Empat sosok wanita hebat ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat seluruh dunia sehingga kini.

DATUK NICOL ANN DAVID (MALAYSIA)
Bekas atlet kebangsaan yang telah memahat namanya sebagai legenda di dalam arena sukan skuasy dan merupakan seorang atlet yang mendapat penghormatan tidak kira di dalam mahupun luar gelanggang.

IKLAN

Insan yang lebih mesra disapa Datuk Nicol David ini adalah pemegang ranking Pemain Nombor 1 Dunia paling lama dalam sejarah sukan skuasy bermula Ogos 2006 sehingga Ogos 2015.

Kenali 4 Wanita Hebat & Berpengaruh, Dikenali Seluruh Dunia Sehingga Kini

Beliau juga memiliki 51 rekod kemenangan berturut-turut dari Mac 2006 sehingga April 2007.
Dilahirkan di Pulau Pinang pada tanggal 26 Ogos 1983, Datuk Nicol David telah memenangi semua yang dipertandingkan di dalam sukan itu sehingga beliau mengumumkan persaraannya pada 2019.

Kenali 4 Wanita Hebat & Berpengaruh, Dikenali Seluruh Dunia Sehingga Kini

Hasil kecermelangan yang dipamerkan beliau dalam peringkat domestik serta kerja kerasnya demi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, pada 12 Julai 2008 bersempena Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke-70, beliau menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

RADEN ADJENG (R.A) KARTINI (INDONESIA)
Seorang wanita yang dipandang tinggi oleh masyarakat di Indonesia. Beliau merupakan pelopor awal yang memperjuangkan hak wanita yang pada zamannya itu menghadapi kesulitan dek kerana adat dan tradisi kepercayaan masyarakat yang beranggapan wanita tidak sopan untuk keluar dari rumah.

Antara intipati utama perjuangan Kartini adalah wanita-wanita pribumi yang berbangsa Jawa khususnya diberikan pendidikan dan kebebasan untuk menjalani kehidupan serta membuat keputusan sendiri berkaitan masa depan.

Dilahirkan pada 21 April 1879, beliau meninggal sewaktu usianya baru menginjak 25 tahun pada 17 September 1904.

Walaupun meninggal pada usia muda, perjuangan dan idealogi yang dibawa Kartini terus kekal segar dan mekar di ingatan dunia terutamanya masyarakat Indonesia hingga ke hari ini.

MAYA ANGELOU (AMERIKA SYARIKAT)
Seorang aktivis, wartawan, pelakon dan pemuisi. Beliau juga terkenal sebagai seorang penulis buku yang berbakat besar.

Dilahirkan pada tanggal 4 April 1928, Maya Angelou meninggal dunia pada 28 Mei 2014 ketika berusia 86 tahun.

IKLAN

Kenali 4 Wanita Hebat & Berpengaruh, Dikenali Seluruh Dunia Sehingga Kini

Sepanjang hayatnya beliau dihormati dan mempunyai pengaruh besar kerana kelantangan suara yang dimiliki untuk membela nasib komuniti Afrika-Amerika ketika zaman itu menghadapi penindasan terutamanya isu berkaitan perkauman.

Kenali 4 Wanita Hebat & Berpengaruh, Dikenali Seluruh Dunia Sehingga Kini

Buku autobiografi beliau yang bertajuk ‘I Know Why The Caged Bird Sings telah memberikan satu impak yang cukup besar kepada dunia sastera ketika itu dan juga telah membuka pintu kepada wanita berbangsa Afrika-Amerika untuk melibatkan diri mereka dalam bidang tersebut.

Maya Angelou merupakan inspirasi kepada orang ramai yang memandang tinggi kepada perjuangan murninya dalam membela mereka yang tertindas khususnya kaum minoriti dan wanita.

IKLAN

IBU TERESA (ALBANIA)
Mary Teresa Bojaxhiu yang lebih dikenali sebagai Ibu Teresa merupakan seorang biarawati kelahiran Albania yang terkenal kerana mengabadikan seluruh hayatnya untuk kerja-kerja amal.

Beliau dianggap sebagai ibu kepada hampir jutaan orang susah yang terdiri daripada fakir miskin, anak-anak yatim dan juga kumpulan yang disangka tiada harapan untuk hidup seperti mereka yang mempunyai penyakit berjangkit tahap kronik.

Pada tahun 1950, Ibu Teresa telah menubuhkan pusat kebajikannya sendiri yang dinamakan Missionaries of Charity.

Beliau mengetuai pusat kebajikan itu selama 45 tahun sebelum meninggal pada 5 September 1997.

Ibu Teresa juga pernah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada 1979 serta diberikan anugerah tertinggi di negara India iaitu Bharat Ratna pada tahun 1970.

Kredit Foto: Instagram

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI