Tak sangka, Elly Mazlein mempunyai sense of humor yang sangat tinggi. Bukan saja mencuit hati para peminat dengan tutur bicara yang selamba bahkan wanita jelita ini juga dilihat kerap berjenaka di laman media sosial setiap kali menyediakan masakan untuk keluarga tercinta. Sampaikan lauk-pauk yang dimasak pun ada nama lucu!
Mula dikenali ramai sebagai penyanyi dan kemudian aktif membintangi drama sebagai pelakon, bakat Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina diterima masyarakat apabila mengacarakan sebuah majlis berprestij tidak lama dulu. Alhamdulillah, walaupun dilanda dengan pelbagai ujian hidup… pintu rezeki selebriti ini semakin terbuka luas.
Mengintai ruang Instagram Elly atau mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom, ibu kepada Putri Sara Sefhia ini sebenarnya rajin masuk ke dapur. Pendek kata, memang pandai memasak. Dari sajian tradisi, barat mahupun pencuci mulut… semuanya mampu disediakan.
Tambahan pula, setiap hari Elly akan memasak untuk bapa tersayang memandangkan ibunda Sabariah Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mei 2014 yang lalu. Jadi, bab masakan memang sangat dititikberatkan oleh Elly Mazlein demi menjaga kesihatan bapanya.
Ads
Terbaru, Elly sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuatnaik video masakan kari ikan bawal. Apa yang melucukan, dia menamakan sajian tersebut sebagai Kari Ikan Bawal Mamak Punya Adik Angkat.
Antara nama lauk-pauk lain yang mencuit hati peminat Elly Mazlein termasuk Nasi Ayam Makcik Pink, Keli Sambal Cap London, Cencaru Seksi Masak Sambal, Udang Masak Petai Ekor Harimau dan macam-macam lagi. Yang pasti, setiap kali post gambar atau video masakan mesti ramai yang mahu resipi tersebut.
Ads
Mana tahu, ada rezeki lebih lepas ni… Elly Mazlein buka restoran pula. Boleh bayangkan nama-nama menu yang unik dan panjang lebar sama macam yang dikongsikan dalam Instagram miliknya.
Selain terpikat dengan jiwa kelakar Elly, semangat dan kecekalan anak seni ini menghadapi dugaan hidup mengundang inspirasi. Setahun selepas menerima perkhabaran sedih tentang ibu tersayang, Elly terpaksa berhadapan dengan satu lagi cabaran hidup apabila rumah tangga yang dibina Bersama Azmi Hatta akhirnya terlerai pada tahun 2015.
Ads
Meskipun kini bergelar ibu tunggal, namun Elly bangkit mencari kekuatan dan takdir Allah rezekinya semakin melimpah ruah. Alhamdulillah, Nona percaya ini semua berkat kesabaran dan keredaan terhadap setiap ujian yang diberikan kepadanya.
Jom beramal sambil ketawa besar dan menjamu selera dengan persembahan Harith Iskander, Mark Adam, Nabil, Kumpulan Zero, Elly Mazlein serta penyanyi R&B terkemuka Dayang Nurfaizah di Showcase Amal Raikan Wanita.
Sebahagian kutipan jualan meja untuk acara ini akan disalurkan kepada pusat kebajikan wanita Raudatus Sakinah dan Rumah Kita. Tempah meja anda dengan kami sekarang, PLATINUM, GOLD dan SILVER sebelum penuh. Details harga seperti di bawah. Berminat sila PM sekarang!
Harga:
Platinum : RM4,499/per table
Gold: RM3,499/per table
Silver: RM2,499/per table
***********
Platinum: RM449.90/per head
Gold: RM349.90/per head
Silver: RM249.90/per head
Sebarang pertanyaan hubungi 019 675 3057 (secretariat)
Kredit: Instagram Elly Mazlein
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita yang juga isteri kepada pengacara Nabil Mahir menzahirkan rasa syukur apabila rezekinya semakin mencurah selepas bergelar ibu. Benarlah kata orang anak-anak pembawa rezeki.
Tedahulu, ketika bertemu dalam majlis menandatangani kotrak bersama jenama Itali, Ayda mengakui anak-anak adalahlah salah satu punca rezeki, oleh itu dia dan suami amat bersyukur dan menitikberatkan tentang keselamatan anugerah kurniaan-Nya ini.
Menurut Ayda, sejak bergelar ibu dia hanya menumpang rezeki anak-anak. Pernah menjadi duta kepada beberapa jenama. Ada juga jenama yang dah lama dengan dan mereka memperbaharui kontrak kerana mereka senang bekerjasama dengan saya.
“Pada awalnya saya risau. Bukan mudah untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, orang dewasa pun penat, apatah lagi kanak-kanak.”
Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika diminta mengulas mengenai rezeki anaknya, Ana Nayla yang mula dilamar menjadi duta untuk beberapa jenama.
Menurut Ayda, dia dan suami, pengacara Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya mahu mengambil Nayla menjadi duta.
“Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.
“Nayla bakal menginjak usia tiga tahun pada September ini. Mula-mula memang saya dan suami risau, takut Nayla penat mahu menjalani penggambaran atau sesi fotografi. Namun, saya fikirkan ini rezeki anak dan barangan yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta Nayla pun memang menggunakan jenama terbabit.
“Jadi, kami letakkan syarat jika mahu melakukan sesi penggambaran dan fotografi, mestilah ia dihabiskan secepat mungkin. Syukur, ketika sesi terbabit berlangsung, Nayla memberikan kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta memainkan lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kelahiran puteri sulung, Ana Nayla pada 21 September 2021. Manakala pada 12 Disember 2023, Ayda memaklumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Aali Mateen.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Alangkah merdunya alunan zikir yang berkumandang, tenang dan mendamaikan seperti bunyi air yang mengalir. Lebih mengujakan bila lagu zikir itu didendangkan oleh aktor kacak yang juga suami selebriti Fazura iaitu Fattah Amin.
Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang berpuasa dan melakukan ibadah seperti berzikir ketika Ramadan.
Antara waktu yang boleh digunakan untuk berzikir adalah selepas selesai melakukan fardhu subuh dan solat fajar dengan membaca istighfar sebanyak 100 kali.
Nona tertarik dengan usaha dakwah Fattah Amin sempena bulan mulia ini dengan berzikir. Bukan setakat kacak dan segak, Fattah Amin baru sahaja melancarkan lima buah lagu zikir eksklusif sempena meraikan bulan Ramadan yang boleh dihayati melalui aplikasi Mukmin Pro.
Berusia 33 tahun, ayah penyayang kepada Fatimah ini menyimpul harapan agar karya Islamik yang dilancarkannya dapat memberi ketenangan buat pendengar terutamanya ketika pada bulan mulia.
“Saya bersemangat untuk berkongsi lagu–lagu zikir ini dengan peminat saya dan komuniti Muslim yang lebih luas.
Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati.” Fattah Amin
Memang merdu, dengar sendiri kelunakan suara zikir Fattah dari aplikasi Muslim Pro di bawah ni…
Pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin itu juga memberitahu lagu-lagu zikir yang diterbitkan oleh Mukmin Pro ini merupakan sebahagian daripada fokus barunya yang mahu menghasilkan lebih banyak kandungan zikir dan muzik Islamik buat peminat karyanya.
Sementara itu, aplikasi Mukmin Pro yang dikenali dengan ciri–ciri Islamik yang boleh dipercayai ini bakal akan menawarkan trek eksklusif tersebut kepada pengguna sepanjang bulan Ramadan.
Antara lima trek zikir iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah tersedia di aplikasi berkenaan dan boleh juga distrim melalui aplikasi Spotify, Apple Music dan Youtube mulai minggu pertama Ramadan.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika kebanyakan wanita di Malaysia menggilai kehadiran putera Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dalam sukan polo baru-baru ini, kehadiran dua puteri diraja dari negara Brunei dan Thailand yang turut berkenan mengambil bahagian dalam Sukan SEA 2017 ini pula tidak harus dipinggirkan.
Salah seorang daripadanya, Puteri Sirivannavari Nariratana, 30, merupakan anak kepada Raja Vajiralongkorn. Beliau merupakan atlet VVIP Thailand yang mengambil bahagian dalam acara ekuestrian Sukan SEA 2017.
Puteri Sirivannavari Nariratana merupakan satu-satunya puteri raja Thailand yang aktif dalam dunia sukan. Sebelum ini, beliau pernah mewakili Thailand dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar dan ASEAN Games 2014 di Korea.
Dalam acara ekuestrian yang disertai, puteri raja itu berjaya mengutip pingat perak dan beliau mendedikasikan kemenangan tersebut khusus untuk mendiang datuknya, Raja Bhumibol Adulyadej.
Ini bukanlah kali pertama beliau memenangi pingat di upacara sukan berprestij malah puteri jelita ini juga pernah memenangi pingat emas untuk negaranya pada tahun 2005 dan 2007.
6 Fakta Menarik Tentang Puteri Sirivannavari Nariratana
Puteri Sirivannavari tidak asing lagi dalam temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu apabila pernah memenangi pingat emas untuk negaranya pada tahun 2005 dan 2007.
Beliau merupakan puteri kepada Raja Vajiralongkorn dan sangat menggemari sukan dan seni.
Puteri kerajaan Thailand ini menduduki tangga kedua daripada 20 senarai VVIP paling bergaya oleh majalah Forbes.
Puteri ini seringkali hadir di acara fesyen dunia seperti Paris Fashion Week.
Beliau juga mereka busananya sendiri yang ditampilkan di Bangkok Fashion Week pada tahun 2007 dan di Paris tahun 2008.
Bagi memastikan keselamatan beliau sepanjang temasya Sukan SEA berlangsung, seramai 16 pegawai dan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) bertugas mengawasi pergerakan puteri itu sepanjang berada di negara ini.
Seorang lagi puteri jelita yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata adalah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Kakanda kepada Putera Abdul Mateen Bolkiah ini yang menyertai perlawanan pembukaan acara polo di Sukan SEA 2017 menjadi pendorong utama ribuan penonton tempatan menyerbu Pusat Equestarian Putrajaya.
Oleh itu, tidak hairan jika beribu-ribu peminat kerabat diraja Brunei dan sukan polo mula membanjiri kawasan berkenaan seawal jam 3 petang biarpun perlawanan epik terbabit dijadualkan bermula jam 4 petang.
YTM Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah juga berkenan menerima pingat gangsa yang dimenangi oleh skuad polo Brunei selepas mencatat kemenangan ke atas pasukan Singapura dengan keputusan 10 – 8. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!