berpindah ke luar negara dan memaklumkan pelakuan lelaki itu kepada keluarga suspek.

8 Tahun Dihendap, Akhirnya Pelaku Diberkas! Kisah ACACIA DIANA Suntik Inspirasi Wanita Bangkit Pertahan Diri!

8 Tahun Dihendap, Akhirnya Pelaku Diberkas! Kisah ACACIA DIANA Suntik Inspirasi Wanita Bangkit Pertahan Diri!

8 Tahun Dihendap, Akhirnya Pelaku Diberkas! Kisah ACACIA DIANA Suntik Inspirasi Wanita Bangkit Pertahan Diri!

Acacia juga turut berkongsi dirinya terpaksa melalui pelbagai kejadian tidak menyenangkan sepanjang dirinya diekori, antaranya pelaku mengekorinya ke tempat kerja sehingga ke rumah. Malah, Acacia mendedahkan pelaku turut membuka 30 akaun palsu semata-mata untuk mengendapnya.

Bangkit mempertahan diri, dan enggan dirinya dijadikan mangsa perilaku tak bertamadun, namun tak semua usaha Acacia berhasil! Suspek masih lagi tidak berhenti menganggunya malah sanggup mengikut  Acacia ke United Kingdom. Lalu, Acacia terpaksa ‘jalan lain’, iaitu menggunakan media sosial untuk mendedahkan identiti lelaki yang menghendap beliau sejak lapan tahun lalu.

Walaupun tahu dirinya bakal menjadi perhatian umum, namun tindakan Acacia membuktikan dirinya bukan insan yang lemah dan mudah membiarkan dirinya diganggu tanpa henti, walaupun Acacia sudah membuat laporan polis berhubung gangguan seksual secara dalam talian telah sejak 2018.

IKLAN

Dan hari ini, Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan bekas pereka sambilan yang berdepan tuduhan menghendap dan melakukan gangguan berulang terhadap jurugambar wanita menjalani pemerhatian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama sebulan, sekaligus menjadi individu pertama di Malaysia didakwa atas kesalahan ‘stalking’.

8 Tahun Dihendap, Akhirnya Pelaku Diberkas! Kisah ACACIA DIANA Suntik Inspirasi Wanita Bangkit Pertahan Diri!

Polis turut menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) selepas kes gangguan terhadap jurugambar itu tular di media sosial. Berdasarkan sumber Gempak, Acacia mengakui dirinya masih trauma dan sehingga kini masih rasa dirinya diperhatikan.

IKLAN

Walau apa pun, NONA cukup kagum dengan semangat dan kekentalan jiwa Acacia yang bangkit mempertahankan privasi dirinya dari berterusan diekori dan dicabuli. Semoga kisah Acacia ini menjadi inspirasi buat semua wanita untuk sentiasa berhati-hati.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI