Tak sampai hati melihat keadaan anak-anak kecil dan pelajar sekolah terbaring lesu, muntah-muntah dan sesak nafas akibat terhidu bahan kimia yang dilepaskan di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Perkarangan sekolah yang kebiasaannya hanya sibuk menjelang waktu pergi dan balik… kini dibanjiri dengan kehadiran ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka di sekolah selepas pihak berkuasa mengumumkan penutupan beberapa buah sekolah di sekitar kawasan terlibat hari ini (13 Mac).
Sebanyak 13 buah sekolah ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, antara sekolah yang diarah berbuat demikian adalah sekolah yang terletak berdekatan Pasir Gudang.
Ads
Ini termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, SMK Taman Pasir Putih, SK Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.
Sehingga tengah hari tadi, lima lagi sekolah diarah ditutup iaitu di SK Nusa Damai, SK Taman Scientex, SK Taman Rinting, SMK Nusa Damai dan SMK Taman Scientex.
Ads
Kredit: KosmoKredit: Utusan
Penduduk di Pasir Gudang sudah mengalami insiden ini sejak Khamis lalu dan ia masih ‘menghantui’ mereka sampai ke hari ini. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu kesihatan tetapi juga mengehadkan aktiviti harian penduduk setempat. Antara gejala yang dialami mereka yang terhidu bahan kimia ini seperti sakit dada, muntah-muntah dan pedih mata, pening dan pengsan. Sebagai langkah pencegahan, orang ramai diminta kerap mandi dan tidak mengunjungi kawasan larangan.
Kepada ibu bapa yang tinggal berhampiran Pasir Gudang atau saudara-mara yang berada di sana, diingatkan agar sentiasa berwaspada dan memakai topeng penutup mulut bagi mengelak terhidu gas kimia berbahaya tersebut. Tiada insiden kehilangan jiwa dalam kes ini namun masyarakat tetap mengharapkan agar ia dapat diselesaikan dengan segera.
Ads
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiba-tibakerapsakitkepala dan letihmelampau, ayuhsemak 5 caramudah reset tubuhakibat stress kronikini.
Tekanansemakinmeningkat, burnout pula kianterasa. Namuntanpadisedari, stressecarasenyapmelemahkankesihatanandadaridalam.
Tidurlewat, kerjatanpahenti. Mungkinramaiberanggapanmemaksadiriwalaupunialahperkara yang normal. Tetapi di sebalik rasa lesu, sukarfokus, dan mudahmarah, mungkinadapunca yang lebihserius: keradangankronik.
“Streshariankebiasaannyabersifatsementara. Apabilapuncastreshilang, badan akankembalitenang.Tetapistres yang berpanjangan, samaadadisebabkanmasalahkewangan, trauma atautekanankerja, akanmembuatkansistemtindakbalasterhadapstressentiasaaktif. Inimencetuskankeradangan, melemahkanimuniti dan meningkatkanrisikopenyakit,” jelas Joanne Ng, Pengasas The Pillars Psychological Services.
Streskinibukanlagiisuperibadi, malahmenjadiisunasional. TinjauanKebangsaan Kesihatan dan Morbiditimenunjukkankes-keskemurungan di Malaysia meningkatdua kali gandadari 2019 hingga 2023.
Pakarmengaitkannyadenganstreskronik dan keletihanmelampauakibat kos sara hidup yang tinggi, waktukerjatidakmenentu dan waktukerja yang panjang.
Streskronikbukansahajamengurangkantenaga, malahmenjejaskancara badan menyerapnutriensertamengubahcaraandamakan.
“Stresmunculdalampelbagaicara, tetapibagiramairakyat Malaysia, iaseringbermula di bahagian usus sepertirefluksasidatautabiatbuang air yang tidakteratur. Keletihanadalahsatulagitandabesar, terutamanyabagi orang dewasabekerja yang sentiasamengimbangipelbagaitanggungjawab.
Kami juga melihatbanyakmasalahberkaitantidur, samaadasukaruntuktiduratauterjaga di tengahmalam dan tidakdapatkembaliberehat. Salah satutanda paling biasabahawa badan berada di bawahtekananialahsakitkepalaakibattekananataumigrain,” kata Ng.
Selainkesakitan dan keletihan, stres juga memberikesankepadapemakanan. Iamengubahcara badan andamenyerap dan menggunakannutrien, yang menjejaskankemampuanandauntukpulih.
“Stresmenyebabkan badan menggunakannutrienlebihcepatdaripadabiasa dan juga bolehmengurangkanpenyerapan,” kata Cynthia Jetan, PakarNutrisiPerunding di LAC Malaysia.
“Tanpanutrientersebut, badan andasukaruntukmenguruskeradangan dan membaikinya. Ia juga mendorongkeinginanterhadapmakanantenagasegera yang kebiasaannyatinggikandungan gula, karbohidratditapis, dan lemak, kerana badan andasedangbersediauntuk fight or flight. Dan diet rakyat Malaysia secarapuratatidakmembantu.
95% rakyat Malaysia tidakmakansayur-sayuran yang mencukupi. Hidanganberat pada nasi, mi, dan protein, tetapiringan pada sayur-sayuran, buah-buahan, ataukekacang. Itubermaknakurangserat dan antioksidan, nutrien yang diperlukanbakteria usus andauntukmenghasilkansebatian anti-radang.”
Tanpanutrienini, walaupunmasalahkecilmengambil masa lebih lama untuksembuh. Selsemaberlarutan, ketidakselesaan usus berterusan, dan tenagatidakpernahkembalisepenuhnya. Lama-kelamaan, kerosakansemakinmendalam, denganjangkitanberulang, ketidakseimbanganhormon, masalahkulit, dan risikopenyakitkronik yang lebihbesar.
5 Cara Mudah Reset IramaTubuhAnda
Beritabaiknya, andatidakmemerlukanperubahan yang drastik. Langkah keciltetapikonsistendapatmembantutubuhmenanganistres. Mulakandengan yang berikut:
1) Berjalan 10 minit di waktupagi
Cahayamatahari dan pergerakanringanmembantumengawalkortisolsertamenyokongtidurdenganlebihbaik.
2) Tarik nafasdalamselama 2 minit
“Hanyabeberapanafasdalambolehmengaktifkansistemtenang badan. Apabilakehidupanbegitupantas, kitaseringterlupauntukberehatseketika dan meluangkan masa untukdirisendiri,” kata Ng.
3) Amalkanpemakanan yang seimbangsecarakonsisten
“Makananpenuhnutriensepertisayur-sayuran, buah-buahan, protein tanpa lemak, dan lemak sihatmembantumenambahtenaga dan melindungi badan daripadakeradangan,” jelasJetan.
Jika gayahidupsibukmenyukarkanandauntukmengambilpemakananseimbang, pengambilansuplemendapatmembantumemenuhikeperluannutrisitubuhanda.
LAC Malaysia menawarkanrangkaianproduk yang luasuntuksokonganbersasar, seperti LAC Masquelier’s® French Pine Bark Extract, LAC Probiotic Complex 25 Billion CFUs, LAC Primax Fish Oil 1468mg dan LAC Magnesium Bisglycinate 556mg.
5) Rehatkanmatatanpaskrin
Tukartabiatmenghadapskrintelefondenganmembacabukuataulakukanreganganringan. “Telefonpintarseringmembuatkita rasa seolah-olahsedangberehat, padahal media sosialsebenarnyamenambahstresmelaluiperbandinganberterusan di alam maya,” kata Ng.
Diabetes jenis 2 (T2D) ialah sejenis penyakit tidak berjangkit dan antara penyakit kronik dalam senarai teratas yang menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia.
Kredit Foto: www.pexels.com
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, kira-kira satu daripada lima atau 3.9 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas menghidapi T2D.
Menjelang 2025, dianggarkan bilangan rakyat Malaysia yang cenderung menghidap T2D akan meningkat kepada tujuh juta orang, atau hampir satu daripada tiga orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas.
Kredit Foto: www.pexels.com
“Bilangan pesakit yang menghidap penyakit ini meningkat secara berterusan sejak beberapa tahun lalu.
“Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, bilangan penghidap diabetes dewasa meningkat daripada 11.2% pada 2011, kepada 18.3% pada 2019 dalam tempoh lima tahun. Tend ini akan terus berlaku memandangkan kadar pradiabetes dan berat badan berlebihan/obesiti yang tinggi.
“Kedua-dua keadaan ini akan menyebabkan diabetes pada masa hadapan. T2D menjadi kebimbangan serius kerana ia menjadi faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular dan buah pinggang.
“Jika anda menghidap diabetes, kemungkinan untuk menghidap penyakit jantung atau strok dua kali ganda lebih tinggi berbanding seseorang yang tidak menghidap diabetes dan pada usia yang lebih muda.
“T2D juga merupakan punca utama penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD),” kata perunding pakar endokrinologi Hospital Putrajaya Datuk Dr Zanariah Hussein.
Perunding Pakar Endokrinologi Hospital Putrajaya, Datuk Dr Zanariah Hussein.
Menurutnya walaupun terdapat pelbagai ubat untuk mengawal penyakit diabetes, masih ramai pesakit tidak dapat mengawal penyakit ini dengan baik.
“Ramai pesakit berasa sukar untuk mengubah gaya hidup mereka seperti mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan bersenam dengan kerap bagi membantu menguruskan penyakit tersebut.
“Penyakit ini juga sukar dikawal kerana kurang pematuhan terhadap pengambilan ubat-ubatan terutama apabila mereka berasa sihat.
“Para pesakit tidak sedar tahap glukosa yang tidak terkawal dalam darah boleh mengakibatkan masalah kepada pelbagai organ dalaman seperti buah pinggang, mata, saraf, jantung dan lain-lain,” katanya.
Kredit Foto: www.pexels.com
Pematuhan pengambilan ubat-ubatan penting bagi pesakit diabetes bagi memastikan paras gula dalam darah kekal dalam julat normal sepanjang masa. Kajian oleh Teng CL et al, yang diterbitkan dalam Journal of the ASEAN Federation of Endocrine Societies, 34.2% pesakit diabetes mengambil ubat kurang daripada jumlah ditetapkan.
Menurut Profesor perubatan dan perunding endokrinologi Universiti Teknologi MARA, Dr Rohana Abdul Ghani, antara faktor yang boleh menjejaskan pematuhan pesakit dalam pengambilan ubat-ubatan ialah bilangan ubat yang sedang diambil, kekerapan pengambilan, bilangan dos, dan kemudahan untuk mengambil ubat.
Profesor Perubatan dan Perunding Endokrinologi Universiti Teknologi MARA, Dr Rohana Abd Ghani.
“Dekad yang lalu menyaksikan terapi-terapi baharu seperti glucagon-like-peptide-1 receptor agonists (GLP-1 RAs) yang sedang dibangunkan.
“Jenis ubat ini meniru tindakan hormon GLP-1 semula jadi dalam badan yang meningkatkan rembesan insulin daripada pankreas mengikut jumlah gula dalam badan, melambatkan pembebasan glukosa yang disimpan di dalam hati, melambatkan penghadaman dan menggalakkan rasa puas (atau rasa kenyang),” jelasnya.
Satu lagi inovasi yang dicapai baru-baru ini ialah pembangunan ubat GLP-1 RA dalam bentuk oral yang dahulunya hanya boleh didapati dalam bentuk suntikan.
Kredit Foto: www.pexels.com
Selain merawat diabetes, ubat GLP-1 RA juga terbukti mempunyai kesan perlindungan terhadap jantung.
Menurut Pakar Perunding Kanan Kardiologi Institut Jantung Negara Dato’ Sri Dr Azhari Rosman, ujian klinikal menunjukkan ubat jenis ini berjaya mengurangkan bilangan kejadian kardiovaskular kepada penghidap penyakit diabetes jenis 2.
Pakar Perunding Kanan Kardiologi Institut Jantung Negara Dato’ Sri Dr Azhari Rosman.
“Kesan perlindungan terhadap jantung termasuk mengurangkan kematian akibat masalah jantung serta serangan jantung dan strok yang tidak membawa maut.
“Ini sangat penting kerana pesakit diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali ganda lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat serangan jantung atau strok berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.
Kredit Foto: www.pexels.com
“Ubat yang boleh merawat diabetes sekali gus melindungi jantung memberi manfaat tambahan kepada pesakit memandangkan penyakit jantung masih lagi menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia.”
Sumber: Novo Nordisk
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beauty with brain! Seorang arkitek wanita bernama Shrinkhala Khatiwada telah dinobatkan sebagai Miss Nepal 2018 sekaligus merangkul gelaran Miss Best Hair. Shrinkhala yang berasal dari Hetauda seorang graduan Akademi Hetauda dan berpindah ke Kathmandu untuk melanjutkan pelajaran.
Wanita berusia 22 ini juga merupakan penduduk asli Hetauda, Khatiwada. Shrinkhala menewaskan 24 peserta lain untuk memenangi gelaran Miss Nepal 2018 pada edisi ke 23 Treasure Hidden Miss Nepal 2018.
Dari kecil lagi, Shrinkhala amat berminat dalam mereka bentuk dan merupakan seorang yang sangat kreatif. Beliau menyertai IOE, kolej kejuruteraan Pulchowk untuk Kejuruteraan Senibina.
Selain hobi rekabentuk dan menulis, beliau sangat bersemangat untuk menjadi salah seorang peserta Miss Universe 2018. Kini beliau mewakili Hetauda, Nepal dan bertanding dalam pertandingan ratu cantik yang sedang berlangsung di China.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.