Tidak lokek dengan senyuman dan ramah, Dr Tengku Ezulia, wanita berusia 31 tahun memilih kerjaya profesional sebagai pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Orangnya bukan sahaja cantik, berperwatakan menarik ditambah dengan kebijaksanaannya merencanakan kehidupan demi masa depan menjadi kelebihan buat dirinya kerana bukan calang-calang individu boleh mendapat gelaran doktor pakar dalam usia yang begitu muda.
Walaupun rutin hariannya sebagai doktor perubatan yang sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan, dia tidak pernah merasa terbeban lantaran minat yang mendalam dalam bidang ENT sejak kecil lagi.
“Saya mengambil masa lapan tahun untuk membina karier pada tahap kini dan berjaya memenuhi sebahagian daripada impian untuk mendalami pengkhususan telinga, hidung dan tekak (ENT). Malah, saya memilih cabang tersebut kerana merasakan ENT adalah masalah biasa yang dialami sesiapa sahaja”, jelasnya yang mesra dipanggil Dr Lea.
Wanita kelahiran Kota Bharu Kelantan ini mahu menjadi antara orang yang mampu mengatasi masalah berkaitan ENT selain melihat peluang kerjaya dalam bidang itu terbentang luas kerana tidak ramai yang mahu menceburinya.
Ads
“Saya sendiri dihujani dengan pelbagai pertanyaan berkaitan dengan ENT sejak saya menceburi bidang perubatan. Namun apa jua bidang yang saya pilih, yang penting tetap digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya yang turut menerima tawaran memperaga fesyen (modeling) jika mempunyai masa terluang.
Ujar Dr. Lea, ENT memberi cabaran yang tersendiri yang mana telinga, hidung dan leher melibatkan lokasi kritikal berhubung dengan organ-organ penting seperti otak, mata, rongga pernafasan, salur darah yang besar pada leher dan saraf-saraf penting.
Ads
Kefahaman dari segi anatomi dan kemahiran yang tinggi diperlukan untuk seseorang itu mahir dalam bidang tersebut. Dia juga tidak menolak untuk menambahkan lagi kepakarannya dalam bidang rinologi dan pangkalan tengkorak untuk meletakkan satu lagi tahap pencapaian yang diimpikan.
Di hospital saya merupakan seorang doktor bukan social influencer. Saya tidak akan sesekali mencampur-adukkan antara minat dan kerjaya. Walaupun ramai yang mengenali saya aktif di Instagram, saya masih meletakkan batasan untuk membawa imej fashionista apabila mula menyarung uniform kerja terutama apabila masuk ke dewan bedah kerana saya perlu mematuhi setiap etika kedoktoran,” katanya yang amat mementingkan kualiti dalam kerjaya dan kehidupan.
Bercerita pula peranannya sebagai social influencer, sememangnya Dr Lea tidak pernah menganggap ianya sebagai satu batu loncatan untuk glamor dan dikenali. Malah, Dr Lea menggunakan platform tersebut untuk mendidik wanita muda untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Ads
“Saya melihat industri fesyen dan kecantikan sentiasa dimeriahkan oleh mereka yang mempunyai kerjaya profesional. Agak sayang jika mereka meninggalkan kerjaya mereka demi populariti dan wang ringgit semata-mata.Sebagai golongan muda yang masih mempunyai kudrat, jangan takut untuk mencuba sesuatu lebih daripada kemampuan diri walaupun nampak mencabar.
“Tidak menjadi satu masalah untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa kerana banyak benda yang boleh dipelajari di samping menimba pengalaman.Saya sendiri banyak menerima respons daripada pelajar-pelajar perubatan dan doktor pelatih yang mengatakan mereka terbeban dan penat dengan dunia perubatan.
“Pendapatannya mungkin tidak berbaloi dengan apa yang mereka lakukan sekarang, tetapi saya telah berjaya melakukannya dan saya tahu betapa ia ‘bernilai’. Percayalah, semuanya akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.
“Cuba untuk bertahan dan fikirkan kembali niat sebenar sebelum terjun ke bidang yang dipilih. Populariti bukan segalanya, biarlah ia ‘berisi’ dengan ilmu dan kemahiran kerana itulah yang akan mencerminkan diri kita,” ujarnya yang sempat menitipkan nasihat sebelum mengakhiri bicara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun umur dah masuk 38 tahun, suami kepada pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta ini tetap nampak babyface!
Orang kata, lelaki ni kalau makin berusia makin kacak.
Sepadanlah dengan Che Ta yang anggun jelita.
Sempena ulang tahun kelahiran Zain Saidin yang ke-39 tahun pada 23 Februari 2023, Che telah memuat naik beberapa hantaran di Instagramnya.
Siap ‘throwback’ gambar-gambar lama Zain ketika muda lagi dengan kapsyen ‘nakal’ yang mencuit hati.
“Ya Allah! Handsome nyer @zainsaidin23 Time ni la dia ngorat kiter wak.”
“Happy 38th Birthday sayang …”
Che Ta turut memuat naik gambar berduanya bersama Zain. So romantic!
Di sekali lagi menitipkan ucapan birthday buat suami tersayangnya itu sambil memuji dirinya sendiri: –
“Happy birthday to the man who has the best-looking wife in the world!”
Ini pula respon para pengikut Che Ta di ruangan komen: –
Tiga jam kemudian, Che Ta memuat hantaran terbarunya: –
“Don’t worry, I brought you a fabulous gift: ME!”
Untuk info, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin merupakan seorang pelakon dan model. Antara drama lakonan Zain ialah Kiah Pekasam daan Awan Dania 3.
Adik bongsu kepada Sasha Saidin ini berdarah campuran Melayu-Inggeris. Bapanya berketurunan Melayu manakala ibu warga British.
Zain berkahwin dengan Che Ta pada 13 Disember 2013.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat cantik iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aniq Ezra Azuar Effendy dan Ammar Effendy.
Semoga Zain dan Che Ta kekal bahagia sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rata-rata di media sosial, asyik isteri saja yang mengadu suami tak pandai menghargailah, tak romantiklah, tak pandai jaga hatilah. Tapi sebagai isteri, sempurnakah kita?
Sesekali, hadiahkanlah kebahagiaan istimewa buat cik abang. Tak semestinya wang ringgit.
Hormat
Dalam Islam pun di tegaskan wanita untuk menghormati suami kerana syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Janganlah asyik meninggi suara jika suami tak tolong di dapur.
Menghormati suami bukan hanya ungkapan di bibir tetapi dengan memberi kepercayaan, galakkan dan membina keyakinan suami.
Jadilah seorang pendengar, bukan pengkritik!
Apabila suami meluahkan perasaan, mungkin hal berkaitan pejabat, cubalah jadi pendengar yang baik. sesekali suarakan juga pendapat anda tapi janganlah berlebih. Takut hilang mood suami nak bercerita panjang.
Tunjukkan kuasa di bilik tidur
Biasanya suami akan mengusai hal di bilik tidur. Sesekali, apa kata anda tunjukkan pula ‘kuasa’ anda untuk menunjukkan anda mahukannya.
Ciuman
Berikan kejutan ciuman buat suami ketika sedang menonton televisyen atau ketika dia sedang membaca surat khabar. Bila sudah beranak-pinak, biasanya kemesraan begini jarang diberikan kepada suami.
Sokongan
Lagi banyak anda membebel, semakin rimas suami duduk di rumah. Jadilah isteri yang memahami. Berikan sokongan kepada suami dalam apa juga yang mereka lakukan agar mereka rasa dihargai.
Selit nota
Bila kali terakhir anda memberikan kata-kata manis buat suami? Kalau tak pernah, inilah masanya.selitkan nota kecil dengan kata-kata penghargaan dan selitkan di dalam dompet suami.
Berikan ‘me time’ kepada suami
Suami juga perlukan ‘me time’. Jika dia suka memancing, berikan masa untuknya bersama teman-teman. Pastikan mereka memancing ikan dan bukan benda lain ya!
Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raisuddin dan Wawa Zainal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 13 Mac 2019 menjadi memori terindah Mawar Rashid kerana pada detik itulah dia akhirnya bergelar seorang ibu. Waktu itu dia baru berusia 24 tahun dan selamat melahirkan bayi lelaki comel yang diberi nama Raden Muhammad Rafael secara normal. Mengakui kompas hidupnya berubah sejak kehadiran Rafael namun ibu muda ini positif
mendepani hari mendatang bersama suami tercinta, Raden Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Raf.
Kini setelah Rafael meningkat usia setahun barulah Mawar kembali aktif dengan kerjaya seni dan lakonan. Apatah lagi, suami tercinta sentiasa menyokong minat dan apa juga keputusan Mawar. Selain bakal membintangi sebuah telemovie, selebriti cantik ini juga dilihat semakin ligat merencana empayar kosmetik, Mawarose. Dalam diam rupa-rupanya Mawar sudah pun bergelar usahawan.
Teruja berkongsi perniagaan kosmetik yang diusahakan, dia berkata, “Mawar tengah dalam perbincangan untuk masuk berlakon balik. First lakonan saya selepas ada baby ini ialah Thank You, Kapten. Lepas habis cerita tu, Mawar ambil cuti sekejap untuk beri tumpuan menghasilkan produk Mawarose. So far, kami dah berjaya keluarkan produk lip and cheek serum Magic Rose. Istimewanya produk ini, ia turut dijual melalui vending machine. Jadi lebih mudah untuk pembeli mendapatkan produk Mawarose.”
Ditanya rutin harian sejak adanya Rafael, sambil tertawa Mawar membuka cerita, “Jujur, sejak ada anak Mawar tak pernah dapat tidur yang cukup. Katakan kalau balik dari shooting dan sebagainya pukul 3 pagi, dalam pukul 5 atau 6 pagi macam tu Mawar dah terjaga sebab Rafael jenis bangun pagi. Untuk pastikan rutin Mawar tidak terkejar-kejar, preparation dari segi masa sangat penting.
Waktu makan anak pun Mawar letak dalam phone sebab kadang-kadang terlupa sebab sibuk. Pendek kata, rutin harian dah bertambah. Tapi setakat ini walau sibuk macam mana pun dengan bisnes dan shooting, Mawar tetap ada masa untuk anak-anak, suami dan keluarga. Kalau rancang masa betul-betul, mesti kaum ibu di luar sana pun boleh buat.”
Sememangnya menjadi ibu pada usia muda bukan satu tugas mudah. Tanpa bantuan insan tersayang dan pengurusan masa yang bijak pastinya tugas tersebut tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna. Pun begitu, Mawar sangat bertuah kerana sejak melahirkan Rafael, amanat menjaga anak kecil turut dibantu ibu kandung iaitu Marinee Abdullah dan ibu mentua, Datin Umi Kalsom.
Mawar Rashid mendirikan rumah tangga bersama Raf pada 9 November 2017. Sebelum berkahwin dengan Mawar, Raf mempunyai dua orang anak iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela menerusi perkahwinan terdahulu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.