Sekalung tahniah buat penggiat seni tanah air, Razak Ahmad atas penganugerahan gelaran Dato’ yang diterimanya sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 28 Oktober 2025.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Istiadat berkenaan berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di Pahang.
Dato’ Razak Ahmad atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad hadir berpakaian Baju Melayu warna hitam lengkap bersamping menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.
Ads
Aktor berpengalaman ini merupakan salah seorang daripada 19 individu yang menerima DIMP.
Menerusi perkongsian di media sosial, Dato’ Razak Ahmad menitipkan ucapan syukur atas penganugerahan berkenaan.
“Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas penganugerahan gelaran Dato’ yang amat bermakna ini.
Penganugerahan ini bukan sekadar satu pengiktirafan peribadi, tetapi juga satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh integriti, tanggungjawab, dan dedikasi. Saya menerima gelaran ini sebagai dorongan untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa, dan negara dengan lebih tekun dan ikhlas.”
Ads
Razak Ahmad Terima Kasih Atas Sokongan
Dalam pada itu, dia turut berterima kasih buat keluarga dan peminat yang sentiasa menyokong perjuangannya dalam industri selama ini.
“Terima kasih juga kepada keluarga tersayang, rakan-rakan, dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan doa sepanjang perjalanan ini. Tiada kejayaan yang datang tanpa kerjasama, kepercayaan dan kasih sayang dari insan-insan yang hebat di sekeliling saya.
Ads
Semoga saya terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya.”
Dato’ Razak Ahmad yang kini berusia 58 tahun cukup sinonim membawakan watak orang alim menarik perhatian penonton kerana bakat lakonannya yang bersahaja dan memberi kesan.
Difahamkan figura ini juga merupakan penghafaz Al-Quran dan sewaktu kecil dia pernah menjadi wakil Qari bagi peringkat kebangsaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan kegagalan buah pinggang tetapi tanpa ragu diabetes merupakan punca utama bagi penyakit buah pinggang kronik (CKD). Dianggarkan 1 dalam 3 orang dewasa yang menghidapi diabetes juga menghidap penyakit buah pinggang kronik, ia melibatkan sebanyak 40% pesakit diabetes jenis 21. Kondisi ini dipanggil Penyakit Buah Pinggang Diabetik (Diabetes Kidney Disease) atau juga dikenali sebagai Diabetic Nephropathy. Ia berlaku apabila buah pinggang anda mengalami masalah menapis sisa buangan daripada darah yang kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk air kencing. Jika ia tidak dirawat, buah pinggang anda akan gagal dan tidak boleh berfungsi. Jika ini berlaku, anda mungkin memerlukan pemindahan buah pinggang atau dialisis.
Berdasarkan laporan Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2018, 69.2% pesakit buah pinggang peringkat akhir adalah disebabkan oleh DKD. Semakin tinggi tahap diabetes seseorang, semakin tinggi peluang mereka untuk menghidapi DKD. Trend yang membimbangkan ini menyebabkan Malaysia mempunyai kadar prevalens kegagalan buah pinggang paling tinggi di dunia yang berpunca dari diabetes.
3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Buah Pinggang Diabetik (DKD)
Kebiasaanya diabetes mengambil masa bertahun-tahun untuk merosakkan buah pinggang dan jika ia berlaku, gejala DKD tidak begitu ketara di peringkat awal dan hanya akan lebih jelas apabila penyakit sudah di peringkat serius. Oleh itu, kedua-duanya, diabetes dan penyakit buah pinggang digelar sebagai pembunuh senyap tanpa gejala terutamanya pada peringkat awal. Masalahnya apabila diabetes tidak didiagnosis atau tidak terkawal. Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes jenis 2 untuk jangka masa yang lama yang boleh mengakibatkan peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang sejurus selepas disahkan menghidap diabetes. Beberapa gejala bagi penyakit buah pinggang yang berpunca dari diabetes adalah seperti pertambahan berat badan, pergelangan kaki bengkak, loya atau muntah, air kencing berbuih, lesu, nafas berbau air kencing, gatal-gatal, selera makan berkurangan dan kaki bengkak. Selain itu, organ lain yang mungkin terjejas oleh penyakit buah pinggang ialah mata dengan gejala seperti penglihatan kabur dan floaters.
Cara terbaik untuk melambatkan atau mencegah komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan diabetes adalah dengan sentiasa mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat. Selain itu, ia adalah penting untuk menjalani gaya hidup sihat di mana salah satu faktor terbesar adalah pemakanan. Pemakanan yang sihat tidak bermakna anda hanya perlu mengambil salad sementara yang lain menjamu ayam belanda dan biriyani. Anda pun boleh mengambilnya tapi dengan kadar pengambilan yang berpada-pada. “Kembali kepada perkara asas dan ikuti Pinggan Sihat Malaysia yang menyarankan pembahagian #SukuSukuSeparuh – karbohidrat (suku pinggan), protein (suku pinggan), buah-buahan dan sayur-sayuran (separuh pinggan),” nasihat Cik Poh Kai Ling, Pakar Pemakanan Klinikal dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Untuk pemakanan yang sihat, ini merupakan panduan terbaik tetapi sering kali diabaikan malah sentiasa dianggap remeh oleh kebanyakan orang.
“Apabila bercakap tentang paras gula dalam darah bagi mengelakkan kerosakan buah pinggang menjadi lebih teruk, matlamat utama adalah mengamalkan pengambilan pemakanan sihat dan seimbang yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan sambil mengamalkan pengawalan bahagian mengikut Pinggan Sihat Malaysia. Kesederhanaan dan saiz bahagian adalah faktor utama. Anda boleh mengambil mana-mana karbohidrat tetapi dalam bahagian sederhana mengikut kesesuaian serta mengurangkan pengambilan garam atau natrium. Kurang natrium dalam diet anda dapat membantu menurunkan tekanan darah sekaligus mengurangkan pengumpulan cecair dalam badan anda, yang biasa berlaku dalam penyakit buah pinggang,” tambah Cik Poh.
Dengan ubat-ubatan serta rawatan terkini yang tersedia di pasaran, kunci kepada rawatan yang berkesan untuk komplikasi ini ialah hubungan yang kukuh antara pesakit, doktor, sokongan daripada ahli keluarga dan paramedik seperti pakar pemakanan dan jururawat. “Kadar kematian dan penyakit kardiovaskular meningkat secara eksponen bagi pesakit dengan Penyakit Buah Pinggang Diabetik(DKD). Pesakit DKD biasanya akan menemui ajal lebih awal sebelum mencapai peringkat akhir penyakit buah pinggang. Jika pesakit mencapai peringkat akhir penyakit buah pinggang, mereka memerlukan terapi penggantian buah pinggang termasuk pemindahan buah pinggang atau dialisis. Pesakit perlu memantau kormoditi mereka dengan penuh teliti bersama doktor mereka termasuk hipertensi, obesiti, hiperkolesterolemia dan merokok. Kesemua penyakit ini boleh membawa maut bersama diabetes, kata Perunding Perubatan Am dan Pakar Nefrologi di Pusat Perubatan Bukit Tinggi berhubung kaitan antara diabetes, jantung dan buah pinggang.
Pakar penjagaan kesihatan biasanya akan menasihati pesakit diabetes tanpa gejala untuk menjalani saringan penyakit buah pinggang dan jantung. Ini kerana penyakit ini biasanya berlaku secara senyap dan biasanya tidak menampakkan sebarang gejala sehingga sampai ke peringkat serius. Saringan yang disyorkan untuk penyakit buah pinggang diabetes (DKD) adalah dengan melakukan ujian mudah, seperti ujian air kencing yang dipanggil Urine ACR bagi meneliti kebocoran protein serta ujian darah bagi melihat fungsi buah pinggang yang dipanggil serum creati-nine.
Saringan perlu dilakukan pada hari yang sama seseorang itu didiagnosis menghidapi Diabetes Jenis 2 dan 5 tahun selepas bermulanya diabetes Jenis 1. Walau bagaimanapun, cadangan untuk menyaring pesakit diabetes tanpa gejala untuk penyakit kardiovaskular pernah menimbulkan kontroversi dan perlu dinilai secara individu. Bagi pesakit diabetes yang sudah menghidap penyakit buah pinggang atau jantung, strateginya adalah untuk mengurangkan kesan penyakit daripada menjadi lebih teruk dan saringan bukan lagi menjadi keutamaan.
Sebagai sebuah negara, kita berlumba dengan masa kerana 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini² menghidap diabetes. Oleh itu, pengesanan awal, pencegahan dan rawatan adalah kunci utama. Namun, kebanyakan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes atau pra-diabetes masih beranggapan mereka sihat kerana diabetes selalunya tiada gejala. Maka dengan itu, adalah penting untuk melakukan pemeriksaan secara berkala. Saringan adalah cara terbaik untuk mencegah diabetes dan komplikasinya.
For Your Sweetheart Campaign mengajak semua rakyat Malaysia untuk memelihara kesihatan diri dan orang tersayang dengan Pemeriksaan Diabetes HbA1c PERCUMA di klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara. Inisiatif ini disokong oleh Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).
Anda boleh layari www.foryoursweetheart.my untuk mendaftar Saringan Percuma hari ini atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang diabetes. Jika anda masih berasa kurang yakin dengan pemakanan sihat, sila muat turun E-Book Resipi Mesra Diabetes dari https://www.foryoursweetheart.my. Saringan Diabetes HbA1c PERCUMA For Your Sweetheart sedang berlangsung sepanjang 2023. Untuk komplikasi diabetes seperti penyakit buah pinggang, sila berbincang dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dan Datin Seri Nurheliza Helmi yang menerima anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities! Pengiktirafan tersebut diberikan bersempena Anugerah Pesona Pengantin X The Wedding Kuala Lumpur yang berlangsung di Shangri-La Hotel.
Hadir sedondon dengan busana rona biru rekaan Eja Shahril, kedua-duanya yang masih dalam mood bulan madu kelihatan cukup mesra dan romantis. Selesa disapa Kak Ja dan Abang Dee, suami isteri ini tak menang tangan melayan peminat dan tenang menjawab soalan daripada rakan-rakan media.
Saat ditanya reaksi kedua-duanya apabila diiktiraf sebagai majlis perkahwinan selebriti yang paling dikenang ramai, Datuk Seri Mahadi lantas melahirkan rasa syukur. “Kami tak sangka dan ikutkan macam kami tak layak untuk menerima anugerah ini.
Tapi setelah diberitahu, kami menerima dengan tanggungjawab dan amanat yang sangat besar diberikan Pesona Pengantin. Semoga award ini menjadi asbab untuk orang jadikan perkahwinan ini satu asbab syurga. Satu ikatan suci di antara kaum Adam dan Hawa untuk sama-sama ke Jannah.”
Sementara itu Datin Seri Heliza pula memberitahu, “Mula-mula kita rasa, tak apalah. Tak pernah terlintas pun benda-benda macam ni dan kita fikir macam nilah, bila dianugerahkan The Most Memorable dengan harapan bila orang ingat, orang akan mendoakan.
Ya Allah mudah-mudahan sampai syurga. Orang doa macam tu. Itu yang kita nak sebenarnya doa-doa daripada anda semua. Terima kasih kepada Pesona Pengantin.”
Terkenal dengan sikap happy go lucky dan suka bergurau, pasangan suami isteri ini sangat sporting turut serta dalam game ‘Awak Kenal Saya Ke Tak?’ Pesona Pengantin. Paling menarik perhatian adalah apabila kedua-duanya sangat ‘privacy’ untuk tidak mendedahkan tarikh perkenalan mereka dengan memberi jawapan ‘rahsia’ walaupun tanpa melihat dan berbincang jawapan masing-masing.
Hmmm… walau dah 47 hari berkahwin, mereka masih menyimpan memori tersebut tanpa pengetahuan umum.
Ketika diminta berkongsi pesanan buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, ini jawapan Datuk Seri Mahadi.
“Pertama kalinya saya rasa kami tak layak. Baru sangat pun baru 47 hari. So 47 hari tu saya rasa kami tak layak nak beri apa-apa nasihat tapi sedikit perkongsian, more to give and take. Nak kebahagiaan ni kena give and take. Ustaz-ustaz pernah kata suami ni kena bertanggungjawab, isteri kena taat. So bila ada dua benda tu, akan mix dan sempurna. InshaAllah.”
Ini pula pandangan Datin Seri Heliza mengenai alam perkahwinan. “Dan sebenarnya memang kena minta dengan Allah sebab Allah yang jaga hati-hati manusia, Allah yang jaga satu-satu perhubungan. Jadi kita minta Allah ilhamkan, lindungi perhubungan ini agar Allah menurunkan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah till Jannah dan juga kena berkomunikasi. Kalau ada apa-apa kena beritahu.”
Moga rumah tangga pasangan ini terus diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada suami serta isteri di luar sana.
Kredit foto: Instagram Heliza Helmi & Datuk Mahadi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kira-kira 70% daripada sistem imunisasi terletak di dalam sistem penghadaman kita. Sistem imunisasi berfungsi untuk menentang serangan virus, bakteria dan mikrob tanpa mengganggu tisu yang sihat.
Lebih sihat sistem penghadaman, lebih tinggi peluang untuk menguatkan sistem imunisasi bagi menentang penyakit.
Fungsi sistem penghadaman tidak terhad kepada makanan. Ia juga berperanan penting dalam kesihatan fizikal dan emosi. Sistem penghadaman menempatkan hampir 95% daripada serotonin sejenis bahan kimia yang mencetuskan ‘rasa’ gembira sekaligus mempengaruhi perasaan atau emosi.
Kekurangan bakteria baik dalam sistem penghadaman mengurangkan komunikasi neurotransmiter dengan otak lantas mempengaruhi emosi.
Ekosistem bakteria kompleks di dalam badan yang dinamakan mikrobiota mengawal perasaan dan minda dengan menyampaikan isyarat menerusi saraf vagus, yang berhubung dengan otak dan saluran penghadaman. Kajian mendapati peranan mikrofauna di dalam usus mempengaruhi minda.
MINUMAN BERKULTUR PILIHAN
Selama lebih empat dekad menjadi minuman susu kultur nombor satu di Malaysia, VITAGEN menggiatkan pelbagai inisiatif dan kempen bagi menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan usus. VITAGEN dihasilkan melalui proses penapaian susu skim dan mengandungi berbilion kultur hidup dan aktif.
Kultur ini dirumus untuk melalui saluran gastrousus sambil membantu mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan jahat bagi penghadaman dan sistem imun yang lebih baik. VITAGEN turut memastikan ekosistem bakteria dalam sistem penghadaman seimbang seterusnya meningkatkan kepekaan mental.
Sempena ulang tahun yang ke-40, VITAGEN melancarkan siri jelajah VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017 seluruh negara bermula di IOI City Mall, Putrajaya bagi mengetengahkan kepentingan sistem penghadaman sihat yang berfungsi meningkatkan imuniti, emosi dan kepekaan mental.
“Sempena ulang tahun ke-40 VITAGEN, kami bertekad untuk meneruskan penekanan terhadap kepentingan kesihatan sistem penghadaman dan peranannya dalam kesihatan fizikal dan emosi,” kata Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN.
Siri jelajah lima hari ini berjaya menarik kira-kira 10 ribu pengunjung dari segenap lapisan masyarakat untuk ‘belajar sambil berhibur’ menerusi pelbagai aktiviti pendidikan dan interaktif.
Tarikan utama ialah cabaran Maze dalam bentuk botol VITAGEN yang memaparkan bagaimana meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dengan cara yang menyeronokkan. Peserta yang berjaya dihadiahkan sebotol VITAGEN melalui mesin layan diri berinteraktif.
Roadshow VITAGEN A-Maze-ing Challenge 2017 juga dimeriahkan oleh tiga permainan yang menyeronokkan, iaitu ‘Kenali Sistem Penghadaman Anda’, ‘Hapuskan Bakteria Jahat’ dan ‘Cari Botol VITAGEN Yang Tersembunyi,’ yang menekankan tiga manfaat utama kesihatan sistem penghadaman.
“Acara ini membuka mata keluarga saya kerana kami dapat belajar hubung kait antara sistem penghadaman dan kesannya terhadap kesejahteraan kita secara keseluruhan,” kata salah seorang peserta. Maklumat lanjut berkenaan siri jelajah cabaran VITAGEN A-maze-ing 2017 layari www.vitagen.com.my. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tumpang bahagia melihat kehidupan bahagia Fatin Afeefa sekeluarga. Sejak kembali bergelar isteri dan mendedahkan berita mengenai kelahiran anak lelaki pada tahun 2024, aktres ini jarang tampil di kaca televisyen. Bahkan Fatin kini lebih selesa menguruskan anak-anak dan suami tercinta.