Wang memiliki kuasa yang besar dalam memastikan sesuatu acara berjalan dengan lancar dan semestinya ia menjadi taruhan untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik.
Terbaru, ketiadaan nama Kendall di dalam senarai para peragawati yang akan berjalan di pentas tahunan fesyen Victoria Secret akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan yang dirinya kini merupakan wajah rasmi pesaing Victoria Secret iaitu La Perla. Berapalah agaknya bayaran yang diterima Kendall untuk persetujuannya menjadi wajah rasmi jenama ini.
We are very sure there are a huge amount of money involved.
La Perla merupakan sebuah jenama mewah asal Itali yang bermula dengan menawarkan rekaan pakaian dalam. Namun kini perniagaan jenama ini telah berkembang ke rekaan lain seperti busana ready to wear, kasut, beg, baju tidur dan pakaian renang.
Baru sahaja melancarkan kempen Fall Winter 2017 menampilkan wajah baru mereka iaitu Kendall dalam pengambaran yang cukup menawan dipenuhi bunga, jom kita tengok!
Pemilihan model ini dilihat sebagai satu langkah tepat La Perla bagi menjadikan jenama mewah ini memiliki daya tarikan yang lebih muda biarpun harga baju dalam yang dijual sangat mahal mencecah ribuan ringgit!