Selebriti terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi dan suaminya Ory Vitrio selamat menerima kehadiran cahaya mata ketiganya hari ini. Berkongsi detik kelahiran bayi comel mereka menerusi Instagram @okisetianadewi dan @oryvitrio pagi tadi, anak lelaki pertama bagi pasangan suami ini diberi nama Ibrahim Muhammad Abdullah yang dilahirkan secara pembedahan pada 6.20 pagi tadi dengan berat 3.7 kilogram. Alhamdulillah.
9 bulan menanti kelahiran Ibrahim Muhammad Abdullah dengan penuh debar dan indah, Oki yang mendirikan rumah tangga bersama Ory sejak 12 Januari 2014 turut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah Abdullah dan Khadeejah Faatimah Abdullah. Menurut ibu berusia 28 tahun ini, pengalaman mengandungkan anak ketiganya itu cukup menyenangkan dan dia turut berpeluang melanjutkan pengajian sepanjang mengandungkan Ibrahim Muhammad Abdullah.
Berikut coretan ringkas yang dikongsikan Oki buat tatapan pembaca dan peminat yang sentiasa mengikut perkembangan wanita berwajah lembut ini.
==============================================
Story 1
Setiap kehamilan memiliki ceritanya sendiri. Kehamilan ini berbeza dari sebelumnya. Seingat saya, saya hanya muntah 2-3 kali saja pada kehamilan ini. Mengandungnya menyenangkan dan saya berterbangan ke mana saja sampai usia kehamilan 32 minggu.
Ads
Story 2
Pada saat mengandungnya, saya mendapat dua biasiswa untuk mempelajari Islam di Australia dan Jerman untuk menjalani pengajian singkat. Allah izikan saya menjelajah bumi Andalusia dalam projek pembangunan masjid di Seville hingga pergi ke Baitullah.
Story 3
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, saya betul-betul membatasi kegiatan. Saya hanya pergi kuliah sambil menyelesaikan tulisan saya untuk sebuah buku serta menghadiri beberapa kegiatan yang saya anggap sangat penting. Salah satunya, Palestin. Banyak waktu dihabiskan bersama Kakak Maryam dan Kakak Khadeejah (anaknya). Mengajak mereka berdua bermesra dan merasakan tendangan sang adik.
Ads
Story 4
Hal yang tak pernah saya lupakan dan saya tahu merupakan mustajabnya doa adalah meminta doa dari para jemaah pengajian dalam majlis ilmu serta doa dari penghafal Quran. Doa mereka mustajab selain doa dari orang tua dan guru tentunya.
Story 5
Tiba saatnya melahirkan sungguh saya ingin menjalani persalinan normal sejak kehamilan pertama. Saya begitu sedih saat doktor menyatakan saya harus menjalani operasi Ceaserean saat itu kerana saya alami masalah yang membuatkan saya tak mampu menggerakkan kaki. Sampai kelahiran ketiga pun harus menjalani operasi pembedahan.
Ads
Story 6
Saya tak ingin kelelahan seperti kehamilan kedua yang lalu. Saat persalinan Khadeejah, hemoglobin saya yang hanya 9 membuatkan saya sangat lemah saat menjalankan pembedahan dan merasa sulit sekali bernafas. Kehamilan ketiga ini saya betul-betul menjaga agar keadaan fizikal saya baik. Alhamdulillah, persalinan pun berjalan cepat dan lancar.
==============================================
Tahniah diucapkan kepada Oki dan suami atas kelahiran putera sulung mereka, Ibrahim Muhammad Abdullah. Moga ibu dan anak ini diberikan kesihatan yang baik dan dapat terus berbakti ke jalan Allah SWT.
Sumber: Instagram Oki Setiana Dewi / Foto Diera Bachir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mengenali personaliti, hos dan pelakon Yaya Zahir yang sering kali kelihatan di majlis dan acara fesyen di ibu kota. Berpeluang bertemu Yaya Zahir ketika majlis pembukaan semula butik flagship Ms Read di Pavilion baru-baru ini, mata tertumpu pada Yaya Zahir yang kelihatan cukup anggun sekali.
Sekiranya sebelum ini dirinya hadir berseorang mahupun ditemani pengurus atau suami, kali ini Yaya hadir bersama ibu dan anak sulungnya, Atheer yang sudah memasuki usia 3 bulan. Pertama kali bertentang mata melihat kecomelan Atheer, nyata Yaya sudah mula membiasakan diri menjadi seorang ibu buat pertama kali.
Pertama kali menjadi ibu, perasaan Yaya bagaimana. “Its interesting sangat jadi seorang ibu, banyak perasaan bercampur baur, and its overwhelming but in a good one. Im so happy!”
Bagaimana pula dengan keadaan Atheer sekarang? “Alhamdulillah so far ok, tipulah kalau tidak mencabar tapi syukur dengan sokongan suami, ibu semuanya berjalan lancar. Dia akan meragam bila nak susu, pampers dah penuh atau mengantuk sangat.
Plus dia suka sangat berjalan, mungkin sebab Yaya pregnant Yaya selalu travel, so kalau jalan-jalan dia okay,” jelas Yaya lagi.
Yaya Zahir selamat diijab kabul dengan juruterbang, Arriz Azim, 30, pada 9 Ogos lalu. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan itu sah menjadi suami isteri dalam majlis pernikahan di Petaling Jaya sekali gus menjadi saksi termeterainya satu ikatan suci antara dua jiwa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan Shiha Zikir bukan? Selain dari menyanyi, Shiha juga berbakat dalam bidang lakonan, host dan komedi. Shiza juga memang dikenali seorang personaliti yang sangat merendah diri dan cukup komited dengan kerjayanya.
Malah Shiha juga merupakan seorang usahawan yang turut sama mempunyai rangkaian bisnesnya; yang terdiri daripada bisnes kanta sentuh dan kosmetik.
Dan kini Shiha Zikir melangkah lagi ke hadapan dengan menceburi bidang penyediaan makanan pula apabila baru-baru ini Shiha mengumumkan yang dirinya kini pemilik sebuah restoran nasi ayam yang diberinama Shiha Zikir Nasi Ayam.
Secara rasminya dilancarkan semalam, restoran yang dinamakan sebagai Shiha Zikir Nasi Ayam itu dibuka di sekitar The Lux by Infinitum, Kampung Baru KL, dan beroperasi setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 9 malam.
Menurut pelantun lagu Irama dan Aewo itu, restorannya itu bukan saja menampilkan hidangan nasi ayam tetapi berpuluh lagi menu untuk dipilih seperti sotong & udang KamHeong, udang Buttermilk dan macam-macam lagi.
Tahniah NONA ucapkan kepada Shiza, semoga rezeki Shiha semakin melimpah ruah selepas ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Astaghfirullah Al Azim, mengucap panjang bila terbaca berita tentang kes ini.
Ibu, insan yang sepatutnya membelai manja dan melindungi anak-anak tergamak membiarkan dua anak gadisnya dinodai lelaki asing. Lebih menyedihkan, kanak-kanak perempuan yang baru berusia 10 dan 13 tahun itu dilacurkan kepada dua lelaki warga Bangladesh sambil dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan secara bergilir-gilir sambil dilihat oleh tertuduh sendiri.
Difahamkan selepas selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, ibu berhati batu tersebut menerima bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya hanya menerima bayaran serendah RM1,RM5, RM10 dan RM20. Aduh, begitu murahnya maruah dan harga diri kanak-kanak perempuan ini di mata ibu mereka!
Rentetan aktiviti pelacuran yang dirancang ibu tunggal itu sendiri, dia dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya kanak-kanak terbabit bulan lepas.
Atas semua kesalahan itu, tertuduh yang juga mempunyai dua orang anak lagi berusia empat dan lima tahun didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (b) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM50, 000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sebagai tambahan kepada hukuman yang dikenakan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dihukum sebat tidak kurang dua sebatan.
Ke manakah hilang rasa kasih sayang terhadap anak-anak apabila kes melibatkan pelacuran dan sumbang mahram yang dilakukan ibu bapa semakin meningkat? Adakah masyarakat hari ini semakin sakit dan hilang pertimbangan? Moga apa yang terjadi hari ini dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua. Usah musnahkan masa depan mereka yang tidak berdosa!
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti pelangi selepas hujan. Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kehidupan yang dinikmati Siti Rohayu Ibrahim hari ini. Bukan hanya bertemu jodoh dengan lelaki yang tepat sebagai suami, bahkan dia juga bertuah kerana dikurniakan anak kembar tiga selain perniagaan yang ...